Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Di dalam Islam poligami adalah diharuskan. Oleh itu dengan mengambilkira hikmah poligami yang telah disyariatkan, Muzakarah memutuskan bahawa cadangan memasukkan lafaz cerai taklik sekiranya suami berpoligami tidak perlu dilaksanakan.
- Muzakarah juga berpandangan bahawa Undang-Undang Keluarga Islam yang sedia ada telah lengkap dan mencakupi semua isu berkaitan institusi keluarga Islam. Sehubungan itu sebarang pindaan undang-undang bagi tujuan penambahan lafaz cerai taklik ini adalah tidak diperlukan.
sumber : http://www.e-fatwa.gov.my

No comments:
Post a Comment