Asalamualaikum wbt,
Tiada tuju hidup ini tanpa mu,
Tiada kekuatan diri ini tanpa mu.
Itulah sepatah dua kata yang agak jiwang dan kebiasaannya sangat disukai bagi mereka yang sedang angau bercinta. "Sempurnalah separuh agama seseorang itu apabila sudah berkahwin". Apabila berkahwin, Allah menjanjikan rezeki yang murah dan hidup lebih diberkati dan lebih mudah, insyaAllah.
Namun kali ini, bukan topik kahwin yang ingin diketengahkan. Petikan diatas sekadar secebis ilmu yang dapat kita gunakan dalam menempuhi hidup yang ranjau berduri serta memberi kekuatan pada mereka yang ingin sangat berumah tangga. Tiada manusia pon yang mahu bersorangan, nescaya masing-masing ingin ada teman untuk bermesra, berkongsi suka dan duka, berkasih sayang dan banyak lagi.
Kahwin??bukanlah topiknya namun "mrs 60" menjadi ilham untuk terus menzahirkan idea yang terpendam didalam diri. "Mrs 60" ataupon dikenali sebagai "dirinya / dirimu" dalam blog ini. Diri ini tidak dapat lari daripada kisah cinta yang indah dan diri ini juga lebih cenderung menulis mengenai kisah cinta yang penuh dugaan dan cabaran.
Mrs 60, badannya tinggi dan rendah sedikit dari diri ini, rupanya comel dan cantik memikat hati, sifatnya yang cepat marah dan merajuk mencuit hati, pandangan yang jauh dan matang meyakinkan diri ini, keturunan yang baik dan dikenali memudahkan diri ini, teras agama yang kukuh menyejukkan hati. YE, dialah sebaik-baik dan setepat-tepat calon untuk seorang isteri dan ibu kepada anak-anakku. InsyaAllah, dialah jodohku.
Hari demi hari berlalu tapi seperti semalam detik indah itu berlaku. Gagal dalam percintaan yang lepas namun cinta kali ini seperti cinta pandang pertama yang tiada tahu erti bosan dan putus asa. Apabila kesalahan diukir tanpa sengaja seperti batu yang menghempap hati, rasanya seperti penyesalan yang teramat sekali. Maaf dan pujuk rayu sebagai pengganti kesalahan diri. Masalah dan kesedihan yang menimpa dirinya seperti bluetooth atau USB yang boleh berkongsi sekali dengan diri ini. Sedihmu, sedihku juga. Marahmu, marahku juga. Serabutmu, serabutku juga namun diri ini lebih positif darinya. Sekadar gurauan.
Hari silih berganti, sayang semakin mendalam, cinta semakin menggunung. Ini semua poyo namun inilah hakikatnya. Saling merajuk, terasa hati, cemburu, bermanja menjadi permainan dalam percintaan. Namun, batas-batas harus dijaga dan agama tidak boleh diketepikan. Ingin dipercepatkan ikatan yang halal namun adat serta pandangan menjadi halangan.
Benar orang kata, cinta itu membutakan. Namun, cintalah yang membahagiakan, cintalah yang mengukir senyuman dan sebab cintalah menitis air mata. Tiada kata-kata dapat menggambarkan kegembiraan diri ini apabila dirimu mula menghidap sakit-sakit cinta terhadap diri ini. Sayangkah dirimu pada diri ini? Cintakah dirimu pada diri ini? Segala yang dipendam akan dizahirkan melalui perbuatan dan layanan. Biarlah dirini perasan atau syok sendiri kerana angau cinta sudah menawan diri. Terima kasih kerana hadir dalam hidup. Kehadiran dirimu begitu bermakna dan bermakna dan bermakna.


No comments:
Post a Comment