Friday 19 December 2014

Gambar dan Kenangan

Asalamualaikum wbt,

Setiap manusia yang lahir ada kenangan mereka yang tersendiri tidak kiralah kanak-kanak mahupon dewasa. Lagi panjang usia seseorang itu, lagi banyaklah kenangannya. Dan pasti setiap kenangan memberi impak mahupon kerinduan pada diri sendiri. 

Ingin diceritakan pengalaman sendiri, apabila perasaan bertukar menjadi sangat serius dalam erti kata lain angau cinta, setiap kenangan yang berlaku pada diri ini sepanjang mengenali dirinya (emma kembong / mrs 60) menjadi satu ingatan atau kenangan. Setiap barang yang dibeli bersama dengannya menjadi satu sejarah buat diri ini kerana setiap kali melihat barang tersebut pasti akan teringat padanya.

1. Baju Cameron Highland

Baju ini semestinya dibeli di Cameron Highland dan bukan dibengkel motor. Percutian bersama kawan-kawan ke Cameron Highland ketika praktikal menjadi satu titik pertemuan yang penting kerana pada saat itu sudah bermula angau cinta yang sangat serius namun dirahsiakan. Percutian ini melibatkan 4 orang dan dirinya menjadi salah satu daripada mereka. Ingin diceritakan lebih panjang namun harus diringkas. Terdapat satu detik yang menjadi kenangan adalah ketika ingin membeli baju ini. Penjual baju yang berasal dari Indonesia begitu peramah melayan kami dan dalam keadaan itu, kami berempat berpecah dan diri ini berdua dengannya. Oleh sebab itu, penjual tersebut telah bertanya kepada kami "pacar ya?? sudah lama atau baru??". Kami hanya melayan karenah penjual itu sambil tergelak namun diri ini sangat berharap kata-kata penjual itu menjadi kenyataan.


2. External Hardisk & Kasut

EH ini kepunyaan diri ini namun terdapat satu keratan pink yang dilekatkan dirinya menjadi kenangan. Ini berlaku ketika kami bertemu di Ipoh kerana diri ini mengajak dirinya untuk menemaniku bershoping. Motifnya bukanlah shoping namun lebih kepada ingin berjumpa dengannya dan memberi pencetus kepadanya mengenai perasaan ini. Hasil daripada pertemuan ini, maka satu pemberian diri ini sedikit sebanyak menimbulkan persoalan kepadanya. Akhir pertemuan itu, EH ini dikembalikan berserta keratan pink yang comel yang bertulis.


Kasut ini sebahagian daripada cara untuk berjumpa dengannya. Dari Aeon Kinta ke Ipoh Parade dan akhirnya kasut yang dicari jumpa. Kasut ini merupakan pilihan dirinya dan diri ini sekadar mengikut kerana pilihannya pilihanku juga. Namun ketika ini, perasaan masih dirahsiakan dan pertemuan ini dinikmati sebaiknya.


3. Seluar

Seluar ini dibeli ketika pertemuan kami yang sangat bermakna pada 22 Oktober 2014. Art street Ipoh, Kellie's Castle, Aeon 18, Gua Kek Lok Tong, ABC dan Burger Banjir menjadi destinasi. Seluar ini juga hasil pilihannya dan ketika itu dirinya sudah mengetahui perasaan sebenar diriku. Semasa pertemuan ini, kelihatan masing-masing memikirkan sesuatu akibat luahan perasaan ini padanya.


4. Powerbank















Powerbank ini bukanlah satu pemberian atau hadiah tapi lebih kepada pencurian. Ini berlaku pada pertemuan kami yang pertama dengan perasaan yang serius. Ipoh ke Zoo Taiping menjadi destinasi kami. Pertemuan ini begitu bermakna kerana dirinya sudah mula mengambil berat dan mengikut apa yang disukai diri ini. Hal ini dapat dilihat ketika dirinya berpakaian dan caranya berkomunikasi denganku. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan maka diriku pulang kerumah namun ketika dalam perjalanan, diriku sedar bahawa powerbank purpleku sudah diragut cinta hati. Dirinya sudah pon mencuri hati ini namun powerbank juga ingin dicurinya.


5. Baju Kembar




























Baju Malaysia itu asal dari percutianku ke Padang Besar manakala Baju Biru itu asal dari percutiannya ke Pulau Pangkor. Inilah baju kembar kami yang pertama dan kedua. Ketika ini, berlaku pertemuan diantara 3 orang iaitu diri ini dan kakak dengan dirinya. Pertemuan yang singkat dan tidak cukup bagiku.


6. Tiket
























Tiket masuk Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar. Berlaku pada pertemuan yang dirancang disaat-saat akhir untuk memenuhi tuntutan sahabatku yang ingin bersiar-siar di Perak ini. Pertemuan dari pagi sehingga petang ini yang melibatkan 4 orang. 

Tuesday 2 December 2014

Adat atau Agama??


Asalamualaikum wbt,

Islam itu satu agama yang mudah dan relevan sepanjang masa serta sempurna ajarannya. Setiap kesulitan pasti ada penyelesaian, setiap kejayaan pasti ada jalannya. Itulah Islam yang menyembah Allah yang satu dan mengikut sunnah rasulullah saw.

Sebelum bermulanya sebuah pembinaan masjid yang indah yakni perkahwinan, wujud prosedur atau aturcara sebelum hari akad nikah. Dalam agama mahupon adat terdapat prosedurnya yang tersendiri. Dalam adat, sebelum akad nikah, haruslah bermula dengan merisik, bertunang dan akhir sekali berkahwin. Dalam Islam, hanya terdapat pertunangan dan perkahwinan namun Islam tidak melarang umatnya mengikut adat selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Berkata tentang merisik dalam adat melayu, merisik atau nama lainnya "tanda" adalah satu cara untuk mengetahui keadaan atau status seseorang wanita itu sama ada sudah berpunya mahupon tidak dan dalam keadaan yang sama mengenalkan calon lelaki kepada perempuan yang dirisik itu. Dan setelah merisik, bermulalah proses bertunang dimana rombongan lelaki membawa hantaran dulang dan cincin untuk perempuan yang ingin ditunangi.

Ingin diketengahkan disini adalah dalam proses pertunangan itu sendiri. Pada masa kini, majlis pertunangan dijalankan secara besar-besaran seperti walimatul urus. Khemah yang banyak didirikan, pelamin yang besar serta mahal disediakan, orang yang ramai datang menghadiri. Sudah pasti banyak wang ringgit sudah dihabiskan dan ini menyebabkan pembaziran dimana wang ringgit tersebut boleh digunakan untuk walimatul urus yang lebih afdal di war-warkan dan diberitahu kepada umum. Dalam Islam juga, pertunangan harus disembunyikan manakala perkahwinan harus diberitahu. Mengikut Islam, sudah wujud satu ikatan pertunangan antara lelaki dan perempuan apabila masing-masing bersetuju untuk berkahwin serta tidak memerlukan majlis pertunangan. Adat tidak salah namun cara menjalankan adat itu sedikit bertentangan dengan agama. 

Dalam perkahwinan pula, wang hantaran dan mas kahwin menjadi aspek utama dimana semakin tinggi pelajaran seseorang wanita itu, lagi tinggi hantaran dan mas kahwinnya. Dalam Islam, sebaik-baik mas kahwin adalah serendah-rendah mas kahwin. Ini sudah pon melanggar ajaran Islam itu sendiri. Kita sendiri boleh lihat, majlis walimatul urus dijalankan secara besar-besaran sehingga menjemput artis yang mahal serta diadakan di hotel-hotel mewah. Tidak salah semua ini dilakukan cuma hendaklah mengikut kemampuan sehingga tidak berhutang. Dalam Islam, bersederhana sangat dituntut dan terdapat batasan dalam melaksanakan walimatul urus dimana lelaki dan wanita yang bukan muhrim tidak boleh bercampur, makanan dan minuman tidak terlalu banyak sehingga berlaku pembaziran, pakaian yang tidak membuka aurat dan banyak lagi. Namun, semua ini semakin dilupakan masyarakat kita.

Pembaziran tidak harus berlaku dalam proses pertunangan dan perkahwinan. Disebabkan ini jugalah terdapat segelintir pasangan suami isteri terpaksa berhutang untuk mengikut adat dimana perlu berbelanja banyak dalam pertunangan dan juga perkahwinan sehingga melebihi kemampuan mereka. Justeru menyebabkan mereka berhutang pada perkara yang tidak sepatutnya. Sebaliknya mereka harus berjimat kerana dalam rumah tangga lagi memerlukan perbelanjaan yang banyak. Awaslah kepada bakal suami isteri, utamakanlah agama dan tinggalkan amalan yang batil supaya masjid yang bakal dibina diberkati dan dirahmati.

Wassalamualaikum wbt.

Wednesday 12 November 2014

Memori November

                                                  

Asalamualaikum wbt,

"The serious conversation will give the deep impact"
-hafiz, 2014-

Hari silih berganti namun hari yang berlalu itulah yang memberi kenangan dan mencatat memori dalam hidup seseorang tidak kira manis mahupon pahit. Kenangan dan memori itulah yang mengajar kita untuk menjadi lebih baik atau memberi pengajaran yang sangat berguna pada kita. Kenangan dan memori itu jugalah kadang-kadang memberi kekuatan dan kepercayaan dalam diri seseorang.

Sabtu bertarikh 8 November 2014 hanyalah satu hari yang biasa bagi orang lain namun tidak bagi diri ini. Disebabkan tarikh ini jugalah tercatat satu lagi memori indah dan kepercayaan yang kukuh dalam diri ini. Keratan tiket diatas merupakan sebahagian kenangan dalam diri ini. Tidak akan ku lupa malah menjadi satu sejarah dan memori indah.

Permulaan hari dimulakan dengan perjalanan yang mengambil masa sejam dari Slim River ke Ipoh. Biar jauh namun sangat berbaloi dan bermakna. Perjumpaan yang pada mulanya diatur pada 29 Nov ditukar kepada 8 Nov. Apakah punca bertukarnya tarikh ini? Mungkin kerinduan? Mungkin kebetulan? dan lebih tepat iaitu takdir. 

Akhirnya destinasi yang ditujui selamat sampai. "aku kat luar dah", itulah mesej yang dihantar pada dirinya. Sementara menunggu dirinya keluar, ruang-ruang kereta dikemas sedikit kerana sangat bersepah dan kotor namun masih berbau harum. Pemandanganku beralih kepada seorang gadis yang keluar dari pintu rumah. Gadis yang berbaju ayu, gadis yang bertudung cerah dan corak-corak, gadis yang berbaju pink dan berkainkan hitam bertompok ungu serta berkasut sarung hitam. "apa ni tiru aku", itulah kata-kata yang keluar dari mulut si gadis itu. Terpaku dan kagum diri ini melihat kecantikan, keayuan dan kecomelan gadis itu dan tanpa ragu-ragu, dialah emma kembong ku, dialah mrs 60, dialah cinta hatiku. Diri ini hanya tersenyum apabila menyedari baju kami sama dalam warna namun tidak pada fesyen. Seperti sudah dirancang namun semuanya hanyalah kebetulan. Dan apa yang sangat mengembirakan hatiku pada pagi itu apabila dirinya memakai pakaian seperti yang diriku suka dan mengenakan eyeliner seperti yang ku hajati. So perfect, so gorgeous you are. Dari situ dapat kunilai bahawa dirinya begitu mementingkan perasaanku. Terima kasih emma kembong.

Permulaan perjumpaan dimulakan dengan sarapan pagi dan dirinya bertemankan sahabat baiknya. Kami bertiga memulakan perjalanan menuju ke kedai makan bernama hollywood. Pada mulanya diri ini kurang bercakap kerana dirinya lebih sibuk bersembang dengan sahabat baiknya namun tidak kukisah kerana dapat melihat seseorang yang sangat dirindui. 

Kedai makan yang dicari telah pon tiba, mencari parkin menjadi cabaran namun berjaya diatasi. Kami bertiga mula berjalan dan mereka berdua melambai pada satu kumpulan dalam kedai makan itu dan mereka itu semua adalah kawan-kawan dirinya dan kami duduk semeja dengan mereka semua. Begitu malu diri ini berhadapan dengan rakan-rakannya. "ayunya kau","eh,pakai make up", itulah kata-kata rakan-rakannya kepada dirinya. Diriku hanya mampu tersenyum kerana dirinya berbuat itu semua keranaku. Dirinya diam tersepu malu apabila diusik rakan-rakannya. Dan kami masih sempat berwassep walaupon berhadapan, katanya mereka melting dengan diri ku, dan diriku ingin tergelak kerana semua itu hanyalah satu usikan untuk dirinya. Kedai makan itu unik kerana peniaga cina dan melayu dibawah satu bumbung yang sama. Roti jala dan roti goyang menjadi santapan kami.

Perut mulai kenyang dan sahabat baiknya perlu dihantar kerumahnya sebelum kami berdua bergerak ke Taiping. Selesai hantar, kami berdua memulakan perjalanan ke Taiping seperti yang dirancang. Cuaca gelap dan akhirnya menggugurkan hujan-hujan sepanjang perjalanan. Dirinya kerap mengingatkanku untuk berhati-hati memandu dan sikapnya itu tidak tumpah seperti ibuku. Kali ini, rancangan yang telah diatur menjadi kenyataan apabila rakan baiknya bertukar fikiran untuk berfoya-foya bersama-sama pada hari itu.

Ipoh ke Zoo Taiping tidaklah jauh seperti yang difikirkan. Perjalanan terasa singkat dan mungkinkah disebabkan oleh ditemani oleh orang yang teristimewa? Mungkin dan mungkin benar. Sukanya hati ini melihat dirinya keluar dari kereta dengan berpakaian seperti seorang wanita melayu terakhir, seperti semua ini mimpi dan angan-angan. Ingin ku ratapi namun tidak dapat berbuat demikian kerana dikhuatiri akan tidak menyenangkannya. Mukanya kecil namun pipinya yang semakin berisi membuatkannya lebih comel dan cantik. Ketinggiannya yang hampir denganku sedikit menggugatku namun ketinggian yang kurang berbeza menjadi lebih secocok.

Persoalan demi persoalan bermain diminda namun belum lagi diluahkan. Tiket Zoo dibeli dan kami melangkah masuk namun apa yang bermain diminda kami pada waktu itu hanyalah tandas. Sedikit lucu namun itulah hakikat. Apa yang dilakukan selepas itu adalah menunggu dan menunggu sahabat baiknya itu. Masa menunggu digunakan sebaik mungkin dengan sesi perbualan yang bersahaja dan serius. Sebelum bertanya soalan, dirinya sudah pon dapat menghidu kerana katanya diriku ini seperti tengah memikirkan sesuatu. Ingin dikongsi soalan yang ditanya namun terlalu personal dan privacy.

Soalan demi soalan ditanya, huraian demi huraian diberitahu. Dan tanpa kusedari, pelbagai kata-kata poyo dilemparkan namun sangat serius. Dirinya masih sempat menulis sesuatu di tweeter "macam nak luluh jantung ini", dari post ini sudah menunjukkan betapa serius dan bermakna soalan yang ditanya. Diriku yang bertanya terlebih dahulu namun dirinya hanya mampu mendiamkan dan bertanya soalan yang sama kepada diriku semula. Dengan keyakinan  dan kelakian dalam diri, jawapan diberi dan dirinya menahan gelak dan tersenyum mendengar jawapanku sambil memasukkan bahagian bibir yang bawah kedalam mulut. Tidakku sangka sampai sebegitu malumu itu apabila mendengar jawapanku. Sungguh cantik dirimu apabila begitu. Huraian-huraian diriku telah sampai ke penghujung namun dirinya masih belum memberi jawapan.

Akhirnya, dirinya menjawab soalanku. Jawapan yang ringkas namun cukup memberi keyakinan, semangat dan membuak-buakan lagi perasaan cinta dan sayangku ini padanya. Terima kasih emma kembong kerana sudah mengunci seketat-ketatnya perasaan ini padamu. Selesai kami berbincang, sahabat baiknya pon sampai dan bermulalah sesi melawat binatang-binatang seperti kanak-kanak berumur 10tahun.

Langkah demi langkah, namun tiada satu gambarnya diambil kerana mahu berlatar belakangkan zirafah yakni haiwan kesukaannya. Namun, hujan gugur sebelum kami sempat menghabiskan lawatan. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama dengan sang ular. Sesi bergambar itu cukup menggembirakan hati kerana dapat bergambar bersama-sama dengannya walaupon terdapat seekor ular sawa yang mengacau kami.

Perut begitu lapar namun dapat bersama dengan dirinya sudah cukup mengisi kelaparan ini. Kedai makan dicari dan akhirnya makan tengahari kami seperti makan petang. Kali ini, diriku tewas dengan pemakanan dirinya. Disebabkan itu, maka terjawablah kenapa pipinya berlebihan.

Setelah itu, sahabat baiknya itu memulakan perjalanan pulang ke kampungnya dan kami sekali lagi berdua. Masjid Taiping disinggahi bagi melaksanakan kewajipan. Keluar sahaja dari pintu masjid, pemandangan diri ini tertumpu padanya dan terasa perjumpaan kami begitu singkat. Sedih mula bermain dengan perasaan. Perjalanan pulang ke Ipoh ditemani hujan-hujan dilewat petang. Ketika perjalanan itu, perbualan yang mendalam sekali lagi mengambil alih situasi. Kerisauan diri ini terhadap dirinya diberitahu bagi menenangkan hati yang gundah gelana ini namun dirinya juga tidak ketinggalan berbuat demikian. Begitu sayang dirimu padaku.

Masa digunakan sebaik mungkin, perjumpaan dilanjutkan sehingga malam. Selesai maghrib, sesi pindah rumah dimana dirinya berpindah untuk sesi semester yang baru. Selesai memindahkan barang, kami menghantar pula sahabat baik silatnya di stesen bas Ipoh. Masa semakin singkat dan mencemburui kami, ingin kupanjangkan waktu namun apakan daya. Pukul 10 malam, diriku menghantarnya kembali ke rumah dan hati mula terasa sedih kerana terpaksa berpisah. Perjumpaan kami tamat untuk hari itu dan diriku terpaksa pulang kerumah berseorangan sambil ditemani perasaan sedih, pilu dan rindu. Terima kasih emma kembong.

Wassalamualaikum.


Monday 3 November 2014

Cebisan jiwang


Asalamualaikum wbt,

Tiada tuju hidup ini tanpa mu,
Tiada kekuatan diri ini tanpa mu.

Itulah sepatah dua kata yang agak jiwang dan kebiasaannya sangat disukai bagi mereka yang sedang angau bercinta. "Sempurnalah separuh agama seseorang itu apabila sudah berkahwin". Apabila berkahwin, Allah menjanjikan rezeki yang murah dan hidup lebih diberkati dan lebih mudah, insyaAllah.

Namun kali ini, bukan topik kahwin yang ingin diketengahkan. Petikan diatas sekadar secebis ilmu yang dapat kita gunakan dalam menempuhi hidup yang ranjau berduri serta memberi kekuatan pada mereka yang ingin sangat berumah tangga. Tiada manusia pon yang mahu bersorangan, nescaya masing-masing ingin ada teman untuk bermesra, berkongsi suka dan duka, berkasih sayang dan banyak lagi.

Kahwin??bukanlah topiknya namun "mrs 60" menjadi ilham untuk terus menzahirkan idea yang terpendam didalam diri. "Mrs 60" ataupon dikenali sebagai "dirinya / dirimu" dalam blog ini. Diri ini tidak dapat lari daripada kisah cinta yang indah dan diri ini juga lebih cenderung menulis mengenai kisah cinta yang penuh dugaan dan cabaran.

Mrs 60, badannya tinggi dan rendah sedikit dari diri ini, rupanya comel dan cantik memikat hati, sifatnya yang cepat marah dan merajuk mencuit hati, pandangan yang jauh dan matang meyakinkan diri ini, keturunan yang baik dan dikenali memudahkan diri ini, teras agama yang kukuh menyejukkan hati. YE, dialah sebaik-baik dan setepat-tepat calon untuk seorang isteri dan ibu kepada anak-anakku. InsyaAllah, dialah jodohku.

Hari demi hari berlalu tapi seperti semalam detik indah itu berlaku. Gagal dalam percintaan yang lepas namun cinta kali ini seperti cinta pandang pertama yang tiada tahu erti bosan dan putus asa. Apabila kesalahan diukir tanpa sengaja seperti batu yang menghempap hati, rasanya seperti penyesalan yang teramat sekali. Maaf dan pujuk rayu sebagai pengganti kesalahan diri. Masalah dan kesedihan yang menimpa dirinya seperti bluetooth atau USB yang boleh berkongsi sekali dengan diri ini. Sedihmu, sedihku juga. Marahmu, marahku juga. Serabutmu, serabutku juga namun diri ini lebih positif darinya. Sekadar gurauan.

Hari silih berganti, sayang semakin mendalam, cinta semakin menggunung. Ini semua poyo namun inilah hakikatnya. Saling merajuk, terasa hati, cemburu, bermanja menjadi permainan dalam percintaan. Namun, batas-batas harus dijaga dan agama tidak boleh diketepikan. Ingin dipercepatkan ikatan yang halal namun adat serta pandangan menjadi halangan.

Benar orang kata, cinta itu membutakan. Namun, cintalah yang membahagiakan, cintalah yang mengukir senyuman dan sebab cintalah menitis air mata. Tiada kata-kata dapat menggambarkan kegembiraan diri ini apabila dirimu mula menghidap sakit-sakit cinta terhadap diri ini. Sayangkah dirimu pada diri ini? Cintakah dirimu pada diri ini? Segala yang dipendam akan dizahirkan melalui perbuatan dan layanan. Biarlah dirini perasan atau syok sendiri kerana angau cinta sudah menawan diri. Terima kasih kerana hadir dalam hidup. Kehadiran dirimu begitu bermakna dan bermakna dan bermakna.

Thursday 23 October 2014

365 hari


Asalamualaikum,

Kelie's Castle dan juga Jalan Seni,
Bersantai tenang di Gua Kek Lok Tong,
Soalan ditanya jawapan diberi,
Wow, gua banyak untong.

*Pantun yang penuh cacat cela. Harap jangan dikutuk.

Sesudah subuh persiapan sudah dibuat. Mandi, berbaju, berwangi dan memanaskan enjin kereta. Minyak diisi penuh tanda persediaan untuk berjalan jauh. Hati gementar, fikiran kelaut, namun perjalanan harus dimulakan. Terselit juga perasaan gembira dan kerinduan namun Allah sahaja yang tahu.

Jam 7.10 pagi, kereta mula bergerak dengan perlahan bagi menepati janji pada pukul 8.30pagi. Setiap perhentian disinggahi kerana suasana sejuk pada pagi hari melemahkan pundi kencing dan memaksa diri untuk ke tandas. Tepat 8.40pagi, tiba dihadapan rumahnya untuk dijadikan penumpang VIP pada hari itu.

Permulaan hari dimulakan dengan sarapan di kedai mamak, ataupon kedai india, diri ini pon tak tahu maka berlaku sedikit kekeliruan disitu. Air teh'o suam dan kopi panas membasahi tekak dan 3 roti canai menjadi isian perut yang rancak kelaparan. Tiada keenakan namun rezeki harus dihabiskan. Melihat wajahnya tanpa bedak yang tebal sangat menyejukkan hati dan mengubati kerinduan. Ingin diluahkan hasrat yang terpendam namun disimpan selagi mampu.

Perjalanan menuju ke lorong-lorong seni di Ipoh dimulakan. Pelbagai perkara diborakkan sehingga tidak merasai masa perjalanan. Kesenian di Ipoh dinikmati, lukisan-lukisan didinding berwarna warni dan penuh kreativiti di simpan didalam memori kad telepon untuk dijadikan kenangan abadi. Dirimu menemani diri ini dengan penuh kesabaran walaupon matahari sudah mula memanaskan bumi. Gambarmu diambil tanpa dirimu sedari bahawa setiap gambarmu begitu berharga bagi diriku sambil terbayang difikiran "adakah dia mempunyai perasaan yang sama seperti diriku?". Namun, sikapnya yang suka bergambar dan mengambil gambar memaksa diriku menjadi model yang kacak lagi bergaya pada pagi itu. Ingin ku panjangkan waktu namun tiada lagi lukisan seni harus dilihat maka bermulanya perjalanan ke Kellie's Castle sambil peluh membasahi muka dan ketiak ini.

Pengalaman dijalan raya tidak dapat menandingi GPS dalam penguasaan jalan dan kawasan. Kira-kira 30minit masa perjalanan dari Ipoh ke Batu Gajah (Elephant Stone). RM2 dikutip sebagai balasan meletakkan kereta, RM20 sebagai kunci ke istana. Kaki mula melangkah dan begitu jugalah peluh mula membasahi setiap permukaan kulit. Cuaca panas tidak melemahkan semangat. Almaklomlah, dirinya begitu memberi tenaga pada diri ini. Gambar sekali lagi menemani kami, bukan 10 tapi lebih 15 gambar diambil. Kami berdua nampak cantik dan kacak pada hari itu namun diri ini mengakui bahawa dirinya sangat cantik sambil memakai jaket ala-ala jeans dan berkasut merah. Melting, kecairan, gegaran iman menguasai diri ini namun titisan peluh dapat menandingi semuanya. Jalan berdua umpama isi dan kuku, umpama suami dan isteri namun masih terbayang difikiran "adakah kekecewaan akan menjemputku?". Setiap tanah dan ruang telah dilalui maka tamatlah sudah sesi pengembaraan di istana bersejarah itu.

Baju merah ditambah lagi dengan kebasahan peluh. Perjalanan ke AEON 18 Ipoh diselitkan dengan roadblock namun kami lepas dengan jayanya. Namun, soalan yang membunuh diri ini sudah keluar dari mulutnya. "siapakah emma kembong", sambil dirinya tersengih seperti mahu meminta penampar sulung dariku. Lidah terkelu dan senyuman manis dariku sebagai balasan kepadanya lalu menghampakan dirinya. Maaf dari hati kerana belum masanya lagi. Alasan diberi bagi mengisi kekuatan untuk meluahkan rasa cinta dan sayang ini padanya. Perjalanan terasa jauh kerana debaran mula terasa. Debaran seperti meletakkan muka pada badan bas yang sedang bergerak. Gegar dan memeningkan.

Janji ditebar mengatakan makan tengahari sebagai waktu yang paling sesuai untuk berkongsi rahsia. Namun, kedai dan cafe yang sesuai masih belum ditemui. Dunia begitu kecil sehingga terjumpa rakan sepejabatnya di sebuah cafe yang bertuah dipilih kami untuk menikmati makanan namun kehadiran rakannya itu membantutkan kami lalu beredar dari situ. Hal tersebut akan memberi masalah padanya kerana akan timbul gosip yang meliar dipejabatnya namun diri ini lagi suka jika begitu. Biar mereka tahu yang dirinya milikku. Eceh, sudah perasan seperti sudah berakad nikah. 10minit masa menunggu makanan, air milo ais dan sjora mangga menjadi pilihan diriku, nasi goreng kerabu dan nasi goreng ayam blackpaper menjadi perhiasan meja. Doa dibaca dan sudu garfu bergeser tanda bermula sesi makan. Sifat kebulurku menyebabkan pinggan dan cawan kekosongan namun dirinya tidak begitu, mungkin mahu menurunkan berat badan yang sememangnya ideal bagi ku namun tidak baginya.

"Bila nak cerita pasal emma kembong?". Seperti pisau terhiris hidungku yang mancung ini apabila ditanya soalan begitu. Kedua-dua tangan menggosok muka kerana beranggapan dapat memberi seribu satu keyakinan dan kekuatan untuk meluahkan sesuatu yang sangat bermakna dan penuh kerahsiaan. Lidah terkelu, fikiran seperti mahu memberi alasan namun hati mengatakan "bila lagi kau nak bagitau. bagi puaskan hati kau. kecewa ke, gembira ke, tu lain cerita. kau kena terima." Kemain banyak lagi hati ini memberi soalan. Mulut mula menunjukkan simptom-simptom yang berbaur ketakutan, kegigilan dan kedebaran. Berikut merupakan soalan dariku. Sedikit poyo namun itulah hakikatnya.

"kau rasa aku dah jumpa emma kembong", dan jawabnya "entah".
"aku tengah jumpa dia la ni", dan jawabnya "kau jangan main-main"

Hati terasa kencang seperti hurikan dan mulut menggigil seperti enjin yang kepanasan. Begitu sukar meluahkan rasa cinta pada seseorang. Namun, gelak ketawa masih sempat bermain di antara kami. Benda yang serius namun gelak, diri ini tidak peduli. Begitulah keadaannya apabila malu teramat menimpa diri.

"sebenarnya emma kembong tu kau la", dan jawabnya "kau jangan main-main"

Begitu banyak perbualan namun sudah terlupa, maaf beribu kemaafan. Melihat wajahnya yang tersengih namun serius itu menakutkan diri ini. Takutnya tidak seperti ditahan polis namun lagi hebat dari itu. Perbualan demi perbualan berlangsung. Dirinya seperti tidak percaya pada diriku. Adakah mukaku seperti pembongak?atau penyangak sehingga tidak boleh dipercayai? Masa makan menjadi panjang gara-gara benda serius ini. Namun perkara yang membuatkan diri ini lagi malu apabila dirinya sudah pon menghidu perasaanku padanya namun didiamkan kerana ingin mendengar dari mulutku sendiri. Terasa seperti mahu membengkoknya sudu dan garfu tetapi ianya milik restoran maka terbatal niat untuk membengkokkannya. Blog dan layananku yang berlainan padanya menyebabkan rahsia sudah terbongkar lebih awal. Sudah ku agak namun kali ini lebih benar dan tepat.

Beralih pula sesi mencuba pakaian dan seperti biasa, sifat shopaholicku memaksa diriku untuk membeli seluar namun pengalaman bersama dirinya dalam sesi tersebut menguatkan lagi hasrat untuk membeli. Seluar slack bewarna kelabu akan menjadi kenangan bagiku. Kedai POPULAR juga turut disinggah dan sikapnya yang gemarkan komik lawak kampus mencuit hati ini. Fikiran ku berbunyi "badan je besar tapi hati masih kecil seperti kanak-kanak,". Begitulah hobinya yang comel itu. Kali ini, senyap lebih menguasai kami.

Shoping mall ditinggalkan, awan gelap dilangit dan akhirnya menurunkan rezeki yang menyejukkan suasana Ipoh. Kami menaiki kereta dan soalan-soalan serius mula memenuhi ruang kereta. Katanya "kenapa aku?", dia seperti tidak percaya denganku. "aku suka kau,sayang kau, cinta kau". Tiga ayat dilemparkan bagi memenuhi kepercayaannya. Dan satu lagi soalan bermain di fikiran namun disimpan sehingga sampai di Gua Kek Lok Tong.

Gua Kek Lok Tong di Ipoh, tempat ibadah bagi beragama budha. Kawasannya yang cantik dan menenangkan hati sekali lagi menyebabkan kami tidak henti-henti menangkap gambar. Berbual dan terus berbual namun sikapnya seakan akan orang bandar yang takut pada angsa mencuit hati yang kental ini. Soalan mula ditanya pada dirinya "apa perasaan kau kat aku? aku tak kisah apa jawapannya. jangan fikir perasaan aku, jangan pedulikan aku. jawablah dari hati." Dirinya terdiam seribu bahasa, berjalan menundukkan diri. Bagiku, sudah terjawab jawapannya. Tersenyum, enjoy namun dalam hati seperti gugurnya hati dari jantung. Peredaran masa menyebabkan kami terpaksa beredar dari situ dan mencari gerai untuk santapan petang.

Sekali lagi, dirinya memilih dalam kereta untuk menyatakan hasrat hatinya. "aku suka kau, cuma sayang dan cinta tu tak tahu sehingga ada orang ikat aku. Kau hensem, matang dan gentle." Banyak lagi kata-katanya namun ini sahaja yang masih diingati. Sahabat baiknya turut memuji kegentle-lan diri ini serta menasihatinya untuk menerima lelaki lain. Hal ini lagi melunturkan semangat ku, kata-katanya yang tergantung sekali lagi mengujiku. Namun, ada satu adegan yang mencuit hati dimana kami saling lihat antara satu sama lain dan tersengih sendiri. Seperti orang gila yang tiada arah tuju.

Gerai mamak ABC menjadi pilihan. ABC, milo ais, dan mee goreng menjadi santapan dan seperti biasa, kurang keenakan namun terpaksa dihabiskan. Sekali lagi dirinya bercerita mengenai dirinya dan cinta. Namun kata-katanya kali ini menyebabkan diriku berasa luluh kerana beranggapan dirinya masih belum sedia. Mulut menjadi senyap, perut yang lapar tiba-tiba menjadi kenyang, selera menjadi hilang dan senyuman semakin sukar diukir serta termenung menjadi sahabat baik. "life must go on", itulah yang bermain di fikiran namun sukar untuk merealisasikan.

Masa semakin menghampiri maghrib, dirinya pulang ke rumah dan masjid menjadi destinasiku. Perjumpaan kami masih belum tamat. Perjalanan pada saat itu senyap. Reaksi mukaku dan kesenyapanku menzahirkan apa yang terpendam sehinggakan sukar untuk dibendung. Dirinya perasan lalu terus bertanya dan terus bertanya kepadaku. Maaf, bukan mudah nak merawat kekecewaan, tiada jawapan yang terbaik boleh diberi dan diriku berharap rumah Allah dapat mengubati. Sebelum dirinya meninggalkan kereta, diriku sempat meluahkan kekecewaan kepadanya dan ternyata ianya sekadar perselisihan faham. Maaf, inilah jadinya apabila terlalu mencintai seseorang yang belum pasti milik kita. Fikiran bercelaru, perasaan meruncing, dan rumah Allah menjadi tumpuan untuk menunaikan kewajipan.

Selesai solat, ketenangan mengusai diri, keputusan yang ingin dibuat telah pon berada difikiran. Wassep berbunyi, maka tibalah masaku menjemputnya kembali. Tidak kusangka dirinya tidak mandi lagi dan menimbulkan keterharuan di hati kerana begitu mengejar masa bagi menyelesaikan masalah kami. "tup" pintu kereta ditutup. Mukanya kelihatan lain dan senyap tanpa suara dan merisaukan diri ini. Ingin ku tunjukkan kerisauan namun kejantanan harus diutamakan. "ini salah aku", ayat ini lah berkumandang difikiran ku. Air mata ingin menitis apabila melihatnya begitu. Tidakku pernah melihatnya begitu namun inilah yang harus diperbetulkan. Aku mula berkata :

"biar aku bagi idea. macam ni lah, kita jadi kawan biasa jela .... " perbualan sudah terlupa. Maaf.
"masing-masing tahu perasaan masing-masing. aku sayang kat kau dan kau suka kat aku. dah cukup buat aku puas hati".

Namun, dirinya masih menyepi. Ini hanyalah idea, jika setuju jawabnya setuju, jika tidak bahaskanlah namun dia masih mendiamkan. Risau semakin memuncak mengalahkan gunung everest. Adakah keputusan atau percakapanku salah? Tiada jawapan diberi dan hanya perbualan kosong diperdebatkan. Mukaku tersenyum, suaraku rancak, perbuatanku seperti tiada apa-apapon berlaku namun Allah sahaja yang tahu bahawa semua itu hanyalah plaster untuk menutup luka.

Kedai burger banjir, itulah destinasi terakhir kami. Air bitter sweet, chicken chop dan burger banjir menjadi santapan kami. "aku masih menanti jawapan", itulah yang keluar dari mulutku yang comel ini. Dan akhirnya dia bersuara dan kelihatan seperti sudah okay. Dirinya takut akan phobia couple dimana manis pada permulaan dan pahit pada pengakhiran. Namun diriku dapat melihat dirinya tidak mahu melepaskanku. Rasa gembira menguasai diri. Akhir kata darinya "T.T.M iaitu teman tapi mesra". Jawapannya itu menggembirakanku kerana istilah couple juga tidak manis bagiku. Inginku bawanya jumpa ibuku namun masih terlalu awal, inginku jumpa ibu bapanya namun harus ditunggu sehingga dirinya tamat diploma. 365 hari harus ditunggu, insyaAllah sekumpulan wakil dari keluargaku akan membawa sebentuk cincin dan bakul-bakul hantaran untukmu bila tiba saat itu. Kali ini, pinggan dan cawan licin selicinnya seperti 100tahun tidak makan.

Masa sangat mencemburui kami dan keputusan sudah dibuat maka ketenangan dan senyuman mengusai suasana. Dan dirinya sangat memahami diriku, susahku susah nya juga. Saling berbelanja, tidak mahu menyusahkan satu sama lain. Indah rasanya. Tapi bagiku, biarlah wang ringgit habis, jangan habis cintaku padamu. Poyo setinggi langit ayat ini namun itulah hakikatnya. Berat hati ingin berpisah namun itulah hakikat yang terpaksa ditempuhi. Diriku sangat mengharap dirimu namun jika dirimu bukan jodohku, insyaAllah diriku boleh menerima walaupon air mata menemani diri. Terima kasih atas segalanya wahai mrs 60. I LOVE YOU.

Wassalamualaikum.


Wednesday 22 October 2014

Keputusan...


Asalamualaikum,

Orang kata, idea sesebuah karya dan penulisan datang apabila hati dalam keadaan tenang, hati dalam keadaan gembira, suasana yang sepi dan tenteram. Tapi kali ini, idea datang apabila berada dalam keadaan takut, tidak tenang dan sebagainya.

22 Oktober 2014, itulah hari yang secara tidak sengaja dimana saya sendiri telah berjanji secara tidak sengaja untuk memberitahu perkara yang terpendam didalam hati ini pada si dia. Mujurlah, apa yang ditulis didalam post sebelum ini tidak dapat dihidu oleh si dia. Gelabah saya apabila mendapat tahu bahawa dia sudah pon membaca post saya sebelum ini. Tapi dia tak sedar bahawa post itu adalah untuknya. Alhamdulillah, rahsia masih dalam genggaman.

22 Oktober 2014 iaitu hari rabu, destinasinya ialah Ipoh. Mungkin ini adalah titik permulaan atau pengakhiran bagi saya sendiri. Tidak mampu berbuat apa-apa dan sekadar mengharap semuanya berjalan dengan lancar. Mencari seorang calon isteri bukan mudah dan ianya merupakan perkara yang sangat serius. Biarlah segala yang difikirkan dan terpendam diluahkan secara serius, jujur dan tidak hipokrit.

Emma maembong??bukan tapi emma kembong. Kau sudah pon memberi panggilan pada diri kau sendiri, tanpa kau sedari. Hanya mampu tersenyum apabila mengingati perkara ini.

Isnin (20 Oktober 2014), hari aku menulis post ini. Mungkin post ini akan jadi sejarah manis??ataupon sejarah pahit??wallahualam. Post ini dipublish selepas hari rabu atas sebab kerahsian. hehe. Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalamualaikum.

Monday 20 October 2014

I LUV ISLAM : Benar Kata Orang

alt

Benar kata orang. Apabila cinta terhadap manusia sudah menguasai hati, kita mudah diperangkap oleh tipu daya dan muslihat syaitan untuk menyesatkan manusia. Hati yang dahulunya mengatakan “cinta kerana Allah SWT” perlahan-lahan diulit tipu daya dan muslihat syaitan.

Cinta sebelum kahwin sememangnya mampu mengundang kepada lembah penzinaan. Hati mula lalai terhadap suruhan dan perintah Allah. Perlahan-lahan hati ini ditipu oleh syaitan. Niat pada awalnya ingin membimbing seorang wanita perlahan-lahan hanyut ke lembah penzinaan.

Puas ibu menasihati agar menjaga tingkah laku dan perbuatan apabila keluar bersama teman wanita yang aku merasakan kononnya bakal menjadi menantu kepada ibu. Solat yang pada dahulunya dilakukan pada awal waktu mula berubah kepada penghujung waktu kerana leka dengan berbalas pesanan mesej ringkas. Majlis-majlis agama yang dahulunya dihadiri mula ditinggalkan kerana ingin ber-chatting dengan teman wanita di laman sosial.

Tiada lain yang difikirkan melainkan hanya teman wanita sehinggalah pada suatu tahap hati ini mula sesak dengan desakan nafsu dan dosa. Percintaan yang pada dahulunya indah mula berubah menjadi hambar. Pergaduhan kerap berlaku yang akhirnya membawa kepada perasaan cemburu yang meluap-luap.

Syaitan benar-benar telah berjaya mengambil alih hati ini untuk dikuasai. Tiada lagi ayat-ayat Al-Quran yang dahulu kerap diamalkan. Hidup menjadi tidak tenang. Terasa seperti ada dua aliran di dalam hati. Hati ini semakin sesak dan lemas dengan dosa-dosa yang dilakukan.

Aku tekad untuk memutuskan hunungan yang sudah terjalin selama dua tahun ini kerana Allah Taala. Aku tidak mampu lagi hidup dengan penuh dosa dan noda. Jauh di sudut hati, ini bukanlah cinta yang diredhai Allah. Jauh sudah aku tinggalkan seorang wanita yang pernah hadir dalam diri aku. Aku membawa diri jauh daripada “lembah kemasyhuran” yang pernah aku tempuhi suatu masa dahulu.

Biarlah aku bersendiri daripada hidup penuh dengan noda dan dosa. Tidak susah bagi aku untuk kembali kepada yang Maha Esa. Kini aku melihat kawan-kawan lain “berbahagia” bersama pasangan luar nikah masing-masing tetapi aku merasakan lebih bahagia bersama-sama dengan Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Benar kata orang. Allah knows what’s best for us! Ada sebab mengapa Allah menyuruh kita menjauhi zina. Allah SWT berfirman:


“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
(Surah al-Israa’, ayat 32)


Wallahu’alam.

Kejayaan Yang Sebenar


Asalamualaikum. Kejayaan??Boleh dirungkai dalam banyak aspek namun maksud kejayaan kali ini adalah kejayaan dalam menyempurnakan hidup seharian.

Memegang segulung ijazah ataupon memegang sebuah piala juga merupakan sebuah kejayaan namun sesuatu kejayaan itu takkan berguna jika sekadar berjaya didunia tapi gagal diakhirat. Kejayaan didunia dan akhirat harus seiring justeru melahirkan generasi Islam yang berdaya maju dan setanding dengan yang lain.

Bagi saya sendiri, tidak berjayalah seorang manusia itu jika gagal menyempurnakan solat lima waktu sehari semalam kerana solat itu merupakan tiang agama dan wajib ditunaikan oleh setiap manusia yang beragama Islam. Tanpa solat yang sempurna, maka gagallah kehidupan didunia dan akhirat. Kekadang, kita lihat orang yang tidak solat masih boleh berjaya didunia tetapi sebenar-benar kejayaan adalah berjaya didunia dan akhirat.

Kenapa orang tidak solat masih boleh berjaya?? Ini berlaku kerana Allah ingin menguji seseorang hamba itu kerana manusia mudah tewas dengan wang ringgit ataupon kejayaan masing-masing. Mereka leka bahawa sebaik-baik kejayaan adalah dengan mengikut agama Islam itu sendiri.

Berbalik pada pendapat saya, solat lima waktu sahaja tidak mencukupi jika tidak berjemaah di masjid/surau atau tidak pada awal waktunya. Sunnah rasulullah yang tidak harus dipinggirkan adalah solat fardhu berjemaah di tempat azan dilaungkan pada awal waktunya. Jika masjid/surau kosong ketika solat fardhu, maka berdosalah seluruh penduduk disekitar. Oleh itu, kita tidak boleh memandang remeh pada solat jemaah.

Dengan solat berjemaah juga dapat melahirkan ukhwah sesama jemaah itu sendiri walaupon tidak saling mengenali. Sifat kasih sayang dan persaudaraan boleh terhasil daripada sunnah rasulullah ini. Oleh sebab itulah, orang yahudi hanya akan takut pada orang Islam apabila solat subuh penuh seperti solat jumaat kerana persaudaraan yang terhasil dikalangan orang Islam apabila solat jemaah dapat membanteras segala yang memudaratkan Islam itu sendiri.

Berpeganglah pada satu ayat ini "bagaimana rasulullah SAW akan mengenali kita jika kita tidak mengamalkan sunnah nya", wallahualam. Solat berjemaah la selagi hayat dikandung badan dan sebelum penyesalan menghantui diri. Wassalamualaikum.

Sunday 12 October 2014

Dia dan Aku


Asalamualaikum. Bila disebut pasal perkara silam, masing-masing ada kenangan tersendiri baik manis ataupon pahit. Perkara silam selalu dikaitkan dengan perkara buruk seseorang namun setiap ciptaan bernama manusia boleh berubah kepada yang baik atau disebaliknya. Oleh itu, usah memandang rendah pada mereka yang pernah berbuat jahat kerana mungkin mereka akan menabur lebih banyak bakti dan kebaikan kepada manusia lain pada masa akan datang.

Bagi seorang remaja seperti saya sendiri walaupon sudah mencecah 21 tahun pada 2014 ini, saya sendiri mempunyai pelbagai pengalaman baik dan buruk tidak kira ketika alam persekolahan, keluarga, rakan-rakan dan lebih menarik lagi dalam percintaan. Apa yang hendak saya ketengahkan sekarang adalah mengenai alam percintaan.

Cinta itu lumrah kehidupan. Allah ciptakan manusia dengan fitrahnya dan salah satu fitrah tersebut adalah cinta. Cinta itu terlalu universal maksudnya. Cinta terhadap pencipta, cinta terhadap keluarga, cinta terhadap kawan dan cinta terhadap pasangan. Cinta itu suci namun manusia selalu mencemarinya dengan unsur-unsur negatif seperti cinta pada maksiat, cinta berdasarkan nafsu dan sebagainya.

Remaja dan cinta tidak dapat dipisahkan. Saya sendiri tidak dapat lari dari cinta ini. Rasanya sangat hebat sehinggakan sebelum tidur, sebelum makan, selepas makan, semasa riadah, semasa bersosial, kita boleh merasakan cinta itu tambah-tambah lagi pada insan yang berlainan jantina. Sukar untuk memendam perasaan cinta itu apabila berjumpa dengan orang yang dicintai. Tekanan yang dirasai sangat hebat dan agresif. Namun itulah keindahan menyimpan rasa cinta pada seseorang. Jika keadaan sangat mendesak, tidak perlulah dirahsiakan lagi namun luahkan dengan serius, terbuka dan secara berhadapan.

Luahan?boleh diucapkan dengan pelbagai cara namun jadilah diri anda sendiri. Sikap hipokrit harus dijauhkan. Orang kata, insan yang selalu kita ingat setiap masa, itulah cinta walaupon tidak berjumpa. Tidak perlu meminta apa-apa, cukuplah luahan kepada si dia. Maka hilanglah segala kesulitan dan keseksaan sepanjang masa memendam perasaan cinta itu.

Ingin saya cerita sendiri kisah cinta saya dimana dalam keadaan tidak sedar, saya sudah terbabit dalam percintaan. Saya yang dulu tidak setia pada seorang, suka bertukar-tukar pasangan namun itu saya yang dulu. Apabila saya mula serius, balasan buruk saya dapat. Mungkinkah ini balasan? 

Walaupon setelah ditinggalkan pasangan, namun hadir seorang insan yang dapat mengukir senyuman saya semula, yang membuatkan saya tidur tak lena, selalu ingatkan dia. Dan semestinya dia seorang wanita yang sangat cantik dan comel bagi saya. Namun, saya pilih untuk memendam perasaan ini. Dalam keadaan tidak sedar, perasaan itu dizahirkan dalam perbualan, perbuatan dan mesej-mesej. Itu tidak saya khuatir namun apa yang ditakutkan oleh saya sehingga berbuat keputusan untuk memendam perasaan adalah cinta bertepuk sebelah tangan ataupon dipermainkan dimana saya hanya tempat melepaskan kesunyian. Wallahualam. Saya masih ingat berapa pertemuan saya dengan si dia sehingga 13 oktober 2014 ini iaitu 5 pertemuan dan satu pertemuan itu adalah secara berdua kalau tak silap saya. Indah rasanya. Biarlah penat lelah dan wang ringgit habis kerana itulah dinamakan cinta itu membutakan.


Memori bersama saya simpan seelok-eloknya. Gambar dikumpul dan barang-barang yang mengingatkan saya pada dia akan saya sayang seperti saya sayangkan dia. Saya cintakan awak. Itulah luahan yang ingin diluahkan namun ingin saya simpan selagi mampu. Reaksinya terhadap saya seperti positif dan ada kala nya negatif namun saya berharap dia juga mempunyai perasaan yang sama. Ada dua barang yang mengingatkan saya pada dia iaitu ….u dan …..t semestinya rahsia. Ingin diceritakan lebih panjang namun cukuplah sampai disini kerana takut sudah membuka rahsia sendiri. Adakah dia juga cintakan saya seperti saya cintakan dia? Adakah dia jodoh saya? Jika benar, alhamdulillah. Wallahualam. Semoga Allah memberi petunjuk pada saya dan dia. InsyaAllah. Wassalamualaikum.

Tuesday 17 June 2014

Ketenangan


Ketenangan??ada apa dengan kenangan??ada apa dengan cinta??ok..stop..termengarut plak..

Anda putus cinta??masalah kewangan??keluarga bermasalah?? LALU menimbulkan rasa keluh kesah, gelisah, sakit hati dan macam-macam lagi..

Kita mencari cara yang susah, menggunakan wang ringgit, doktor dan sebagainya..TAPI kita lupa bahawa tiada ketenangan yang hakiki, tiada ketenangan yang best melainkan ketenangan yang datang dariNYA, Allah Taala..

Bagaimana??saya bukan nak berlagak seperti ustaz tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri..caranya cukup mudah..tak perlu keluarkan wang ringgit, cukuplah sekadar penat lelah dan peluh..

Macam mana??Allah sentiasa menyuruh kita mengingatiNya..cara yang paling mudah adalah beribadah yakni solat lima waktu sehari semalam..kita luangkan masa dalam 15 -30 minit solat berjemaah di masjid pada awal waktunya..

Berkesan ke??insyaAllah berkesan..letak je kaki dalam masjid, rasa ketenangan seperti tiada masalah..apabila solat, lagi terasa best..lepas berdoa bersama-sama, insyaAllah akan dapat cara menyelesaikan masalah bagi yang menghadapi masalah manakala bagi yang sakit hati atau kecewa pasti akan dikurniakan ketenangan..

Tapi inilah yang selalu kita lepas pandang..apabila disebut masjid atau surau, pasti dilabelkan dengan golongan veteran atau orang tua..kita orang muda sepatutnya yang mengisi masjid dan surau bersama-sama kerana itu sunnah dan sangat dituntut agama..

OLEH ITU, janganlah kita jadi ORANG YANG RUGI..marilah kita berjemaah di masjid..terima kasih..wassalamualaikum..

Sunday 8 June 2014

Perempuan oh perempuan



Asalamualaikum..dah baca??jawab la ye salam tu..hehe..diri ini sedar bahawa tiada pembaca pon blog ni tapi tak apa, nak kongsi sesuatu juga dengan korang..hajat atau niat atau nawaitu menulis ni sekadar mahu meluahkan dan berkongsi serba sedikit ilmu atau pengalaman murahan..hehe

Semakin lama kita hidup, semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak pengalaman kita, semakin banyak peristiwa pahit dan manis dalam hidup kita..dan oleh sebab itulah, wujudnya idea nak menulis ini..

Tiada benda yang best untuk dikongsi melainkan perkara mengenai cinta atau pasangan hidup..dan disebabkan itu, gua yakni penulis blog nak bercerita mengenai sikap wanita yang membikin panas atau menaikkan baran orang yang mencintainya..

Cerita bermula begini, em sukar untuk bercerita tapi gua akan cuba bagi korang faham..

(Untuk para lelaki sahaja)

Pertama, pernah gaduh dengan pasangan anda??

Kedua, disebabkan pergaduhan itu, si lelaki pon buat-buat la merajuk atau tak balas mesej atau yang sama maksud dengannya..

Ketiga, beberapa hari berlalu, atau beberapa minggu berlalu..tiada mesej dari pasangan anda..

Keempat, tiba-tiba pasangan anda mesej seperti tiada apa-apapon berlaku..

Konklusinya, mesti korang rasa panas je kan..nak tak nak, kena la lupakan masalah tu dan move forward..let bygone be bygone demi menjaga hubungan..benda ni banyak berlaku kat para lelaki dan para wanita sebagai orang yang buat salah tapi buat macam tak ada benda berlaku..

Apa-apapon, kesasihan perkara ni tak tahu lagi..tapi banyak berlaku jadi perlu berkongsi dengan korang bagi mengukir senyuman dimuka korang tu..hehe

Tuesday 26 November 2013

I LUV ISLAM : Kenapa Aurat Wanita Lagi Banyak Dari Lelaki??




alt

Sebahagian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..!

Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

- Artikel iluvislam.com

A New madulebah.blogspot

Asalamualaikum readers..sudah lama aku tak update blog ni..dah berkarat dan berhabuk..penat nak mengelap, menyapu, dan memberus blog ni..almaklumlah, hampir setahun tinggal..setelah bertahun tak update, aku rasa biarlah blog ni berubah wajah menjadi lebih matang dan lebih awesome..bukan apa, setiap perkara dan fenomena di dunia ni akan berevolusi setiap masa kecuali ajaran Islam iaitu Alquran dan Alsunnah yang sentiasa ideal sepanjang zaman..jadi tak salah blog aku ni berevolusi..


Em..apa yang mahu diceritakan ek??
pasal cinta??
agama??
duniawi??
akhirat??

Baiklah, setelah menjalani pilihanraya post-post diraja, maka dengan ini, dengan persetujuan raja-raja dan menteri-menteri besar..eh..eh..termengarut plak..oklah, aku cerita pasal kisah aku sedikit la..

Percintaan??itulah aku nak cerita..kalau korang nak tahu, aku ada plan nak kahwin muda..kahwin khitbah gitu tapi Allah telah meletakkan takdir aku untuk tidak berkahwin dengan si gadis itu..kenapa ye??mak bapa aku sekadar memberi lampu kuning..tiada jawapan ye, tiada jawapan tidak..maka beralih kepada si gadis..namun, yang menyedihkan ibu bapanya menolak sekeras-kerasnya hajat kami berdua malah memarahi si gadis..ish3..kesian si dia..walaupon ibu bapa gadis ni kenal aku, namun jodoh tak berpihak kepada kami..maka, hubungan special bertukar menjadi kawan bagi mengelakkan perkara tak diundang berlaku..

Setelah berbulan kami menjadi kawan, berlaku banyak juga lah pergaduhan..aku pon tak faham..kawan tapi bergaduh macam couple..aku pon tak faham dengan si dia ni..sampai ada satu pergaduhan ni, tak bertegur selama dua tiga minggu..tapi aku mengalah..tegur dan minta maaf sebab aku sayangkan dia..keluar sama-sama balik dan mengharapkan perkara seindah dulu berlaku semula..

TETAPI sikap aku yang suka melayan perempuan menyebabkan si gadis ni marah..sekali lagi pelbagai ayat yang menyakitkan hati dia hadiahkan kat aku..dan kali ini tiada lagi kesabaran yang mampu tahan aku..aku sembur dia balik ke??pukul dia ke??tidak..aku ambil keputusan untuk tidak berbaik semula mahupun ada perasaan kat dia..untuk pengetahuan korang, aku jenis yang boleh melupakan perbuatan tetapi tidak boleh melupakan perkataan..perbuatan apa yang telah dia buat kat aku, aku boleh lupakan tetapi kata-kata dia aku masih ingat..apa dia kata??biarlah rahsia..

Tiada lagi hubungan antara kami..indah perancangan Allah..akhirnya aku faham kenapa Allah takdirkan untuk kami tidak berkahwin awal..terima kasih Allah..semoga dia berbahagia dengan orang lain..insyaAllah..

Tuesday 4 December 2012

-I LUV ISLAM : Kahwin Muda - Jangan Ingat Mudah!


Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada awal waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih muda.. Alhamdulillah..

Walaupun diri ini juga tergolong dalam golongan "kahwin awal" iaitu ketika tahun ke 2 di universiti, namun ada beberapa pesanan ringkas untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !!

Sama ada kepada mereka yang "menyokong" kahwin awal atau sangat "menentang" kahwin awal, apa yang perlu difahami bahawa setiap individu mempunyai situasi/masalah yg berbeza-beza dan pelbagai; ada yg perlu kahwin awal, ada yang merasakan tidak perlu kahwin selagi belum habis belajar dan macam-macam lagi. Jangan mengharapkan orang lain sama fikiran dengan kita, walaupun rambut sama hitam, belum tentu hati dan perasaan itu mempunyai persamaan.

Anjuran perkahwinan oleh Nabi SAW melalui sabda baginda:

"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."

(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)

Ada ulamak hadis menyatakan bahawa istilah "pemuda-pemuda" di situ ditekankan sebagai galakan agar disegerakan perkahwinan pada umur yang masih muda (ada ulamak yang menyatakan sebelum umur 40 tahun, dan ada yang menyatakan 25 tahun dan pelbagai lagi tafsiran ulamak).

Di sini, dinyatakan beberapa situasi yang perlu diambil perhatian, sebelum membuat keputusan, tanpa menuding orang lain, tepuk dada, tanya hati dan iman!

Pertama: Mereka yang tidak mengalami gelodak jiwa, dan mampu menahannya (samada dengan berpuasa, ataupun boleh mengawal fikirannya dengan sebaik mungkin), maka golongan ini adalah dinasihatkan terus fokus kepada apa yang dilakukan seperti belajar, bekerjaya dan sebagainya. Dalam masa yang sama sentiasa bermohon kepada ALlah agar segala urusan dipermudahkan di dunia dan di akhirat.

Kedua: Mereka yang "merasakan" dirinya dapat menahan semua itu, tetapi dalam masa yang sama sibuk melakukan pelbagai maksiat (berhubungan bebas dengan bukan mahram), golongan ini sepatutnya mencari jalan keluar dari hal ini, sama ada menghalalkan perhubungan dengan pernikahan atau memutuskan hubungan agar hidup lebih diberkati. Lakukan ini kerana taqwa kepada Allah insyaAllah pasti ada jalannya.

Ketiga: Mereka yang tidak dapat lagi menahan diri, mereka telah cuba, tetapi hati mereka tetap tidak tenang, fokus hilang, hanya terasa ingin kahwin sahaja, tetapi masih mampu menghalang diri daripada maksiat-maksiat, maka golongan ini juga disyorkan agar mencari jalan terbaik dan mohon petunjuk Istikharah daripada Allah, mengadu selalu kepada Allah, jika telah ada calon yang sesuai, bersegeralah untuk halalkan dengan cara terbaik, tekadkan dalam diri bahawa "aku lakukan ini kerana Taqwa", tingkatkan prestasi diri melalui persiapan dari segenap segi, semoga jalan yang dipilih itu paling diberkati!

Firman Allah SW

"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

(Surah at-Talaq ayat 2)

Melalui tiga situasi ini, difahami bahawa masing-masing ada AQAL untuk menilai diri sendiri, di situasi mana dirinya berada! dan jika perlu berbincanglah sebaiknya dengan mereka yang lebih tua (hormati pandangan mereka), atau sesiapa sahaja yang berpengalaman (yang boleh dipercayai). Apa sahaja pilihan kita, janganlah sampai tersalah menilai seseorang melalui sudut kacamata diri kita (itu merupakan satu kesalahan besar), lantas menghukum org itu, lebih teruk maka terkeluarlah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kepada saudara kita sesama Islam.

"Gatal sangat dah ke, sampai perlu kahwin masa belajar!!",

"Belajarlah bagi selesai dahulu!!",

"Aku boleh fokus, takkan dia tak boleh, saja je tu nak kahwin awal!" dan macam-macam lagi.

Sepatutnya, adalah lebih baik kita cuba memandang dari sudut kacamata orang tersebut, mungkin ada kejernihannya, dan pelbagai perkataan yang menyakitkan hati itu mungkin tidak akan keluar, memadailah pesanan Rasulullah SAW sebagai peringatan:

"Orang Islam itu ialah individu yang orang-orang Islam selamat daripada lisannya (kata-kata kesat/mengumpat) dan tangannya (kezalimannya)".

(Hadis Riwayat al-Bukhariy : 6484)

Secara kesimpulannya, pegangan utama kita adalah Taqwa kepada ALLAH, jika kita mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan mampu fokus tanpa memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka teruskanlah, dan jangan lupa berdoa untuk mendapat kemudahan/kejayaan dunia dan akhirat (termasuklah perkara-perkara jodoh).

Manakala jika kita tidak mampu menghalang diri, telah bergelumang dengan hubungan bukan mahram (terutama yang telah mempunyai seseorang yang istimewa), persiapkan diri (dari segala segi), cari jalan untuk segera menghalalkannya, ataupun pilih jalan untuk menjauhkan diri dulu dari semua itu.

Ingatlah! Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".

Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap taqdirNYA itu dirangkaikan dengan keredaannya semata-mata..

Satu analogi untuk seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..

"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."

"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."

Wallahu Anta A'lam

- Artikel iluvislam.com

-I LUV ISLAM : Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W-


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

- Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/

Copyright© All Rights Reserved madulebah93.blogspot.com