
Sunday, 2 September 2012
-I LUV ISLAM : Perkara-perkara Sunat Ketika Wuduk-
1) Menghadap qiblat
2) Bersugi
3) Membaca bismillah
4) Membasuh kedua-dua tapak tangan sehingga kedua-dua pergelangannya
5) Berkumur (Sunat 3 kali berkumur & Sunat diludahkan kembali air itu)
6) Memasukkan air ke dalam hidung
7) Menyapu kepala, dahi, atau rambut (sekurang-kurangnya mengenai 3 helai rambut)
8) Membasuh kedua-dua telinga
9) Mendahulukan anggota kanan daripada kiri
10) Basuh 3 kali pada tiap-tiap anggota wuduk
11) Jangan membazir air
12) Tidak berkata-kata
13) Memasukkan semua jari tangan kanan antara semua jari tangan kiri
14) Muwalat (berturut-turut)
15) Makruh jika membasuh mana-mana anggota wuduk lebih daripada 3 kali atau menggunakan air yang banyak

coretan ikhlasku : Indahnya sekadar kawan berbanding couple
Asalamualaikum dan salam aidilfitri..masih terasa lagi hari raya walaupon dah masuk bulan September..kepada yang membaca ni, tak nak bagi duit raya ke??sedikit pon cukup la, dalam 20 ringgit..hehe..couple??bermaksud berdua atau apa-apa la yang korang bayangkan..kawan??hentak kepala kat lantai la kalau tak tahu maksud kawan..
Tertulisnya post ini adalah kerana ada orang yang sudi nak baca blog aku ni..kan-kan??terima kasih sebab terus membaca..okla, tak payah penat-penat taip,kita terus je kepada tajuk..kenapa la semua orang sibuk nak bercouple??pelik aku..bagi aku, kawan lagi best..macam kawan aku, dia mengamalkan kaedah ‘teman tapi mesra’..best aku tengok..masing-masing bebas nak buat apa..tak ada masalah cemburu atau rasa nak gaduh bila pasangan kita tu rapat sedikit dengan orang lain..kaedah yang terbaik aku tengok..
Macam mane nak buat??senang je, kita jangan fikir nak couple tapi kita fikir nak kawan dan dalam masa yang sama masing-masing ada perasaan antara satu sama lain tapi relax dan cool je..kalau couple, kita dah set kat mind kita yang dia tu pasangan kita so kita kena susah-susah nak jaga perasaan dia atau tak nak buat perkara yang melukakan hati si dia..so, agak susah kan..lain la si dia tu isteri atau suami kita..
Lagi satu, jangan fikir pandangan orang lain..orang lain sibuk nak bercouple dan sweet-sweet dengan pasangan dorang, kita tak payah peduli yang penting kita bahgia..lagi satu, bila dah couple ni, mula la nak panggil yang manja-manja..nanti kalau dah kahwin, benda tu semua dah basi dan karat..tak best la kan..in conclusion, ini semua saja-saja je tulis..bagi korang buang masa kat blog aku ni..hehe..selamat membaca dan selamat beramal..jangan lupa puasa sunat 6 hari kat bulan syawal ni ye..asalamualaikum..

Fuyoo siteE : Senarai Laman Sosial Terbaik Dan Popular
Facebooksesuai untuk kegunaan umum. Diasaskan oleh Mark Zuckerberg, sekarang berumur 25 tahun. Dianggarkan pengguna facebook ialah sebanyak 300,000,000 dan terbuka kepada pengguna berumur 13 tahun keatas. wah amat dasat.
TwitterrBersifat umum dan terbuka kepada mana-mana pengguna. Mempunyai jumlah keahlian sebanyak 44,500,000
MyspaceSebuah laman sosial yang popular dan top pada suatu ketika dahulu, diasaskan oleh Tom Anderson. dikatakan mula mengalami kejatuhan pada tahun 2007 dan 2008, dan sedikit sebnyak Myspace sudah berubah wajah dan banyak diperbaharui untuk memperbaiki reputasi laman tersebut. Pengguna akaun Myspace yang berdaftar ialah sebnyak 263,920,102 woo ramai kan. tp sayangnya traffic die kurang gara2 ramai da yang tak log in.
Hi5Aku pon tak berapa nak gune mende ni tapi Hi5 dikatakan popular di India, Mongolia, Portugal, Thailand, Romania, Jamaica, Africa Tengah dan Amerika Latin tetapi tidak popular di Amerika syarikat. Mempunyai pengguna seramai 80 juta orang.
Friendster
Friendster amat popular di asia Tenggara, tetapi tidak lagi popular dibarat, dan tidak tersenarai dalam 10 ranking laman sosial paling popular lg pada hari ini. Terbuka kepada pengguna 16 tahun keatas dan kanak2 tidak dibenarkan. Tapi ade jugak kanak-kanak yang guna. Tapi gune dgn cara menipu umur..hehe
TaggedLaman sosial yang berpusat di san Francisco, california, Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 2004. Tagged membolehkan ahlinya bermain permainan bertemu orang baru berdasakan saranan. Memang mudah la nak cari kawan dan berkongsi hadiah maya. Tagged kini dilawat oleh 7.6 juta pengguna As dan 27 juta pengguna dari seluruh dunia.
Berikut adalah ranking laman sosial pada Januari 2011
1.Facebook
2.Twitter
3.Myspace
4.Linkedin
5.Ning
6.Tagged
7.Classmate
8.HI5
9.Myyearbook
10.Meetup
Sumber : http://wansndg09.blogspot.com

-I LUV ISLAM : Rumahtangga => Kenali Musibah Terbesar
Kita menangis kepenatan. Penat rupanya alam rumahtangga ni - ke sana ke mari menjaga kebajikan suami dan anak. Bekerja di luar penat. Bekerja di rumah juga penat.
Kita menangis berjauhan. Setelah halal dalam pernikahan, berjauhan pula. Kerana tuntutan kerja. Atau belajar.
Kita menangis tidak cukup wang. Terpaksa berhutang. Tidak mampu bergembira macam pasangan lain. Makan minum malah bercatu. Terpaksa duduk rumah saja tidak cukup duit untuk petrol.
Kita menangis kerana ujian mertua dan ipar duai yang menarik banyak privasi rumahtangga. Kita menangis tersepit antara keluarga sendiri dan keluarga pasangan.
Kita menangis kerana pasangan atau anak-anak diuji sakit kronik yang menuntut seribu satu pengorbanan.
Antara banyak-banyak ujian ini, jangan lupa berhati-hati dengan ujian keimanan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan semakin jauh dari hubungan dengan tuhan. Solat diabaikan. Akhlak dengan Allah tidak dititikberatkan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila islam hanya pada nama dan kad pengenalan. Bukan pada rutin dan tujuan hidup seharian. Sedangkan islam is a way of life.
Musibah terbesar sebuah perkahwinanan adalah apabila amalan-amalan syirik dan khurafat menjadi pilihan. Percaya pada tangkal untuk memujuk anak menangis, atau ramuan bomoh menundukkan suami.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan tahu akan kewajipan menuruti Sunnah dan Quran, tapi terus selesa dalam kejahilan dan kelalaian. Solat dilalaikan, pergaulan tanpa batasan, tiada peruntukan masa dan kewangan untuk mencari ilmu agama, aurat didedahkan besar-besaran, tidak amanah dalam pekerjaan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan ialah apabila suami isteri fokus membeli rumah besar dan kereta besar namun rumah itu seperti kuburan kerana jauh dari tilawah dan tadabbur Al Quran.
Bila rumahtangga diberi ujian kesenangan, adakah rasa bersyukur? Adakah kesenangan menambah ketaatan?
Bila seorang isteri dan ibu kurang ilmu kurang iman, nescaya akan mencipta musibah yang besar untuk generasi mendatang. Menyiapkan pakaian dan makan minum anak-anak, mengambil menghantar anak ke alam persekolahan. Apakah pemberian kita untuk menyiapkan jiwa anak itu melalui kehidupan dengan bertuhan? Anak-anak amat bijak mengukur kehebatan dirinya dengan peperiksaan, adakah mereka tahu mengukur nilai diri menurut Al Quran?
Musibah besar jika anak-anak kita tidak tahu hubungannya dengan tuhan, tidak tahu apakah ertinya hakikat kehidupan. Solat ditinggalkan, ibu bapa dibiarkan.
Ada suami dan anak-anak yang baik, adakah makin kenal dan cinta pada Allah? Atau sekadar kenal kemahuan suami dan anak-anak? Atau sekadar mengingati tanggungjawab kepada suami dan anak tanpa mengetahui tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Sesungguhnya islam bukan sekadar adat kebiasaan. AL-Quran bukan sekadar menjadi pelengkap dulang hantaran. Bukan sekadar tersimpan tinggi di almari perhiasan.
Ayuh selamatkan diri dari musibah. Jalinkan hubungan dengan tuhan yang semakin ditinggalkan. Bina keutuhan diri dan famili dengan Al-Quran dan As Sunnah. Kenalkan diri kepada petunjuk Allah dan Rasul yang membawa kebahagiaan.
* Peringatan buat hati yang tidak hangat dengan iman... Hati sayakah itu.... :-(

Subscribe to:
Comments (Atom)






