Wednesday, 1 August 2012

Fuyoo SiteE : Kesan-kesan makanan laut


Pesakit-pesakit kencing manis atau diabetes sudah semestinya diberitahu oleh doktor yang merawat agar mengelak untuk memakan makanan yang mengandungi banyak kolesterol, gula, kanji, karbohidrat dan lemak. Mengapa? Sebenarnya bukanlah 100% dilarang untuk makan makanan tersebut, namun sekadar untuk merasa tidak lah mengapa. Apa pun perlulah mencari makanan alternatif atau pilihan supaya kandungan gula, kolesterol, protein dan lemak didalam darah tidak meningkat.

Ramai orang suka makan seafood atau makanan laut. Tahukah anda makanan laut mengandungi banyak kalsium, kolesterol, asid dan iodin? Pengambilan yang terlalu banyak akan mengakibatkan peningkatan kepada paras kolesterol darah yang seterusnya akan membawa kepada serangan jantung. Peningkatan paras kalsium atau garam didalam darah pula akan mengakibatkan penyakit hipertension atau darah tinggi yang mana akhirnya boleh berlakunya stroke jika tidak dikawal. Manakala asid pula akan menyebabkan bertambahnya asid urik didalam darah mengakibatkan penyakit gaut. Iodin berlebihan pula boleh memberi kesan kepada kelenjar tiroid.

Pengambilan ubat-ubat moden untuk mengawal paras kolesterol, kalsium, asid dan iodin tidaklah memberi kesan penurunan yang berkesan jika pemkanan diambil keterlaluan. Ini kerana selain bertindak mengurangkan paras bacaan, ubat-ubat moden ini akan memberikan kesan sampingan kepada sistem badan yang lain seperti usus, buah pinggang, hati, hempedu dan jantung sendiri.

Kaedah pengawalan sebaiknya ialah melakukan pengurangan pemakanan keatas makanan laut dan mengambil sayur-sayuran hijau sebagai tambahan. Mungkin ada diantara anda tidak suka memakan sayur, namun ketidakseimbangan pemakanan itulah yang menjadi penyebab kepada penyakit anda. Maka mahu tidak mahu pun sayur-sayuran hijau perlulah diambil sebagai membantu mengawal keseimbangan badan.

-I LUV ISLAM : Aku Malu.. Maafkanlah-


A : "Aku malulah nak rapat balik dengan dia."
B : "Kenapa pulak?"
A : "Aku dah banyak buat salah dengan dia sebelum ni.."
B : "Pergilah minta maaf.."
A : "erm.. aku malulah.. kalau dia tak maafkan, macam mana?"
Begitulah sikap sesetengah orang. Apabila berbuat salah terhadap orang lain, timbul perasaan malu dalam diri. Malu terhadap kesalahan yang dilakukan. Ketahuilah bahawa sikap sebegitu pasti akan mendatangkan kebaikan yang banyak. Rasulullah SAW sendiri ada menyatakan perihal ini;
"Malu itu tiada kesannya melainkan kebaikan." 
 [ HR Bukhari ]
Alhamdulillah.. Teruskanlah berasa malu apabila berbuat salah.
Tetapi, kita ada sedikit masalah. Mengapa kita malu untuk meminta maaf? Bukankah sikap 'meminta maaf' itu sangat baik diamalkan? Ya.. kita wajib 'meminta maaf' apabila melakukan kesalahan terhadap orang lain. Jangan malu untuk 'meminta maaf'. Perasaan malu itu biarlah bertempat. Malu berbuat jahat dianggap baik tetapi malu berbuat baik dianggap jahat. 'meminta maaf' adalah sesuatu yang baik, maka jangan malu melakukannya.
"kalau dia tak maafkan, macam mana?"
Belum minta maaf lagi, sudah berfikir yang bukan-bukan. Realitinya, memang itu yang berlaku. Sesetengah orang ragu-ragu untuk 'meminta maaf' kerana tidak yakin akan dimaafkan. Itu perkara biasa.  Tidak semua manusia bersikap pemaaf. Tidak semua manusia rela hati memaafkan orang lain.
Begitulah sedikit corak kehidupan apabila kita melakukan kesalahan terhadap sesama manusia.
Persoalan besar sekarang, bagaimana kesalahan kita terhadap Allah 'Azza Wa Jalla? Sudahkah kita memohon ampun pada-Nya? Sudahkah kita 'meminta maaf' pada-Nya? Cuba renung-renungkan seketika..
Hari ini, kita sedar akan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan disisi Allah SWT. Sehingga kita mengaku bahawa kita banyak melakukan dosa. Lalu, terbitlah perasaan malu terhadap semua dosa-dosa yang kita lakukan. Kita jadi malu terhadap Allah.
Namun, mengapa perasaan malu terhadap Allah itu tidak diiringi dengan tindakan 'meminta maaf' kepada-Nya? Padahal kita tahu bahawa Allah Maha Pemaaf terhadap semua hamba-hambaNya.
cuba kita ubah dialog di atas tadi..
A : "Aku malulah nak rapat balik dengan Allah."
B : "Kenapa pulak?"
A : "Aku dah banyak buat dosa dengan Allah sebelum ni.."
B : "Aku pun macam tu .. apa kata kita minta maaf?"
A : "Minta maaf? erm.. betul jugak. Allah confirm maafkan kan?"
B : "Yups.. yakinlah.."
"Jangan lupa minta maaf pada Allah!" ^^
"Aku memohon ampun pada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya"
Perhatikanlah pujukan daripada Allah ini;
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [39:53] 
Pergh.. Allah memang terbaiklah! Tidak kira sebanyak manapun dosa kita, semuanya akan dimaafkan. Itu janji Allah. Allah akan memaafkan semua dosa orang-orang yang bersungguh-sungguh meminta maaf kepada-Nya. Dengan satu syarat, orang itu mestilah bebas daripada syirik kerana dosa syirik tidak akan diampunkan.
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْماً عَظِيماً
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik (MempersekutukanNya dengan sesuatu), dan Dia mengampunkan semua dosa yang lain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." [4:48] 
Subhanallah. Maha Suci Allah atas segala-galanya. Lihatlah bagaimana agungnya rahmat Allah SWT. Allah membuka pintu pengampunan-Nya dengan seluas-luasnya buat kita semua. Allah tidak akan sama seperti makhlukNya. Allah tidak memilih-milih dalam memaafkan kesalahan kita. Selagi tidak syirik, Allah pasti akan memaafkan semua kesalahan kita. Tidak seperti segelintir manusia, ada yang suka memaafkan dan ada juga yang sukar memaafkan. Maka siapakah orang-orang yang selalu 'meminta maaf' pada Allah? Semoga diri kita sendiri adalah orangnya.
Diulangi, malulah terhadap Allah atas segala dosa yang kita lakukan, tetapi jangan ragu-ragu untuk memohon maaf kepada Allah yang pasti memaafkan. Yakinlah dengan pengampunanNya. Yakinlah.. Kerana Allah mengikut sangkaan hamba-hambaNya.
Sabda Rasulullah SAW;
Sesungguhnya Allah berfirman: "Aku menurut sangkaan hambaKu terhadapKu."
[Jami' Al-Tirmizi]
Atas kesedaran ini, marilah kita ringan-ringankan bibir untuk sentiasa beristighfar memohon keampunan Allah 'Azza Wa Jalla. Tidak susah. Mudah saja.. Apabila mulut kita merayu dengan menyebut "Astaghfirullah", pastikan hati kita merintih dengan menyebut " Ampunkanlah diriku Ya Allah".

Ampunkanlah, Ya Allah
Kemudian, buktikan taubat kita dengan meningkatkan ketaatan kepadaNya serta memperbanyakkan amal kebaikan. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang Allah redha.
وَاسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي رَحِيمٌ وَدُودٌ
"Dan beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih." [11:90] 
Allah pujuk lagi..
وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعاً حَسَناً إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ
"Dan hendaklah kamu beristighfar (meminta ampun) kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kurniaNya kepada setiap orang yang berbuat baik.  Dan jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat." [11:3] 
Dari 'Abdullah bin 'Amr ibnul 'Ash radhiallahu 'anhuma, dia mengatakan:
"Abu Bakr radhiallahu 'anhu pernah berkata kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Wahai Rasulullah, ajarilah aku sebuah do'a yang boleh kupanjatkan dalam shalatku." Nabi menjawab, "Katakanlah,
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzhalimi diri sendiri dan tidak ada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau, maka berilah ampunan kepadaku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.[HR Bukhari] 
Jom kita amalkan doa yang Nabi ini!
~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~
Dekatkan diri dengan Allah dengan ibadah sunat demi meraih redha & rahmat-Nya! ^_^

coretan ikhlasku : Lawa + kacak = problem


Asalamualaikum..kali ni aku nak berformula sedikit..lawa + kacak = problem..apa tu??ni la hakikat sekarang..ni pendapat aku dan harap maaf kalau ada kaitan dengan korang atau yang sama maksud dengan ‘terasa’..ok la, formula ni aku suka guna..kita sendiri boleh tengok kalau si lelaki atau si wanita tu lawa atau kacak, mesti selalu problem kan??problem apa tu ye??ni la yang aku nak cerita sedikit..

Bila lelaki/wanita tu jenis yang HOT, mesti ramai admire tak kira la yang muda ataupon yang tua..bila dah ramai admire, mula la tukar sana, tukar situ, tukar dan terus tukar pasangan dan terus melukakan hati orang yang pernah dorang bagi harapan..tau la HOT, jangan la gunakan keHOTkan korang tu untuk melukakan hati orang lain..ingat, hidup ni satu kitaran..nanti benda tu akan terkena kat kita sendiri..


Lagi satu, kecantikan dan kekacakan kita tu hanya pinjaman daripada Allah..jadi jangan la riak sangat dan gunakan kecantikan dan kekacakan korang tu ke arah yang kurang bijak..berubah la sebelum kita sendiri dilukai..terima kasih kerana membaca..


SloT TersengiH : Pasangan dua sejoli

Fuyoo SiteE : Punca Ketiak, Kaki Berbau


Masalah ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia menganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada prose tubuh dan kita perl faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertangungjawab terhadap proses berpeluh yang mana ia bersambug terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium, atau elektrolit.

Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr. Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organic yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine. Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bacteria, ketiak atau kaki mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya di tukar ke dalam bentuk sisa buangan ataupun toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluan penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranyan system pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiriod. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengaggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetic dah kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak bezadengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara yang sempuna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjarpeluh tebal, peluhn pada kaki boleh bercampur dengan bacteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari kaki mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bacteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbukadan stoking dari bahan semulajadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

Pastikan kaki sentiasa kering, gunakan talcum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi. Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hydrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

sumber : http://www.demc.com.my

-I LUV ISLAM : Nikah khitbah (Surat untuk ibu bapa) -



Assalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai. Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, along sebenarnya nak minta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam ni. Along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Along nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.
Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon, along tiada lagi. Tapi, InsyaAllah kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jangan risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.
Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.
Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. 

Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).
Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jangan risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak, along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
Along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. Along cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. 

Tua pun mati, yang muda pun mati. Along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.
Along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaAllah dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.
Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. 

Along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.
Puteramu,
Along

SloT TersengiH : Street Fighter 3D

Copyright© All Rights Reserved madulebah93.blogspot.com