Friday, 19 December 2014

Gambar dan Kenangan

Asalamualaikum wbt,

Setiap manusia yang lahir ada kenangan mereka yang tersendiri tidak kiralah kanak-kanak mahupon dewasa. Lagi panjang usia seseorang itu, lagi banyaklah kenangannya. Dan pasti setiap kenangan memberi impak mahupon kerinduan pada diri sendiri. 

Ingin diceritakan pengalaman sendiri, apabila perasaan bertukar menjadi sangat serius dalam erti kata lain angau cinta, setiap kenangan yang berlaku pada diri ini sepanjang mengenali dirinya (emma kembong / mrs 60) menjadi satu ingatan atau kenangan. Setiap barang yang dibeli bersama dengannya menjadi satu sejarah buat diri ini kerana setiap kali melihat barang tersebut pasti akan teringat padanya.

1. Baju Cameron Highland

Baju ini semestinya dibeli di Cameron Highland dan bukan dibengkel motor. Percutian bersama kawan-kawan ke Cameron Highland ketika praktikal menjadi satu titik pertemuan yang penting kerana pada saat itu sudah bermula angau cinta yang sangat serius namun dirahsiakan. Percutian ini melibatkan 4 orang dan dirinya menjadi salah satu daripada mereka. Ingin diceritakan lebih panjang namun harus diringkas. Terdapat satu detik yang menjadi kenangan adalah ketika ingin membeli baju ini. Penjual baju yang berasal dari Indonesia begitu peramah melayan kami dan dalam keadaan itu, kami berempat berpecah dan diri ini berdua dengannya. Oleh sebab itu, penjual tersebut telah bertanya kepada kami "pacar ya?? sudah lama atau baru??". Kami hanya melayan karenah penjual itu sambil tergelak namun diri ini sangat berharap kata-kata penjual itu menjadi kenyataan.


2. External Hardisk & Kasut

EH ini kepunyaan diri ini namun terdapat satu keratan pink yang dilekatkan dirinya menjadi kenangan. Ini berlaku ketika kami bertemu di Ipoh kerana diri ini mengajak dirinya untuk menemaniku bershoping. Motifnya bukanlah shoping namun lebih kepada ingin berjumpa dengannya dan memberi pencetus kepadanya mengenai perasaan ini. Hasil daripada pertemuan ini, maka satu pemberian diri ini sedikit sebanyak menimbulkan persoalan kepadanya. Akhir pertemuan itu, EH ini dikembalikan berserta keratan pink yang comel yang bertulis.


Kasut ini sebahagian daripada cara untuk berjumpa dengannya. Dari Aeon Kinta ke Ipoh Parade dan akhirnya kasut yang dicari jumpa. Kasut ini merupakan pilihan dirinya dan diri ini sekadar mengikut kerana pilihannya pilihanku juga. Namun ketika ini, perasaan masih dirahsiakan dan pertemuan ini dinikmati sebaiknya.


3. Seluar

Seluar ini dibeli ketika pertemuan kami yang sangat bermakna pada 22 Oktober 2014. Art street Ipoh, Kellie's Castle, Aeon 18, Gua Kek Lok Tong, ABC dan Burger Banjir menjadi destinasi. Seluar ini juga hasil pilihannya dan ketika itu dirinya sudah mengetahui perasaan sebenar diriku. Semasa pertemuan ini, kelihatan masing-masing memikirkan sesuatu akibat luahan perasaan ini padanya.


4. Powerbank















Powerbank ini bukanlah satu pemberian atau hadiah tapi lebih kepada pencurian. Ini berlaku pada pertemuan kami yang pertama dengan perasaan yang serius. Ipoh ke Zoo Taiping menjadi destinasi kami. Pertemuan ini begitu bermakna kerana dirinya sudah mula mengambil berat dan mengikut apa yang disukai diri ini. Hal ini dapat dilihat ketika dirinya berpakaian dan caranya berkomunikasi denganku. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan maka diriku pulang kerumah namun ketika dalam perjalanan, diriku sedar bahawa powerbank purpleku sudah diragut cinta hati. Dirinya sudah pon mencuri hati ini namun powerbank juga ingin dicurinya.


5. Baju Kembar




























Baju Malaysia itu asal dari percutianku ke Padang Besar manakala Baju Biru itu asal dari percutiannya ke Pulau Pangkor. Inilah baju kembar kami yang pertama dan kedua. Ketika ini, berlaku pertemuan diantara 3 orang iaitu diri ini dan kakak dengan dirinya. Pertemuan yang singkat dan tidak cukup bagiku.


6. Tiket
























Tiket masuk Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar. Berlaku pada pertemuan yang dirancang disaat-saat akhir untuk memenuhi tuntutan sahabatku yang ingin bersiar-siar di Perak ini. Pertemuan dari pagi sehingga petang ini yang melibatkan 4 orang. 

Tuesday, 2 December 2014

Adat atau Agama??


Asalamualaikum wbt,

Islam itu satu agama yang mudah dan relevan sepanjang masa serta sempurna ajarannya. Setiap kesulitan pasti ada penyelesaian, setiap kejayaan pasti ada jalannya. Itulah Islam yang menyembah Allah yang satu dan mengikut sunnah rasulullah saw.

Sebelum bermulanya sebuah pembinaan masjid yang indah yakni perkahwinan, wujud prosedur atau aturcara sebelum hari akad nikah. Dalam agama mahupon adat terdapat prosedurnya yang tersendiri. Dalam adat, sebelum akad nikah, haruslah bermula dengan merisik, bertunang dan akhir sekali berkahwin. Dalam Islam, hanya terdapat pertunangan dan perkahwinan namun Islam tidak melarang umatnya mengikut adat selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Berkata tentang merisik dalam adat melayu, merisik atau nama lainnya "tanda" adalah satu cara untuk mengetahui keadaan atau status seseorang wanita itu sama ada sudah berpunya mahupon tidak dan dalam keadaan yang sama mengenalkan calon lelaki kepada perempuan yang dirisik itu. Dan setelah merisik, bermulalah proses bertunang dimana rombongan lelaki membawa hantaran dulang dan cincin untuk perempuan yang ingin ditunangi.

Ingin diketengahkan disini adalah dalam proses pertunangan itu sendiri. Pada masa kini, majlis pertunangan dijalankan secara besar-besaran seperti walimatul urus. Khemah yang banyak didirikan, pelamin yang besar serta mahal disediakan, orang yang ramai datang menghadiri. Sudah pasti banyak wang ringgit sudah dihabiskan dan ini menyebabkan pembaziran dimana wang ringgit tersebut boleh digunakan untuk walimatul urus yang lebih afdal di war-warkan dan diberitahu kepada umum. Dalam Islam juga, pertunangan harus disembunyikan manakala perkahwinan harus diberitahu. Mengikut Islam, sudah wujud satu ikatan pertunangan antara lelaki dan perempuan apabila masing-masing bersetuju untuk berkahwin serta tidak memerlukan majlis pertunangan. Adat tidak salah namun cara menjalankan adat itu sedikit bertentangan dengan agama. 

Dalam perkahwinan pula, wang hantaran dan mas kahwin menjadi aspek utama dimana semakin tinggi pelajaran seseorang wanita itu, lagi tinggi hantaran dan mas kahwinnya. Dalam Islam, sebaik-baik mas kahwin adalah serendah-rendah mas kahwin. Ini sudah pon melanggar ajaran Islam itu sendiri. Kita sendiri boleh lihat, majlis walimatul urus dijalankan secara besar-besaran sehingga menjemput artis yang mahal serta diadakan di hotel-hotel mewah. Tidak salah semua ini dilakukan cuma hendaklah mengikut kemampuan sehingga tidak berhutang. Dalam Islam, bersederhana sangat dituntut dan terdapat batasan dalam melaksanakan walimatul urus dimana lelaki dan wanita yang bukan muhrim tidak boleh bercampur, makanan dan minuman tidak terlalu banyak sehingga berlaku pembaziran, pakaian yang tidak membuka aurat dan banyak lagi. Namun, semua ini semakin dilupakan masyarakat kita.

Pembaziran tidak harus berlaku dalam proses pertunangan dan perkahwinan. Disebabkan ini jugalah terdapat segelintir pasangan suami isteri terpaksa berhutang untuk mengikut adat dimana perlu berbelanja banyak dalam pertunangan dan juga perkahwinan sehingga melebihi kemampuan mereka. Justeru menyebabkan mereka berhutang pada perkara yang tidak sepatutnya. Sebaliknya mereka harus berjimat kerana dalam rumah tangga lagi memerlukan perbelanjaan yang banyak. Awaslah kepada bakal suami isteri, utamakanlah agama dan tinggalkan amalan yang batil supaya masjid yang bakal dibina diberkati dan dirahmati.

Wassalamualaikum wbt.

Copyright© All Rights Reserved madulebah93.blogspot.com