Asalamualaikum wbt,
"The serious conversation will give the deep impact"
-hafiz, 2014-
Hari silih berganti namun hari yang berlalu itulah yang memberi kenangan dan mencatat memori dalam hidup seseorang tidak kira manis mahupon pahit. Kenangan dan memori itulah yang mengajar kita untuk menjadi lebih baik atau memberi pengajaran yang sangat berguna pada kita. Kenangan dan memori itu jugalah kadang-kadang memberi kekuatan dan kepercayaan dalam diri seseorang.
Sabtu bertarikh 8 November 2014 hanyalah satu hari yang biasa bagi orang lain namun tidak bagi diri ini. Disebabkan tarikh ini jugalah tercatat satu lagi memori indah dan kepercayaan yang kukuh dalam diri ini. Keratan tiket diatas merupakan sebahagian kenangan dalam diri ini. Tidak akan ku lupa malah menjadi satu sejarah dan memori indah.
Permulaan hari dimulakan dengan perjalanan yang mengambil masa sejam dari Slim River ke Ipoh. Biar jauh namun sangat berbaloi dan bermakna. Perjumpaan yang pada mulanya diatur pada 29 Nov ditukar kepada 8 Nov. Apakah punca bertukarnya tarikh ini? Mungkin kerinduan? Mungkin kebetulan? dan lebih tepat iaitu takdir.
Akhirnya destinasi yang ditujui selamat sampai. "aku kat luar dah", itulah mesej yang dihantar pada dirinya. Sementara menunggu dirinya keluar, ruang-ruang kereta dikemas sedikit kerana sangat bersepah dan kotor namun masih berbau harum. Pemandanganku beralih kepada seorang gadis yang keluar dari pintu rumah. Gadis yang berbaju ayu, gadis yang bertudung cerah dan corak-corak, gadis yang berbaju pink dan berkainkan hitam bertompok ungu serta berkasut sarung hitam. "apa ni tiru aku", itulah kata-kata yang keluar dari mulut si gadis itu. Terpaku dan kagum diri ini melihat kecantikan, keayuan dan kecomelan gadis itu dan tanpa ragu-ragu, dialah emma kembong ku, dialah mrs 60, dialah cinta hatiku. Diri ini hanya tersenyum apabila menyedari baju kami sama dalam warna namun tidak pada fesyen. Seperti sudah dirancang namun semuanya hanyalah kebetulan. Dan apa yang sangat mengembirakan hatiku pada pagi itu apabila dirinya memakai pakaian seperti yang diriku suka dan mengenakan eyeliner seperti yang ku hajati. So perfect, so gorgeous you are. Dari situ dapat kunilai bahawa dirinya begitu mementingkan perasaanku. Terima kasih emma kembong.
Permulaan perjumpaan dimulakan dengan sarapan pagi dan dirinya bertemankan sahabat baiknya. Kami bertiga memulakan perjalanan menuju ke kedai makan bernama hollywood. Pada mulanya diri ini kurang bercakap kerana dirinya lebih sibuk bersembang dengan sahabat baiknya namun tidak kukisah kerana dapat melihat seseorang yang sangat dirindui.
Kedai makan yang dicari telah pon tiba, mencari parkin menjadi cabaran namun berjaya diatasi. Kami bertiga mula berjalan dan mereka berdua melambai pada satu kumpulan dalam kedai makan itu dan mereka itu semua adalah kawan-kawan dirinya dan kami duduk semeja dengan mereka semua. Begitu malu diri ini berhadapan dengan rakan-rakannya. "ayunya kau","eh,pakai make up", itulah kata-kata rakan-rakannya kepada dirinya. Diriku hanya mampu tersenyum kerana dirinya berbuat itu semua keranaku. Dirinya diam tersepu malu apabila diusik rakan-rakannya. Dan kami masih sempat berwassep walaupon berhadapan, katanya mereka melting dengan diri ku, dan diriku ingin tergelak kerana semua itu hanyalah satu usikan untuk dirinya. Kedai makan itu unik kerana peniaga cina dan melayu dibawah satu bumbung yang sama. Roti jala dan roti goyang menjadi santapan kami.
Perut mulai kenyang dan sahabat baiknya perlu dihantar kerumahnya sebelum kami berdua bergerak ke Taiping. Selesai hantar, kami berdua memulakan perjalanan ke Taiping seperti yang dirancang. Cuaca gelap dan akhirnya menggugurkan hujan-hujan sepanjang perjalanan. Dirinya kerap mengingatkanku untuk berhati-hati memandu dan sikapnya itu tidak tumpah seperti ibuku. Kali ini, rancangan yang telah diatur menjadi kenyataan apabila rakan baiknya bertukar fikiran untuk berfoya-foya bersama-sama pada hari itu.
Ipoh ke Zoo Taiping tidaklah jauh seperti yang difikirkan. Perjalanan terasa singkat dan mungkinkah disebabkan oleh ditemani oleh orang yang teristimewa? Mungkin dan mungkin benar. Sukanya hati ini melihat dirinya keluar dari kereta dengan berpakaian seperti seorang wanita melayu terakhir, seperti semua ini mimpi dan angan-angan. Ingin ku ratapi namun tidak dapat berbuat demikian kerana dikhuatiri akan tidak menyenangkannya. Mukanya kecil namun pipinya yang semakin berisi membuatkannya lebih comel dan cantik. Ketinggiannya yang hampir denganku sedikit menggugatku namun ketinggian yang kurang berbeza menjadi lebih secocok.
Persoalan demi persoalan bermain diminda namun belum lagi diluahkan. Tiket Zoo dibeli dan kami melangkah masuk namun apa yang bermain diminda kami pada waktu itu hanyalah tandas. Sedikit lucu namun itulah hakikat. Apa yang dilakukan selepas itu adalah menunggu dan menunggu sahabat baiknya itu. Masa menunggu digunakan sebaik mungkin dengan sesi perbualan yang bersahaja dan serius. Sebelum bertanya soalan, dirinya sudah pon dapat menghidu kerana katanya diriku ini seperti tengah memikirkan sesuatu. Ingin dikongsi soalan yang ditanya namun terlalu personal dan privacy.
Soalan demi soalan ditanya, huraian demi huraian diberitahu. Dan tanpa kusedari, pelbagai kata-kata poyo dilemparkan namun sangat serius. Dirinya masih sempat menulis sesuatu di tweeter "macam nak luluh jantung ini", dari post ini sudah menunjukkan betapa serius dan bermakna soalan yang ditanya. Diriku yang bertanya terlebih dahulu namun dirinya hanya mampu mendiamkan dan bertanya soalan yang sama kepada diriku semula. Dengan keyakinan dan kelakian dalam diri, jawapan diberi dan dirinya menahan gelak dan tersenyum mendengar jawapanku sambil memasukkan bahagian bibir yang bawah kedalam mulut. Tidakku sangka sampai sebegitu malumu itu apabila mendengar jawapanku. Sungguh cantik dirimu apabila begitu. Huraian-huraian diriku telah sampai ke penghujung namun dirinya masih belum memberi jawapan.
Akhirnya, dirinya menjawab soalanku. Jawapan yang ringkas namun cukup memberi keyakinan, semangat dan membuak-buakan lagi perasaan cinta dan sayangku ini padanya. Terima kasih emma kembong kerana sudah mengunci seketat-ketatnya perasaan ini padamu. Selesai kami berbincang, sahabat baiknya pon sampai dan bermulalah sesi melawat binatang-binatang seperti kanak-kanak berumur 10tahun.
Langkah demi langkah, namun tiada satu gambarnya diambil kerana mahu berlatar belakangkan zirafah yakni haiwan kesukaannya. Namun, hujan gugur sebelum kami sempat menghabiskan lawatan. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama dengan sang ular. Sesi bergambar itu cukup menggembirakan hati kerana dapat bergambar bersama-sama dengannya walaupon terdapat seekor ular sawa yang mengacau kami.
Perut begitu lapar namun dapat bersama dengan dirinya sudah cukup mengisi kelaparan ini. Kedai makan dicari dan akhirnya makan tengahari kami seperti makan petang. Kali ini, diriku tewas dengan pemakanan dirinya. Disebabkan itu, maka terjawablah kenapa pipinya berlebihan.
Setelah itu, sahabat baiknya itu memulakan perjalanan pulang ke kampungnya dan kami sekali lagi berdua. Masjid Taiping disinggahi bagi melaksanakan kewajipan. Keluar sahaja dari pintu masjid, pemandangan diri ini tertumpu padanya dan terasa perjumpaan kami begitu singkat. Sedih mula bermain dengan perasaan. Perjalanan pulang ke Ipoh ditemani hujan-hujan dilewat petang. Ketika perjalanan itu, perbualan yang mendalam sekali lagi mengambil alih situasi. Kerisauan diri ini terhadap dirinya diberitahu bagi menenangkan hati yang gundah gelana ini namun dirinya juga tidak ketinggalan berbuat demikian. Begitu sayang dirimu padaku.
Masa digunakan sebaik mungkin, perjumpaan dilanjutkan sehingga malam. Selesai maghrib, sesi pindah rumah dimana dirinya berpindah untuk sesi semester yang baru. Selesai memindahkan barang, kami menghantar pula sahabat baik silatnya di stesen bas Ipoh. Masa semakin singkat dan mencemburui kami, ingin kupanjangkan waktu namun apakan daya. Pukul 10 malam, diriku menghantarnya kembali ke rumah dan hati mula terasa sedih kerana terpaksa berpisah. Perjumpaan kami tamat untuk hari itu dan diriku terpaksa pulang kerumah berseorangan sambil ditemani perasaan sedih, pilu dan rindu. Terima kasih emma kembong.
Wassalamualaikum.


