Monday, 1 October 2012

SloT TersengiH : Pelupa

Ajoi memang sangat pelupa. Menyedari kekurangannya dia berkongsi masalah dengan Wak Sumardi.
Wak Sumardi : ko dah cuba apa-apa?
Ajoi : Aku sudah beli buku mengenai Program kilat meningkatkan daya ingatan yang disusun oleh seorang profesor terkenal.
Wak Sumardi : Hasilnya?
Ajoi : Sama saja
Wak Sumardi : Teorinya gagal?
Ajoi : Bukan begitu…aku lupa dimana aku letakkan buku tu….

sumber : http://lawak-jenaka.blogspot.com

-I LUV ISLAM : Redha Allah Atau Redha Manusia?


Sudah menjadi lumrah apabila manusia sentiasa hendak dilihat menarik dan menjaga adab mereka walau di mana mereka berada di hadapan orang sekeliling. Kalau boleh semuanya ingin nampak sempurna dan terbaik. Dari segala aspek hidup, manusia akan menjaga tingkah laku sebaik-baiknya demi menjaga nama baik dan maruah seperti di majlis keramaian, di pejabat, majlis berbentuk protokol.
Manusia mengaplikasikan peraturan yang dicipta manusia sendiri, tetapi malangnya manusia lalai dalam mengaplikasikan peraturan yang hakiki yang dicipta oleh Yang Hakiki iaitu Allah SWT. Manusia lupa bahawa mematuhi peraturan sebenarnya yang akan dihitung, ditimbang dan dinilai di akhirat kelak berdasarkan amalan dan tingkah laku sehari-hari adalah 'standard' yang. Dan 'standard' inilah yang perlu dijaga sebaik-baiknya.
Menjaga 'standard' di pejabat
Kebanyakan pekerja sememangnya menjaga nama baik, sama ada nama baik diri, kumpulan mahupun jabatan. Waktu rehat pejabat secara umumnya adalah pada pukul 1 petang hingga 2 petang bagi pekerja awam dan swasta. Kebanyakan pekerja yang sentiasa mengikut peraturan akan keluar rehat pada pukul 1 tepat untuk melepak bersama kawan-kawan dan berborak sehingga hampir pukul 2 petang. Selepas itu, masuk semula ke pejabat pada pukul 2 petang, pekerja tersebut belum lagi solat walaupun waktu solat Zuhur sudah masuk.
'Eh.. dah pukul 2.00 lah. Aku naik pejabat dululah, tunjuk muka dulu, nanti turun ke surau untuk solat'.
 Sampai begitu sekali kah kita menjaga 'standard' di hadapan manusia? Sehinggakan kita mengabaikan tahap 'standard' yang sepatutnya kita jaga di hadapan Allah.
Abdullah bin Mas'ud telah bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya.".
(Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih no.2782]).
Astaghfirullahala'zim.. Kita sanggup melewat-lewatkan solat hanya kerana tidak sanggup mendengar orang mengata kita. Kita sanggup mengabaikan 'pertemuan dengan Kekasih' kita, mengutamakan pertemuan dengan manusia 
Menjaga 'standard' di majlis keramaian
'Nanti aku nak beli baju baru berwarna merah dan hitam sebab konsep tema Makan Malam Tahunan kolej kita adalah warna hitam dan merah kan.."
'Alah..pakai sahaja baju yang kau ada, makan malam tu sekejap sahaja, jangan membazir..'
'Mana boleh, nanti orang akan pandang aku pelik dan mesti orang akan mengutuk aku sebab aku tak ikut tema'.
Betulkah fenomena seperti di atas selalu sahaja terjadi kepada kita? Astaghfirullahala'zim..
Selalu sahaja kita ingin mengejar peraturan yang dicipta manusia sendiri. Jika boleh, sebaik-baiknya kita hendak dilihat mengikut keseragaman dan sempurna di mata manusia. Tetapi kita lupa dan lalai bahawa Allah sudah menetapkan peraturan berpakaian yang sepatutnya bagi kaum Hawa dan Adam. Lantas, kita berlebih-lebihan, tidak menutup aurat dan menunjuk-nunjuk asbab ingin lebih mulia di sudut pandangan manusia.
Tidak salah hendak mengikut tema sesuatu majlis selagimana tidak lupa pada peraturan hakiki yang sebenar-benarnya. Namun, hakikatnya ramai manusia lebih memilih untuk menjaga 'standard' di hadapan manusia lain, sehingga tidak hairan lah ada yang lebih selesa berpakaian tidak menutup aurat sebaik-baiknya. Malah ada yang berpakaian tetapi singkat dan jarang. Hanya kerana tidak mahu dikatakan kolot dan tidak mengikut trend dan fesyen.

Kita berlumba-luma untuk kelihatan anggun dan cantik di hadapan manusia. Tetapi kita selekeh dan comot sekali di hadapan Allah. Tidak sedarkah kita?
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya Rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya Rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).
Sesungguhnya kita hendak sahaja mengelakkan orang berprasangka buruk kepada kita, kerana itu dalam segala aspek kita hendak menjaga 'standard' di hadapan manusia, tetapi kita langsung tidak takut dan malu pada pandangan Allah SWT terhadap kita.
Kita lebih mencari kecintaan manusia lain berbanding kecintaan kepada Allah SWT kepada kita.
Kita lebih inginkan kemuliaan manusia daripada kemuliaan Allah SWT kepada kita.
Kita meraih redhanya manusia daripada redhanya Allah SWT sehingga sanggup mengenepikan hak Allah dengan melanggar perintah dan suruhanNya hanya kerana ingin menunaikan haknya manusia. Teringat suatu ketika Mu'awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda SAW iaitu Aisyah r.anha  lalu 'Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda SAW yang bermaksud:-
"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia."
(Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi).
Justeru, manakah yang lebih baik? Yang lebih mulia? Yang lebih tinggi ? Redhanya manusia atau redhaNya Allah.. Lalu mengapa terlalu menjaga 'Standard' di Hadapan Manusia – Kenapa Tidak Kerana Allah?
Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan menjadi yang terbaik di hadapan Allah.  Jom 'Menjaga 'Standard' di hadapan Allah sebagai langkah ke Syurga'! ^_^ InsyaAllah.

Fuyoo SiteE : Khasiat Kopi


Ramai yang mempunyai pandangan dan persepsi negatif terhadap kopi berikutan kesan-kesan yang mereka alami setelah meminum kopi. Malah, ada juga yang terus memadamkan kopi daripada senarai minuman harian mereka. Mungkin mereka tidak mengetahui akan khasiat kopi yang hakikatnya memberi banyak manfaat kepada tubuh badan manusia. Saya juga percaya bahawa ramai lagi masyarakat kita yang masih masih memiliki pandangan serta tanggapan yang negatif terhadap kopi.
Satu kenyataan di sebuah laman web kesihatan iaitu laman Coffee & Health oleh Institut for Scientific Information of Coffee (ISIC) mengenai kajian terkini yang membuktikan perkaitan antara pengambilan kopi dan gangguan neurodegeneratif seperti penurunan kognitif, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan strok. Neuodegeneratif merupakan penyakit yang tidak boleh diubati dan menyebabkan degenarasi progresif dan/atau kematian sel-sel saraf. Gangguan neurodegeneratif ini menyebabkan masalah pergerakan (ataxias) atau fungsi mental (dementias).
Ini juga telah dibuktikan melalui beberapa kajian epidemiologi. Laman rasmi World Health Organization (WHO) mendefinasikan kajian epidemiologi sebagai kajian taburan berkaitan aktiviti kesihatan dan aplikasi kajian tersebut terhadap kawalan penyakit dan masalah kesihatan yang lain. Kajian ini membuktikan bahawa pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana nyata telah memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kajian ini turut membuktikan kesan pengambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.
Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang-orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan rangsangan kepada mereka yang meminumnya dan hari ini kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia serta boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso.
Kini terdapat juga pelbagai jenis minuman kesihatan berasaskan kopi yang boleh didapati di pasaran seperti Kopi Herba dan produk HPA Kopi Radix. Kopi Herba sangat berkhasiat terutamanya bagi pesakit-pesakit kencing manis, darah tinggi, batu karang, migrain, gout, gastrik, asthma dan sembelit. Malah, kopi ini juga boleh membantu mengurangkan angin dalam badan sepertimana yang dicatatkan di laman rasmi Kopi Herba.
Pengambilan kopi dalam kadar yang sedehana tidak akan memudaratkan kesihatan malahan akan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meski pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. Satu kajian saintifk berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetes jenis dua adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi.
Kajian saitifik juga membuktikan bahawa selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. Malah, kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Bagi mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam pula (stayed up), mereka akan lebih segar setelah meminum kopi.

Bagi penghidap penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi, pengambilan kopi tidak akan memberi sebarang kesan negatif terhadap tahap kesihatan mereka. Namun begitu, kesan pengambilan kopi yang positif hanya berlaku jika seseorang itu meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana dalam sehari. Kajian turut menunjukkan bahawa kopi tidak mempunyai kesan kardiovaskular seperti peningkatan kadar denyutan jantung, kadar denyutan jantung yang tidak stabil serta tekanan darah yang tinggi. Malah, risiko penyakit kardiovaskular adalah 10 peratus lebih rendah.
Seorang pesakit darah tinggi, Sarmiah Asun berkata, "Kandungan gula dalam darah saya sentiasa berada pada tahap yang stabil biarpun saya masih meminum kopi. Malah, saya turut tidak mengalami sebarang kesan-kesan negatif pengambilan kopi seperti pening dan letih sepanjang masa. Namun begitu, saya hanya meminum kopi tanpa gula untuk satu hingga dua cawan dalam sehari."

coretan ikhlasku : Hampir dikebas??



Assalamualaikum warga pembaca blog..tamat sudah bulan syawal untuk tahun ni..rasa macam tak puas lagi makan rendang,lemang dan kuih raya..makan banyak-banyak tapi badan tetap kurus macam ni juga..huhu..

Aku dapat ilham post ni pon dari kawan aku sendiri..cerita cinta bai..mane tak nak cerita kat korang semua..bermula la alkisah apabila kawan aku seorang ni nak balik UPNM lepas cuti 4 hari masa hari Malaysia hari tu..dia balik-balik je terus cerita pasal buah hati dia..dia dapat tahu yang buah hati di risik orang..apa berlaku??ni yang aku nak bagitahu ni..jangan gelojoh sangat baca..karang tak faham pula..

Dia dapat tahu pon dari kawan baik buah hati dia..terkejut dia masa dia dapat tahu tu..aku nak tergelak bila dia cakap mata dia bergelinang air mata lepas tahu benda tu..dah la dalam bas..penat dia nak cover..sayang juga kawan aku kat buah hati dia walaupon gaya macam single mingle je..dia kata dia tak marah kalau buah hati dia terima risikan orang tu sebab dia tahu dia tak ada hak langsung ke atas buah hati dia tu..aku respect la dia..tapi kan macam mane dengan risikan tu??

Dia dapat tahu yang buah hati dia tak terima sebabnya buah hati dia pilih dia..fuyoo..romantik aku dengar cerita dorang..lepas dia dapat tahu je, dia kata nak berubah tapi agama perlu di utamakan..perbatasan perlu dijaga..tak sangka kawan aku ni betul-betul serius dengan buah hati dia..terbaik la bro..
Rasanya cukup la kot aku cerita, karang cerita panjang-panjang, tak best pula nak baca..the end..

-I LUV ISLAM : Nikah Mut'ah


Apa Itu Nikah Mutaah?
Nikah mut'ah (Arab: نكاح المتعة‎  nikāḥ al-mut'aṯ, harfiah: perkahwinan[1] untuk keseronokan[2]), atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut Mazhab Syiah, adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai.
Pernikahan ini akan berakhir sesuai dengan batas waktu yang telah di tentukan tanpa talak serta tanpa kewajiban memberi nafkah atau tempat tinggal dan tanpa adanya saling mewarisi antara keduanya meninggal sebelum berakhirnya masa nikah mu'ah itu. (Fathul Bari 9/167, Syarah shahih muslim 3/554, Jami' Ahkamin Nisa' 3/169).
Hukum Nikah Mutaah.
Ahli Sunnah Wal Jamaah bersepakat pada HARAM hukumnya.
Nikah mut'ah diharamkan pada saat fathu makkah tahun 8 Hijriyah. Ini adalah pengesahan Imam Ibnul Qoyyim dalam zadul Ma'ad 3/495, Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam fathul bari 9/170, Syaikh Al- Albani dalamirwaul Ghalil 6/314.
Telah datang dalil yang amat jelas tentang haramnya nikah mut'ah, diantaranya: Hadits Ali bin Abi Thalib Radiyallahu 'anhu:
"Dari Ali bin abi Thalib berkata: Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam melarang nikah mut'ah dan memakan daging keldai jinak pada perang khaibar.".
(Riwayat Al-Bukhari 5115, Muslim 1407). Hadits Sabrah bin Ma'bad Al-Juhani)

Realiti Antara Cara-Cara Nikah Mutaah Yang Berlaku:
(Cara ini berbeza-beza mengikut mazhab dan tahap kefahaman individu yang berbeza-beza dalam Syiah. Sila kaji lanjut.)
1) Tanpa wali, saksi dan perisytiharan.
2) Di mana-mana sahaja di antara seorang lelaki dan seorang perempuan.
3) Dengan perempuan Yahudi, Nasrani dan perempuan pelacur sekalipun.
4) Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau tidak.
5) Dengan perempuan dalam lingkungan umur yang tidak tertipu iaitu 10 tahun.
6) Dengan bayaran mas kahwin yang tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar atau satu dirham bahkan kurang lagi dari satu dirham.
7) Dengan perempuan tanpa had. Ia tidak terbatas kepada empat orang sahaja.Untuk jangkamasa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan, sebulan, seminggu atau sehari. Dengan seseorang perempuan beberapa kali. Perempuan itu tidak haram kepadaa lelaki yang telah melakukan melakukan mut'ah dengannya walaupun beberapa pada kali yang ke-3 bahkan pada kali yang ke-1000 sekalipun.
8) Dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi sebahagian daripada maskahwin mengikut keadaan hari atau masa keengganan perempuan bergaul dengan lelaki yang mengadakan aqad mut'ah dengannya.
Misalnya mereka mengadakan akad mut'ah untuk 10 hari dan menentukan maskahwinnya sebanyak RM 100.00 tetapi si lelaki bimbang perempuan yang dia lakukan mut'ah dengannya itu tidak akan memenuhi tempoh yang dipersetujui itu maka bolehlah ia mengaqad mut'ah dengan bayaran maskahwinnya secara beransur-ansur. Jadi jika perempuan itu hanya memenuhi kepuasan lelaki tersebut selama 5 hari sahaja, maka lelaki itu perlu membayar RM 50.00 sahaja. Mazhab Syiah yang dekat dengan Ahli Sunnah agak berbeza dengan cara-cara di atas ini. Sila rujuk.

SloT TersengiH : Banduan newbie

Seorang banduan baru sahaja dimasukkan ke penjara dan memasuki selnya. Macam biasa, banduan lama (otai) akan menemuduga banduan baru (newbie)

Banduan otai: "hoi…kenapa lu dimasukkan ke penjara?"
Banduan newbie: "saya cuma memecahkan tingkap di tempat kerja saya"
Banduan otai: " hah..!? cuma pecahkan tingkap jer kena masuk sini? lu kerja kat mana ?"

Banduan newbie: " Kapal selam"

Fuyoo siteE : Wangian - penyebab kanser

WANGIAN telah digunakan sejak zaman silam dalam upacara keagamaan tetapi kemudian penggunaannya berkembang sebagai kosmetik dan hampir dalam setiap produk harian. Kaum wanita selalu dikaitkan dengan minyak wangi dan produk wangian atau haruman sehingga ada yang sanggup berbelanja besar hanya untuk memiliki wangian yang berkenan di hati. Wangian dikatakan menggambarkan peribadi si pemakai. Pada waktu siang, wa­ngian yang dihasilkan dapat menimbulkan rasa kegembiraan, keyakinan, keceriaan, segar dan bersih. Pada sebelah malam pula, wangian dikatakan mampu melahirkan perasaan, menonjolkan sifat kewanitaan, misteri dan romantik.

Hampir setiap produk yang berkaitan dengan wanita mempunyai wangian seperti sabun, barangan kosmetik, syampu, pelembut kain, potpuri, penyembur rambut, kertas tisu, detergen, kertas tulis dan sebagainya. Tujuan wangian hanyalah untuk menghasilkan bau wangi pada si pemakai, barangan kegunaan peribadi atau udara di sekeliling selain menjadikan pakaian berbau "bersih", kosmetik "cantik" dan peralatan rumah "terjaga". Wangian juga menambahkan rasa "bersih" apabila menggunakan produk kebersihan diri terutamanya selepas mandi. Namun, kebanyakan kita tidak menyedari yang ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan teru­tamanya bagi wanita mengandung.



BAU

NAMA BAHAN (CONTOH)
BAHAN KIMIA AKTIF (% BERAT BERSIH)
TANDA KERACUNAN
Limau, lemon
Fruity-fragrance86-173
Limonin > 50%
Kanser, keradangan pada mata dan kulit
Lavender
Lavender-fragrance
 93-054
Linalool 10-50%
Gangguan pernafasan
Tomato
Tomato Oil  010
Propilin glikol > 50%
Keradangan mata dan kulit, jika tertelan boleh menyebabkan sawan
Pudina
Spearmint oil660
Karvon > 50%
Menyebabkan keradangan pada mata dan kulit.
Musim bunga
Spring Flowers Fragrance 5975
Karbitol 10 – 50%
Gangguan pernafasan dan sistem saraf, keradangan mata.
Pepermin
Peppermint 501
1-Menthol 10 – 50%
Loya yang teruk, muntah, sakit perut, vertigo, hilang keseimbangan pergerakan anggota badan, mengantuk dan koma.
Buah-buahan
Bergamont Oil100
Linalil asetat, lomonin, linalool, 10 – 50%
Gangguan pernafasan, keradangan mata dan kulit.
Bunga-bungaan
Bouquet Floral3881
Benzal asetat 10 – 50%
Kanser pankreas, keradangan mata, saluran pernafasan dan batuk.
Kulit Kayu Manis
Cinnamon Oil950
Sinamik Aldehid > 50%
Keradangan sistem pernafasan dan kulit, mengantuk. Jika tertelan menyebabkan muntah, sakit perut dan cirit- birit.
Pine
Alpha Pinene P & F
a-Pinen 97.5%
Mengganggu sistem pernafasan, kerosakan paru-paru, vertigo, denyutan jantung meningkat, pening, halusinasi, kebakaran dan kesan kebakaran pada kulit, konjunktivitis, merosakkan sistem pertahanan badan.
Lilac
Alpha TerpineolP & F, FCC
a-Terpineol 88.5%
Keradangan lapisan mukus dalam paru-paru, pneumonitis, edema, susah bernafas, kehilangan koordinasi anggota badan, sakit kepala.

 Kandungan Wangian

Setiap produk wangian mengandungi bahan kimia wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation. Peratus kandungan kimia wangian adalah di antara satu hingga 30% dan ini bergantung kepada jenis produk. Namun daripada analisis makmal yang dilakukan didapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti terbitan, benzena, aldehid dan kimia toksik lain.

Institut Keselamatan  dan  Kesihatan Pekerjaan mendapati daripada kesemua bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan kosmetik, 815 daripadanya adalah bersifat toksik. Manakala kajian yang dilakukan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar, Amerika (EPA) pada tahun 1991 pula menunjukkan terdapat kloroform dalam pelembut pakaian dan p-diklorobenzena iaitu sejenis bahan kimia karsinogen (penyebab kanser) pada paras yang tinggi dalam penyegar udara.

Selain itu, terdapat juga wangian jenis musk boleh memberikan kesan estrogen, neurotoksik dan karsinogen tetapi pada kadar yang lemah. Mengikut kajian Penguatkuasaan Makanan dan Dadah, Amerika (FDA) (1968 hingga 1972), bahan kimia semula jadi seperti alfa-terpineol, benzal asetat, benzal alkohol, limonin dan lionalol yang sering ter­dapat dalam kosmetik (daripada 138 bahan) didapati kerap memberi kesan sampingan kepada si pemakai.

Bahaya Kesihatan

Bahan kimia yang terkandung dalam wangian boleh menyebabkan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, keguguran, penyakit sistem saraf seperti parkinson, alzheimer dan lain-lain. Ia juga boleh memberi kesan keracunan kepada manusia melalui pernafasan dan sentuhan kulit sama ada secara akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).

Kesan keracunan akut biasanya disebabkan alahan seseorang terhadap kimia wangian tertentu, ada individu yang sangat sensitif dan menunjukkan tanda alahan walaupun terdedah dengan bau atau sapuan kecil. Terdapat juga individu yang tidak menunjukkan sebarang tanda keracunan akut walaupun terdedah pada dos yang tinggi. Keracunan kronik adalah disebabkan penggunaan yang berulang pada tempoh yang lama dan tanpa disedari sehinggalah muncul tanda keracunan.Produk yang memberi kesan langsung kepada sistem pernafasan adalah seperti penyegar udara, semburan wangian badan dan rambut, pengilat kuku dan pelarutnya serta lain-lain. Semburan, wap atau gas bahan kimia ini akan memasuki saluran pernafasan dan memberi kesan kepada bahagian hidung, tekak, paru-paru dan seterusnya ke bahagian anggota badan lain melalui sistem peredaran darah.

Produk yang terlibat melalui sentuhan kulit pula ialah sabun, syampu, krim, pencukur, peluntur pakaian, barangan kosmetik, detergen, pelembut pakaian dan lain-lain. Bahan kimia ini boleh menjerap ke dalam lapisan kulit dan memasuki aliran darah seterusnya memberi kesan ke bahagian lain anggota badan.

Jadual berikut menunjukkan contoh bahan kimia di dalam produk wangian seperti minyak wangi, penyegar udara, sabun pencuci pinggan mangkuk, pewarna dan pencuci kuku, penyembur rambut, penyembur badan, produk kosmetik, syampu, sabun, peluntur pakaian dan pelembut pakaian, detergen dan potpuri.

KANDUNGAN KIMIA

TANDA
3-Burten-2-one
Keradangan pada kulit dan sistem pernafasan
Aseton
Merencat sistem saraf pusat, kekeringan pada mulut dan tekak, pening, loya, hilang koordinasi, pertuturan tidak jelas dan koma.
Siklopenta(g)-2-benzopiran
Keradangan pada kulit, mata dan saluran pernafasan.
Ertanol
Keletihan, keradangan pada mata dan bahagian atas sistem pernafasan, pening, penglihatan yang kabur, hilang koordinasi anggota badan, kebas.
Atil asetat
Sakit kepala, kebas, kulit kering dan merekah, kekurangan darah, kerosakan hati dan buah pinggan, keradangan pada mata dan saluran pernafasan.
Fenil metal ester
Gangguan sistem saraf, kanser
Hidrosinamaldehid, p-tert-butil-alfa-metil
Separuh sedar, kesukaran bernafas, gangguan sistem reproduktif lelaki.
Metilin klorida
Kanser, sesak nafas (kerana dimetabolisme kepada karbon monoksida), sakit kepala, kebasm pening, penat, mudah terganggu.
Phenol, 2,60bis(1,1-dimetileti)-4-metil
Kanser, memberi kesan pada anak dalam kandungan dan sistem pembiakan.
Ftalik ester
Gangguan sistem saraf dan bayi dalam kandungan
Benzaldehid
Merencat sistem saraf pusat, keradangan pada mulut, tekak, mata, kulit, paru-paru, loya, sakit perut dan kerosakan buah pinggang.
Kampor (kapur barus)
Alahan pada kulit, keradangan pada mata, hidung dan tekak, pening, loya dan sawan.
Benzal alkohol
Keradangan bahagian atas sistem pernafasan, pening, loya, muntah, tekanan darah rendah, merencat sistem saraf, kegagalan fungsi pernafasan.
Karbitol
Keradangan pada mata, kulit, saluran pernafasan paru-paru.


Tanda Keracunan

Secara amnya keracunan wangian ditunjukkan oleh tanda berikut seperti yang dikeluarkan oleh Pusat Kebangsaan Strategi Kesihatan Alam Sekitar, Kanada pada tahun 1990:

Mata berair, penglihatan berganda,  bersin, sesak nafas, alergi rinitis, sinusitis, tin­nitus, pening, vertigo, batuk, bronkitis, kesukaran bernafas, ketat dada, asma, anafilaksis, pening, migrain, sakit kepala, disorientasi, kehilangan memori berkala, ketegangan, awan, kemurungan, perubahan tingkah laku, ruam, ekzema, kemerahan, keradangan otot dan sendi, sakit, lemah, denyutan jantung yang tidak teratur dan laju.

Anda dinasihatkan supaya membaca label pada produk wangian terlebih dahulu sebelum membeli bagi mengetahui sama ada bahan kirnia yang digunakan adalah daripada jenis yang selamat kepada diri atau anak dalam kandungan. Elakkan pendedahan bertoksik terutamanya kanak-kanak. Sekiranya ada kemusykilan, anda boleh menghubungi pihak yang bertanggungjawab tentang kesihatan pengguna atau Pusat Racun Negara. Beringatlah! Tidak semua yang wangi itu baik untuk kita.


sumber : http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_.php?Id=526

Copyright© All Rights Reserved madulebah93.blogspot.com