Tuesday, 8 May 2012

coretan ikhlasku : Couple dan . . . . .??

-sweet pula bear ni-

Asalamualaikum..apa pula benda yang aku nak cerita kali ni..ok la, aku rasa better cerita pasal couple..maklomlah, sekarang ni semua orang nak bercouple tak kira la yang muda atau yang tak berapa muda..aku cerita ni bukan nak burukkan orang lain (tapi memang ada niat pon)..ni semua sekadar peringatan..kepada yang terasa, aku tak kan minta maaf tapi korang la yang kena minta maaf kat Allah..

Pelbagai ragam la orang yang bercouple ni..sama ada cinta atau nafsu??aku pon tak tahu..ada yang itu, ada yang itu, dan ada yang itu..tapi yang aku tak boleh belah bila tengok orang pegang-pegang dan raba-raba..itu dinamakan cinta??bagus la tu, sampai satu badan diraba..kalau dah kahwin tak apa la juga..raba la apa yang korang nak..dapat pahala lagi..

Cuba la korang fikir, bila raba-raba sampai puas nanti, lepas kahwin tak tahu nak raba apa lagi dan hilang cahaya keindahan perkahwinan..dah la raba-raba ni haram..kalau yang lemah iman itu, bukan raba dah, yang luar biasa pon boleh buat..yang si perempuan pon terima je dengan hati terbuka..bajet cinta sejati..kepala hangguk la cinta sejati..cinta sejati itu mestilah yang dapat keredhaan Allah..perempuan semua, please alert..kalau lelaki nak sentuh atau ‘noty-noty’ dengan korang, tinggalkan je lelaki tu dan lagi bagus kalau bagi tendangan mantap kat muka lelaki tu..bagi dia rasa sedikit, biar dia ingat sedikit..tu baru sakit di dunia, belum di akhirat lagi..tapi kalau perempuan yang nak nakal-nakal, lain macam la pula bunyinya..advance betul perempuan tu..confirm selalu kena reject dengan lelaki lain sampai desperate macam tu..

Lagi satu, apa yang korang dapat bila raba-raba ni??puas??haha..puas dapat dosa la kan??tahniah diucapkan..kita hidup tak tentu sampai bila..entah-entah, tak sempat bertaubat lagi, kita dah bertemu pencipta..kepada yang Islam tu, berubah la ye..kita bukan sekadar menconteng maker-pen dimuka, malah muka ibu bapa kita, keluarga kita juga di conteng..dan yang paling penting, tercemar nama baik Islam..boleh je kita bercinta atau bercouple..just kena pergi ke masjid dan bernikah..lepas tu, halal segalanya..settle semua nya..kepada yang masih belajar tu,boleh je nikah gantung..apa nikah gantung tu??ni link dia..boleh baca banyak-banyak.. http://madulebah93.blogspot.com/2011/12/i-luv-islam_4958.html ..rasanya cukup la aku menyembur-nyembur kali ni..tunggu pula semburan next edition aku..assalamualaikum..

Monday, 7 May 2012

-I LUV ISLAM : Hukum Skim Cepat Kaya Dan Seumpamanya-



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Skim Cepat Kaya Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa Hukum Skim Cepat Kaya dan seumpamanya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini.

sumber : http://www.e-fatwa.gov.my

-I LUV ISLAM : Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami-

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Di dalam Islam poligami adalah diharuskan. Oleh itu dengan mengambilkira hikmah poligami yang telah disyariatkan, Muzakarah memutuskan bahawa cadangan memasukkan lafaz cerai taklik sekiranya suami berpoligami tidak perlu dilaksanakan.
     
  2. Muzakarah juga berpandangan bahawa Undang-Undang Keluarga Islam yang sedia ada telah lengkap dan mencakupi semua isu berkaitan institusi keluarga Islam. Sehubungan itu sebarang pindaan undang-undang bagi tujuan penambahan lafaz cerai taklik ini adalah tidak diperlukan.

Sunday, 6 May 2012

coretan ikhlasku : lelaki yang baik untuk perempuan yang baik

Assalamualaikum readers..please, tolong jawab salam tu..ish3,itu pon mahu diajar..tak ape, kita kena saling mengingati..waktu-waktu petang macam ni, tiba-tiba datang idea pula..rasa macam teringin nak berkongsi dengan korang semua..sebelum tu, aku nak bagitau yang aku sihat Alhamdulillah..ak tau korang nak tanya khabar aku..

Ok la, aku banyak kali terbaca statement yang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..sememangnya semua orang nak yang baik-baik..hanya orang dari planet marikh kot yang nak jahat-jahat..aku pon nak juga yang baik-baik tapi aku terima seadanya daripada Allah Taala sebab ada banyak hikmah setiap apa yang berlaku kat kita..kejap, apa yang aku nak tulis ni??dah lupa pula..

Fuh, nasib baik idea tu tak boleh lari laju.boleh kejar balik..macam ni la, tak semua lelaki baik dan tak semua perempuan baik, tapi bagi aku, aku teringin juga dapat perempuan yang kurang baik??kenapa pula??mesti fikir aku ni dari planet marikh kan..macam ni, lelaki yang baik boleh untuk perempuan yang kurang baik manakala perempuan baik hanya untuk lelaki yang baik..kenapa pula??sebab, lelaki kan seorang leader jadi dia boleh pimpin dan didik perempuan yang kurang baik ni ke arah kebaikan.insyaAllah..manakala, perempuan kena taat pada suaminya..cuba bayangkan kalau perempuan yang baik ni kahwin dengan lelaki yang perangai macam abang besar??parah perempuan tu..tak pasal-pasal perempuan tu sekali jadi akak besar..

Kenapa pula perempuan yang kurang baik jadi pilihan??bagi aku, bukanlah pilihan tetapi aku boleh terima..sebab kaum yang paling ramai di neraka adalah wanita so aku nak tolong selamatkan kaum hawa dari api neraka setakat yang aku mampu..lagipon aku ni bukannya baik sangat tetapi kita kena la cuba sedaya mungkin untuk mendapat keredhaan Allah..insyaAllah, kalau tulang rusuk kiri aku tu bukan seorang yang solehah, aku boleh terima dan aku berharap Allah memberi aku kekuatan untuk menjadi pemimpin Islam yang terbaik..

Sekarang ni aku tengok semua nak yang terbaik tapi sebelum tu kena la cermin diri sendiri..kalau solat subuh pon selalu tinggal, macam mane la nak ada pasangan yang baik..apa-apapon kita kena percaya pada takdir..segala yang berlaku kat kita mesti ada sebab dan hikmah..itu sajalah untuk kali ni..assalamualaikum..

SloT TersengiH : Nak 6pax??senang je..

SloT TersengiH : Diskaun Hebat!!!

-I LUV ISLAM : Fadhilat Wanita Mengandung-

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahaladari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

-copy paste-

Saturday, 5 May 2012

SloT TersengiH : Berhati-hati ketika melintas


Pengajarannya di sini adalah jangan melintas jalan raya yang ada garis kuning,kalau garis putih tak apa..

-I LUV ISLAM : Adakah aku suami romantis?-

"Romantis... isy aku tak main lah romantis romantis ni. Yang penting aku beri cukup makan minum padanya setiap hari. Lagipun aku ni dah tua."
"Romantis.... Come on man!!!  Kita ni kan pejuang Islam. Orang kafir je yang promote romantis romantis ni. Pejuang Islam kena hidup dengan serious... kita nak tawan dunia tau?"
Realiti yang berlaku masa kini, ramai pasangan (secara umumnya) sudah agak bosan hidup sebumbung dengan pasangan masing-masing. Nampak gaya rakan sekerja yang berlainan jantina di pejabat lebih "interesting" dan "caring".
Saya termenung sejenak mengingatkan satu persoalan dari seorang wanita semasa ceramah saya di Melaka suatu ketika dulu.
"Dr., macamana nak buat dengan perangai suami saya ni. Saya teringin sangat nak bersembang sakan macam doktor kata tu dengan suami saya. Tapi dia ni... kalau dengan rakan sepejabat... bukan main ligat lagi. Tapi dengan saya.... hambar je. Pernah saya travel dengan kereta dari utara ke selatan... hampir basi air liur ni."
Cuba jawab soalan di bawah ini. Jika jawapannya YA ...Insya Allah anda makin dekat dengan istilah pasangan yang romantis.
1.    Bila berjauhan... sering menelefon antara satu sama lain?
2.    Kalau makan... teringat pasangan masing-masing?
3.    Sentiasa peka dengan permasalahan pasangan masing-masing?
4.    Jika bermasam muka – sentiasa mendoakan agar pasangan diampunkan Allah dan jangan lupa untuk mengampunkan pasangan masing-masing?
Of course masa 'kabel' tengah rosak susah sikit nak berkomunikasi. Tetapi kebiasaannya apabila baik kembali – kasih sayang akan bertambah.
Kaji punya kaji... rupanya ia adalah sifat naluri manusia... suka di belai dan suka membelai. Ia adalah fitrah. Tetapi dalam dunia yang serba moden ini, manusia makin lama makin jauh dari kehidupan yang selari dengan fitrah. Cuba kita kaji kehidupan manusia unggul di dunia ini. Kehidupan Rasulullah S.A.W. Adakah beliau seorang yang romantis bila berinteraksi dengan isterinya?
Aisyah dipanggil dengan nama "Humaira". Apabila Rasulullah minum air dalam cawan yang dikongsi bersama dengan isterinya, Baginda akan minum tempat mana Aisyah minum.
Beliau amat pelembut dengan isteri-isterinya dan sering membantu kerja-kerja isterinya di rumah.
Kita sering dengar Hassan Al-Banna sebagai seorang pendakwah hebat. Buku Cinta di Rumah Hassan Al-Banna sepatutnya di baca oleh setiap bapa yang hendak menggelarkan dirinya pejuang Islam. Begitu romantis sekali kehidupan mereka suami isteri. Pernah suatu ketika rakan-rakannya datang ke rumah pada waktu malam. Isterinya sedang tidur. Beliau menyediakan makan minum untuk rakan-rakannya kerana tidak mahu menyusahkan isterinya yang sedang tidur lena.
Pada hemat saya yang dhaif ini, jika kita pasangkan niat benar-benar berkahwin kerana hendak menyambung kerja-kerja dakwah yang sudah kita mulai semasa muda dan kita bernekad memastikan isteri kita itu berada dalam soff dakwah, InsyaAllah kita akan mampu untuk menjadikan medan di rumah itu sebagai medan amal dan dakwah.
Dengan izin Allah, isteri akan dijadikan sebagai rakan kongsi dalam menyelesaikan permasalahan dakwah kita. Dia akan menjadi sumber rujukan apabila kita kebuntuan dalam menjalan kerja-kerja dakwah kita. Akhirnya kerja-kerja dakwah kita akan menjadi ringan. Dan natijahnya kasih sayang yang berputik masa mula-mula mendirikan rumah tangga akan terus mekar sehingga akhir hayat kita.
Tetapi jika rumah tangga porak peranda, hubungan menjadi hambar, perjuangan isteri hanya tinggal di dapor sahaja bagi menyediakan makan minum kita dan anak beranak, perbincangan di rumah tidak lebih dari perkara-perkara duniawi sahaja. Kerja-kerja dakwah kita akan mudah terbantut dan silap silap gaya terkubur dengan masalah di rumah.

-I LUV ISLAM : Kuliah Jin : Ust. Haji Ismail Kamus-

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.

-I LUV ISLAM : Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menangis?-

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. ......Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.
...
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

-I LUV ISLAM : Subhanallah-

Firman Allah Taa'la mafhumnya :
"laki-laki dan perempuan yang menyebut (nama) Allah, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang agung"
(surah al-Ahzab 33:35)

Subhanallah.........

-I LUV ISLAM : Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah-

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].
*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share dgn semua Sahabat pun.
By: Enco Encho

-I LUV ISLAM : 15 ciri wanita syurga-

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

-I LUV ISLAM : Apabila meminati seseorang-

"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.

"Ehhh... Zatel. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.

Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.

"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.

"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"

"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."

"Aiwahhh.... Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel?"

"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".

"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"

Dilema?

Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?

ATAU

Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?

ATAU

Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?

Apa pilihannya? Keliru?

Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.

Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.

Apa yang penting?

Kesucian jiwa.

"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)

Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.

Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.

Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.

Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.


-I LUV ISLAM : Menjadikan poligami pilihan bersama-

Di kesempatan kali ini, ingin saya berkongsi sedikit sebanyak dari persepsi seorang isteri, yang ALLAH izin menjadi isteri yang kedua (terlibat dengan poligami).


Perkongsian saya ini pastinya terbuka pada kesilapan dan kritikan. Ungkapan maaf terlebih dahulu disua andai ada coretan keterlaluan yang menyinggung perasaan.

Tulisan di bawah dicoret setelah beberapa bulan berkahwin, betapa ketika itu saya cenderung menyokong poligami atas beberapa faktor, dan kini setelah setahun enam bulan bergelar isteri, Alhamdulillah saya masih cenderung melihat syariat poligami disuburkan.

Poligami itu umumnya berat diterima isteri. Kerana apa ya? Di sana ada rasa dan alasan yang berbeza bagi isteri yang tidak menyenangi hasrat suami untuk berpoligami.

Secara peribadi, bagiku ia terasa berat kerana dirasakan seandainya suami kahwin lagi, suami akan membawa pergi sayang dan kasihnya meninggalkan diri ini. Kasih sayang suami akan beralih kepada isteri baru yang mungkin lebih baik daripada kita dalam banyak aspek.

Rasa dilupakan. Rasa tidak disayangi seperti sebelumnya. Itulah antara yang datang membolak balik hati dan perasaan.

Sedangkan kalau suamiku kahwin lagi, mungkin itu ubat yang terbaik untuk hati ini. Suamiku adalah kurnia ALLAH yang besar, benar-benar untuk menguji diri ini.

Saat yang aku lalui tika ini dilimpahkan kesenangan yang ALLAH berikan melalui usaha seorang suami. Perhatianku dan sayangku banyak tertumpu pada suami. Rasa bersemangat dengan hadirnya suami di sisi. Rasa sepi dan sunyi apabila suami meninggalkan diri.

Melalui suami dan perkahwinan juga, kadangkala ALLAH datangkan ujian yang selalu membawa diri ini bermujahadah untuk terus mendahulukan redha Tuhan daripada kepuasan perasaan.

Rindu. Lumrah bila rasa rindu menjelma pada suami. Lumrah jua merasa bahagia dan gembira dengan hadirnya pasangan yang setia di sisi..

Namun apa khabar dengan rindu pada Ilahi? Di mana gembira dan bahagia bercinta kerana Ilahi?

Ku tercari-cari rindu dan semangat yang pernah subur dalam cintaku pada-Mu, Ya Rabbi.

Orientasi hidup sedikit sebanyak berubah di waktu indah melalui alam rumahtangga. Berbuat dan tidak berbuat sesuatu itu hanya kerana suami. Ada suami jadi baik, suami tak ada rasa biasa-biasa.

Wahai diri, inikah erti ikhlas kerana ALLAH?

Moga poligami menjadi wasilah meluruskan hati. Supaya hati tidak terlupa, suami yang disayangi ini hanya pinjaman Ilahi. Supaya hati tidak terleka, cinta yang murni itu benar-benar milik Ilahi.

Tak perlu takut kehilangan cinta sayang manusia, kerana selama ini adakah rasa cinta di bawah naungan pernikahan itu suami yang bagi? Atau cinta itu percuma saja kita temui, bila-bila masa datang dan pergi?

Tidak. Cinta dan kasih sayang itu ALLAH yang bagi. Seperti pesan Baginda Muhammad S.A.W, tatkala ALLAH mencintai, ALLAH menjadikan suami mengasihi diri ini. ALLAH mengikat hati suami isteri dengan rindu dan kasih sayang. ALLAH juga yang menjadikan insan-insan lain mengasihi kita bila kita mentaati-NYA.

Jadi cinta ALLAH itulah yang perlu dicari gali. Dengan mencintai ALLAH, rasa bersemangat melangkah mencari redha dan bimbingan-NYA. Rasa bahagia berbuat baik kerana ikhlas mengharap rahmat-NYA.

Lalu poligami akan dirasakan sebagai syariat yang indah suci. Pernikahan itu bukankah memang indah. Di sana ada ruang berkasih sayang dalam ketenangan dan keselamatan.

Kita gembira memiliki suami, apakah kita tidak merasa bahagia jika saudara perempuan kita juga berbahagia ada lelaki halal lagi baik yang menyayangi?

Realiti hidup waktu ini, ramai wanita mampu berdikari - punya rumah dan kereta sendiri, punya kerjaya dan jawatan tersendiri, hebat dan cemerlang potensi diri sebagai anak dan pekerja.

Namun itu semua tidak memenuhkan keinginan fitrah insani - yang ingin bercinta dan dicintai. Ingin punya pasangan halal dalam memperoleh separuh kebahagiaan beragama.

Jiwa tabii yang ingin bermanja dan dimanja. Setiap hati terdetik dan merindui kehadiran keluarga sendiri didahului seorang insan bernama suami.

Perkahwinan bukanlah segalanya. Perkahwinan hanya wasilah yang menghantar diri merintis jalan baru dalam perjalanan pulang kepada kepada Ilahi.

Namun ada banyak kebaikan duniawi dan ukhrawi dalam medan pernikahan ini, insya-ALLAH. Kemanisannya tak terungkap dengan perkataan. Namun kesulitan yang datang juga sama berat dengan kebaikan.

Pernikahan dan poligami hal yang amat manusiawi. Jika diriku redha dan menerima poligami, mudah-mudahan kerana diri ini berusaha membina cinta Mukmin yang tulus. Cinta pada saudara perempuan yang mengharap kehadiran teman bernama suami.

Lelaki yang bujang zaman ini, ramai yang lemah tanpa jati diri. Ramai juga yang baik, tapi mungkin lebih baik suami-suami kita yang matang dan lebih berpengalaman turut tersenarai dalam barisan yang layak dinikahi...

(hmm... rasa beratnya nak berkongsi suami.. kemesraan dan perhatian suami yang eksklusif pada kita akan beralih pada isteri seterusnya...)

Telah ku rasakan sakinah wa mawaddah dalam hati, ku ingin juga berkongsi dengan saudara-saudara perempuanku indahnya hidup di sisi seorang suami. Bahagia luar biasa dalam perkongsian rasa di dakapan dan belaian suami.

Apatah lagi bila kalian memiliki suami yang baik, berilmu dan bertanggungjawab. Suami yang berilmu dan mengenal ALLAH dan Rasul akan melayani isteri dengan makruf – penuh cinta dan kelembutan. Menjaga kebajikan luaran dan keperluan perasaan.

Namun kita yang bernama isteri perlu telus melihat realiti dan bersabar menghadapinya. Jua membantu suami bersabar menghadapinya. Tanggungjawab suami berat sekali, apatah lagi jika punya isteri lebih dari satu. Moga diri ini bersungguh berbakti, memahami dan pandai mensyukuri.

Jika isteri-isteri dalam poligami tak tabah, suami akan rebah penuh resah.

Perlu saling melengkapi, saling menghulur tangan dalam melangkah mencari keredhaan. Ada masa gembira mendaki kehidupan, ada masa sakit terjeropok di bawah. Komunikasi suami isteri yang dibangunkan dan hubungan dengan Tuhan akan terus menyinarkan kekuatan.

Tidak perlu dibahas poligami dengan data dan hujah tanpa henti jika suami dan isteri-isteri tidak mengerti tujuan dan cara hidup yang diredhai. Kerana bagi yang bertaqwa, pasti ada jalan keluar, itulah janji ALLAH di dalam al-Quran. Iman dan taqwa itulah sebenarnya yang perlu dicari.

Iman yang kurang, tidak akan mampu rasa senang dan tenang dalam perkahwinan. Walaupun tidak bermadu, keindahan pernikahan terasa hanya mimpi yang jauh untuk dikecapi, andai Iman selalu menghilangkan diri. Apatah lagi poligami, suami sering jauh di sisi, tanpa Iman dan ketaqwaan - hati dan jiwa akan kosong dan sepi.

Ohh... panjangnya tazkirah untuk diri sendiri. Jadi harus sudah redha dan bersedia andai suami bertemu jodoh lagi.

Insya-ALLAH redha.

Andai suami orang yang harithun 'ala waqtihi (menjaga waktu), insya-ALLAH akan mampu menyusun waktu dengan baik untuk para isterinya.

Andai suami orang yang arif memantau ekonomi, insya-ALLAH ekonomi keluarga kan terjaga dengan baik.

Andai suami orang yang jelas tujuan dan wawasan, mudah-mudahan para isterinya kan jua bermotivasi untuk maju ke hadapan.

Jangan lupa, suami kita juga insan biasa miliki kelemahan dan kesilapan, jadi para isteri harus siap untuk memaafkan dan ikhlaskan semua melakukan perbaikan.

Tidak cukup jika hanya seorang dua suami yang mahu, berusaha dan bersedia untuk menambah isteri. Untuk kita melihat poligami ini menciptakan kemajuan, jom para isteri, kita teguhkan perasaan, permudahkanlah perkahwinan, agar ummah ini berjaya dengan poligami dan institusi pernikahan.






Thursday, 3 May 2012

Fuyoo SiteE : Seribu Satu Khasiat Ulam

Penggemar ulam tentunya tiada masalah menjamah pelbagai sayuran hijau sebagai pembuka selera.

Ulam-ulaman memiliki pelbagai khasiat seperti timun, ulam raja, lobak merah, kacang botol malah cekur yang dijadikan sebahagian rencah masakan.

Timun antara ulaman yang cukup mudah dijamah dan mempunyai pelbagai khasiatnya. Berasal dari India dan ditanam kira-kira 3,000 tahun lalu, timun berupaya mengekalkan kandungan alkali dalam darah tubuh.

Disebabkan kandungan asidnya tinggi, timun membantu rawatan gastrik menerusi pengambilan jusnya. Malah, campuran jusnya bersama beberapa bahan lain membantu masalah berkaitan asid urik seperti gout dan artritis.

Timun membantu penghadaman dan membersih bahagian usus.

Malah, timun digunakan untuk rawatan kecantikan terutama masalah jerawat, bintik hitam, kedutan dan kulit yang kering.

Selain kandungan lembapan yang tinggi (kira-kira 96.3 peratus lembapan bagi 100 gram), timun mempunyai protein, mineral, serat, karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, vitamin A serta vitamin C.

Menikmati timun dengan membuang kulitnya bukan idea yang baik kerana ia mengandungi bahan sterol untuk merendahkan tahap kolesterol manakala kulit timun banyak mengandungi sterol.

Ulam raja bukan saja enak dicicah sambal belacan, tempoyak atau budu, malah kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin A dan kalsium.

Tumbuhan yang berasal dari Amerika Latin ini mengeluarkan bau apabila daunnya diramas, tetapi ada yang gemar bau itu kerana ia pembuka selera.

Ulam raja digunakan untuk memperbaiki peredaran darah serta menguatkan tulang di samping antioksida yang sangat tinggi.

Biasanya pucuk atau daunnya yang muda dimakan dan ia boleh dicampur dengan ulaman lain dalam ramuan nasi ulam.

Di samping beberapa jenis vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan C, ulam raja yang banyak mengandungi air ini turut mempunyai protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium dan niasin.

Ulam raja mudah dibiak menerusi semaian biji benih walaupun tanpa penjagaan rapi.

Cekur atau nama saintifiknya, Kaempferia galanga turut mempunyai bau yang membangkitkan selera.

Tumbuhan herba yang hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun ini tumbuh di kawasan yang lembap dengan sedikit teduhan.

Rizom cekur antara lain berfungsi mengecutkan rahim, membuang angin, sakit sendi dan melancarkan haid.

Selain membantu melegakan batuk dan mengurangkan bengkak, ada juga menjadikan bedak merawat jerawat.

Kajian mendapati rizom cekur mempunyai sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere dan asid sinamik.

Penggunaannya memang meluas khususnya di kalangan masyarakat Nusantara. Di kalangan masyarakat Melayu zaman dulu, rizom cekur, jerangau dan beberapa rempah lain digunakan untuk merawat demam malaria.

Masyarakat Cina banyak menggunakan rizom cekur misalnya untuk mengubati sakit gigi serta menghilangkan kelemumur dan kutu kepala.

Di samping menjadi bahan pembuka selera sajian, masyarakat berkenaan menggunakan cekur untuk membuang angin dalam perut, mengubati sembelit dan sakit kepala.

Wanita Indonesia juga banyak memanfaatkan kebaikan cekur untuk memanaskan perut untuk wanita selepas bersalin di samping merawat bengkak dan kebas otot.

Read More: http://www.serikasih.com/khasiat-dan-keajaiban-ulam#ixzz1tnVT6eVH

-I LUV ISLAM : Jangan Engkau Kahwini Wanita Ananah, Mananah, Hananah, Hadaqah, Basaqah dan Syadaqah -


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah :
ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

-I LUV ISLAM : Yang Bertudung Bukan Pilihan, Yang Menutup Aurat Jadi Pilihan -


Bismillahirahmanirahim
" Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !"
" Haa? Kenapa?"
" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."
Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.
Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.
Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.

Hayati kembali perintah Allah ini;
ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59] 
Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.
Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.
" Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"
Ya.. memang cerewet ! hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.
Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;
"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,
" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.

" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."
Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26] 
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.

Copyright© All Rights Reserved madulebah93.blogspot.com