Saturday, 31 March 2012

-I LUV ISLAM : April-Fool?? Bukan Untuk Kita-

April Fool? pastinya kita semua sering mendengar mengenai perayaan ini. Perayaan yang disambut pada setiap 1 April yang menghalalkan perbuatan menipu atau berbohong dengan tujuan gurauan dan memperbodohkan orang lain.

April Fool mungkin kelihatan menyeronokkan bagi sesetengah pihak. Hari tersebut dianggap sebagai hari untuk bergurau senda dengan kawan-kawan,saudara mara ataupun sesiapa sahaja dengan cara menipu. Tapi tahukah kita apakah disebalik perayaan april fool dan terfikirkah kita dengan kesan daripada kita menyambut perayaan ini?
Menurut sumber, April Fool merupakan sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Perayaan April Fool bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. Oleh sebab itu, mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Namun begitu, dukacita saya tanyakan, adakah kita semua tahu rahsia di sebalik April fool dan tidak marayakannya atau adakah kita hanya mengikut budaya barat dan menyambut perayaan ini?
Jika jawapan kita yang kedua. Maka kita adalah yang tergolong dalam golongan yang rugi. Kita adalah fool yang sebenarnya dan apa yang kita tahu hanyalah meniru perbuatan orang barat tanpa menyelidik itu dan ini semata. Oleh yang demikian, berhentilah mejadi orang yang menurut dan terikut-ikut sahaja,jadilah orang yang hebat,yang membina revolusi dan jauhkanlah diri kita dari di'fool'kan
Dalam sabda Rasulullah S.A.W pun, baginda akan bersabda mengenai perbuatan menikut-ikut ini.
"Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?" 
 [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
April Fool ini tidak lain tidak bukan cumalah hari yang mendatangkan kerugian. jelas sekali impak perayaan ini adalah perkara yang buruk sahaja. Sesiapa sahaja pasti akan marah jika diperbodohkan,Malah ada banyak laporan yang menyatakan perbuatan ini ada yang menyebabkan saudara-mara mahupun kawan yang membunuh orang yang menipu kerana tidak dapat mengawal emosi.Bukan itu sahaja, April fool ini jelas sekali boleh menyebabkan seseorang akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain. Pemikiran pun asyik bergfikir yang negatif sahaja mengenai orang lain.

Konklusinya, April Fool ini sudah terbukti tidak mempunyai apa-apa yang menarik dan mendatangkan faedah untuk kita sambut.
Jadi, Say No to April Fool!!
-I LUV ISLAM-

Sunday, 25 March 2012

coretan ikhlasku : my mistake??

Asalamualaikum..tertulisnya post ini adalah kerana saya ingin menulisnya..ops, bergurau sedikit..ok la,aku cerita point sebenar aku tulis..dalam Islam, pada hujung zaman akan timbul satu keadaan atau suasana dimana yang benar akan jadi minority manakala yang batil akan jadi majority..benda ni semua aku tengok semakin benar..kenapa??ni la yang aku akan cerita..

Semester 3 means semester akhir aku untuk asasi ni, aku jadi IC (in charge) untuk satu dewan (144 students)..bukan aku sengaja nak jadi IC tapi nama aku begitu bertuah sehingga di panggil secara random oleh lecturer untuk jadi IC kelas dia..secara nak tak nak, terpaksa la aku pikul tanggungjawab yang berat tu..memang penat jadi IC..kena lapor la, kena cari kelas la dan banyak lagi..pengalaman baru betul..

Semakin lama jadi IC, aku sedar bahawa aku bukan sekadar IC malahan aku menjadi LEADER untuk 144 students..leader??means segala yang berlaku atau akan berlaku, terletak kat bahu aku yang kecil ni..Alhamdulillah, Allah dah buka mata aku untuk menjadi seorang leader muslim dan ditambah pula nasihat dan dorongan daripada kawan-kawan aku..mereka memang dah mengajar aku untuk menjadi seorang pemimpin islam walaupon sekadar dalam kelas..hehe..

Sejak saat itu, aku ada post kat facebook mengenai satu fenomena yang semakin menjadi-jadi..mula-mula aku tak nak post, tapi selapas dinasihatkan kawan aku, aku post..aku sedar, post aku tu akan menjadi penyelamat aku kat akhirat kelak..insyaAllah..apa fenomena dan isi kandungan post aku tu??kat bawah ni la..


Selepas post, aku rasa puas..tapi lepas 3 4 hari, ada sorang yang kurang senang dengan post aku tu..aku tak endah..tapi benda ni menjadi semakin buruk lepas tu..ada yang sampai nak gaduh la, ada yang mencarot la dan ada yang kata aku ngumpat??ngumpat tu la statement paling lawak aku pernah dengar..Alhamdulillah,ada juga yang support aku..kenapa la ada yang tak suka..aku bukannya buka aib dorang pon..aku sekadar menasihat dan memberi pendapat aku..maybe cara aku tu salah..apa-apapon, ramai yang support aku..thanks frenz..

Peristiwa tu banyak mengajar aku..untuk keselamatan,aku delete post tu dan mintak maaf kat semua..apa-apapon,aku dah nampak peristiwa akhir zaman semakin menjadi-jadi..kebaikan dipandang hina,kejahatan dipandang mulia..hopefully, post aku tu serba sedikit dapat menjadi pegangan dan ilmu baru..thats all..asalamualaikum..

Sunday, 18 March 2012

-I LUV ISLAM : Karier Wanita dalam Fiqih al-Qaradhawi-

Dr Yusuf al-Qaradhawi ditanya:"Apa hukum wanita bekerja? Iaitu bekerja di luar rumah sebagaimana lelaki? Bolehkah wanita berkerjaya? Bukankah kewajipan wanita berada di  dalam rumahnya?"

Syeikh al-Qaradhawi menjawab: Allah Memberi Tanggung Jawab Kepada Manusia dengan Kerja (Amal). Wanita adalah manusia sebagaimana lelaki. Lelaki sebahagian daripada wanita dan wanita sebahagian daripada lelaki.
Sebagaimana firman Allah SWT, "Sebahagian kamu adalah keturunan daripada  sebahagian yang lain." (Ali Imran: 195).                
Allah menciptakan manusia untuk bekerja, bahkan Dia ingin tahu siapa yang membuat kerja (amal) secara terbaik.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) " (Surah al-Mulk, ayat 2).
Keperluan Ummah dan Dunia Kepada Tenaga Wanita
Wanita sebagaimana lelaki dibebani untuk bekerja (amal). Dan kerja yang dilakukan dengan terbaik akan memperolehi hasil terbaik. Firman Allah SWT, "Rab (Tuhan) mereka memperkenankan (permohonan) mereka.
Allah berfirman):"Aku (Allah) tidak akan mempersiakan amalan orang yang beramal di kalangan kamu, baik lelaki mahupun perempuan; sebahagian kamu berasal daripada sebahagian yang lain."                
Wanita sebagaimana yang dikatakan selalu adalah sebahagian daripada komuniti manusia. Tidak boleh dibayangkan bagaimana Islam kehilangan sebahagian dari komunitinya (jika semua wanita tidak berkerja), lalu dinyatakan sebagai agama yang jumud dan stagnan ('down', terhenti, membosankan), yang hanya mengambil dari kehidupan tetapi tidak memberi kepada kehidupan, hanya mengkomsumsi (menjadi pengguna) akan tetapi tidak berproduksi (menjadi pengeluar).
Fiqh Prioriti: Mendidik Generasi Adalah Kerja Utama Wanita
Pekerjaan wanita yang pertama dan utama adalah mendidik para generasi. Allah SWT telah menyiapkan jiwa dan fizikal wanita untuk melakukan tugas ini. Kerana itu, sebaik-baiknya kita hendaklah tidak menyibukkan wanita dengan kesibukan lain, sehingga memalingkan wanita dari tugas mulia ini. Tidak seorangpun mampu menggantikan kedudukan wanita dalam tugas mulia ini. Di tangannyalah bergantung kehidupan umat manusia.
Moga rahmat Allah tercurah kepada al-Hafiz Ibrahim yang telah bersyair:Ibu adalah madrasah (sekolah), jika engkau mempersiapkannyaBeerti engkau telah mempersiapkan bangsa yang hebat dan kuat.                
Pekerjaan utama tersebut ialah tugasnya menguruskan rumah tangga, membantu suaminya, membentuk keluarga bahagia yang tegak di atas kedamaian, kasih sayang dan rahmat. Disebutkan dalam ssatu riwayat bahawa pekerjaan terbaik wanita adalah menyiapkan keperluan suaminya untuk pergi berjihad.
Hukum Mengharuskan Wanita Keluar BerkerjaHuraian di atas tidak bermakna haram bagi wanita berkerja di luar rumah. Hukum haram hanya boleh ditetapkan dengan nas sahih dan jelas maknanya. Sebagaimana diketahui bahawa, setiap perkara adalah boleh hukumnya kecuali ada dalil yang mengharamkannya.                
Maka, pada dasarnya 'boleh' bagi wanita untuk berkarier. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ia boleh menjadi dianjurkan, atau bahkan diwajibkan, jika memang terdesak dengan tuntutan hidup. Contohnya, janda atau wanita yang ditalak dan dia tidak mempunyai hasil pendapatan, sementara itu dia mempunyai kemahiran atau keahlian tertentu untuk digunakan. Dalam konteks ini, bekerja dengan kemahiran atau keahliaannya itu boleh menyelamatkannya daripada hidup meminta-minta.
Contoh Wanita Berkerjaya Dalam Al-Quran dan Hadis
Kadang kala, keluarga yang memerlukan tenaga wanita berkerja, seperti membantu pekerjaan suaminya, mendidik anaknya atau saudara perempuan yang masih kecil atau membantu orang tuanya sebagaimana yang diceritakan dalam Surah al-Qashash tentang dua anak gadis yang membantu orang tuanya yang sudah lanjut usia dalam menggembalakan kambingnya.

Firman Allah SWT, "Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata: "Apakah maksudmu (dengan berbuat at begitu)?" kedua wanita itu menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang Telah lanjut umurnya".
Riwayat lain juga menyebutkan bahawa Asma' binti Abu Bakar-pemilik dua ikat pinggang (Dzatil Nitaqain)- berkerja membantu suaminya Zubair bin al-Awwam dalam merawat kuda-kudanya, menggiling bijian lalu ditiriskan. Asma' membawa gilingan bijian-bijian tersebut dari kebunnya yang jaraknya sangat jauh dari Kota Madinah.
Ummul Mukminin, Zainab binti Jahsy mahir menyamak kulit, memintal serta menenun kain sutera, hasilnya dijual di pasar dan disedekahkan. Itulah kerjaya Zainab yang menguatkan sumber ekonominya hinggakan beliau mempunyai keistimewaan sebagai seseorang yang banyak bersedekah. Lalu, mendapat julukan 'panjang tangan' (bermaksud banyak bersedekah) oleh Rasulullah SAW.
Keperluan Masyarakat Kepada Doktor Wanita, Jururawat, Guru Wanita dan Sebagainya
Kadang-kadang juga masyarakat sendiri yang memerlukan tenaga wanita seperti doktor wanita, atau jururawat wanita atau guru wanita dan pekerjaan seumpamanya yang secara khusus lebih mahir dikerjakan oleh wanita. Paling ideal, wanita bekerja dengan kaum wanita, dan tidak dengan kaum lelaki, kecuali kerana keperluan mendesak yang mengharuskan wanita hadir dalam pekerjaan tersebut.
Syarat-syarat dan Batasan-batasan Wanita dalam Berkarier1. Pekerjaan tersebut memang disyariatkan. Ertinya bukan pekerjaan haram atau membawa kepada perkara haram seperti:
a.Teman sosial kepada lelaki   
b.Setiausaha kepada pengarah yang memerlukannya duduk seruangan dengannya (biasanya di     pejabat-pejabat, S/U            selalu berdua-duaan dengan pengarah. Saya kagumi cara Syarikat     Telaga Biru Sdn Bhd yang melantik setiausaha bagi      pengarah iaitu seorang wanita yang mempunyai pertalian darah). 
c. Penari 
d. Pelayan bar yang menyediakan minuman keras yang dilaknat oleh Rasulullah SAW, penuangnya, pembawa dan penjualnya  e. Pramugari yang memerlukannya sentiasa tersenyum menyambut penumpang atau sering melakukan perjalanan jauh tanpa       mahram, dan yang memerlukannya duduk sendirian di negara orang lain. 
f.  Dan lain-lain pekerjaan yang diharamkan Islam bagi wanita apatah lagi pekerjaan yang diharamkan bagi lelaki dan wanita.
2. Menjaga adab wanita muslimah saat keluar rumah dengan menjaga cara berpakaian, berjalan, berbicara, bahkan bergerak.
Allah SWT berfirman, "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup  dada (juyub[1]) dengan tudung kepala mereka (khimar);
3. Pekerjaan itu tidak sampai melalaikan kewajipan utamanya, seperti kewajipan mengurus suami dan anak-anaknya. Sebab itulah pekerjaan dan kewajipan yang paling utama seorang wanita.
Saranan Al-Qaradhawi Buat Pemerintah
1. Pemerintah hendaklah menyiapkan sesuatu berupa Undang-undang Tenaga Kerja dan saranan pekerjaan bagi para wanita ketika keperluan mendesaknya berkerja untuk dirinya, keluarganya atau masyarakatnya. Persiapan ini penting dilakukan agar harga diri wanita tidak tergadai atau tidak mengacau kewajiban rumah tangga.
2. Pemerintah hendaklah membuat peraturan yang memudahkan peranan serta memudahkan wanita ini, misalnya separuh kerja dengan separuh upah. Seperti kerja 3 hari dalam seminggu dan upah disesuaikan dengan hari kerjanya. Contoh lainnya adalah seperti adanya undang-undang cuti menikah, melahirkan atau peraturan khusus bagi ibu menyusu. (Alhamdulillah sebahagiannya telah dinikmati oleh wanita di Malaysia).
3. Pemerintah harus mempersiapkan sekolah agama, sekolah umum dan universiti khusus untuk kaum wanita, sehingga kaum wanita mempunyai  peluang berolah raga dan melakukan aktiviti lain yang menyihatkan.
4. Menyediakan bahagian dan tempat khusus bagi wanita yang berkerja di pemerintahan, yayasan, atau bank sehingga menghindarkan terjadinya fitnah, serta fasiliti-fasiliti lain yang disesuaikan dengan keperluan[2].
Kesimpulan Penulis (Fatimah Syarha).Hormatilah wanita yang memilih untuk berada di rumah. Mereka bukannya ketinggalan zaman sebaliknya keluarga mereka lebih memerlukan mereka di situ.
Hormatilah juga wanita yang memilih untuk berkerjaya. Mereka bukannya melakukan suatu dosa seolah-olah berkerjaya itu haram sebaliknya mereka melakukan sesuatu yang harus.   
Samada berada di rumah atau berkerjaya, masing-masing ada sebab dan keperluannya yang tersendiri. Masing-masing ada peranan yang besar buat diri, keluarga dan ummah. Asal  saja tugas utama wanita iaitu mendidik generasi terus terpelihara. Asal juga suami redha dengan pilihannya.
Berbincanglah. Wanita yang memilih untuk berada di rumah namun tidak berusaha memberi didikan kepada anak-anaknya, akan gagal mencapai matlamat mendidik generasi. Wanita yang memilih untuk berkerjaya namun tidak menyediakan pengurusan yang terbaik untuk rumah tangganya, akan gagal juga mencapai matlamat.
Tips bagi wanita berkerjaya:
1. Jika perlu, ambillah pembantu rumah yang dididik dan dihargai dengan baik agar urusan teknikal rumah tangga tersusun rapi. Isteri-isteri Rasulullah SAW meskipun kebanyakan mereka tidak berkerja di luar rumah namun kebanyakkan mereka mempunyai pembantu. Masakan tidak, isteri baginda yang berada di rumah itu juga mempunyai kesibukan untuk menekuni ilmu.
2. Wanita yang berkerjaya dari rumah juga mungkin perlukan pembantu kerana kesibukan kerjaya itu dan kesibukan urusan rumah tangga. Jika mereka mampu melakukan kerja-kerja teknikal di rumah itu sendiri, tidak mengapa. Tapi realitinya, kerja-kerja teknikal di rumah tidak pernah habis, ditambah lagi dengan ragam anak-anak yang sentiasa inginkan perhatian. Terpulang pada kebijaksanaan masing-masing dalam memastikan adanya keseimbangan.
3. Pilih penjaga atau nursery yang terbaik untuk jagaan sementara bagi anak-anak dengan membuat pemantauan teliti terlebih dahulu. Maka, isteri boleh berkerjaya dengan lebih fokus dan professional dalam waktu kerjanya.
4. Lebih menarik jika wanita boleh memilih suatu pekerjaan yang mempunyai masa anjal dan lebih mesra famili.
[1] Juyub sering diterjemahkan sebagai dada. Bagi penulis, ia adalah terjemahan yang baik mengikut konteks pakaian wanita di Malaysia yang ringan, lembut dan senang membentuk di  badan, maka amat wajar tudungnya (khimar) melepasi dada agar tidak menggiurkan lelaki jahat dengan nampaknya bentuk buah dada.
Mengikut bahasa Arab, dari segi bahasa, juyub adalah jamak daripada jaib yang sebenarnya bukan bererti dada. Erti sebenar juyub ialah bahagian terbuka daripada pakaian dan semisalnya pada bahagian dada. Atau lebih tepatnya bererti belahan leher baju.
Maka, sama-samalah kita menghormati orang yang tetap ingin bertudung labuh, atau bertudung tiga segi tetapi bajunya longgar atau bertudung singkat dengan bajunya longgar. Masing-masing mempunyai sebab dan fatwa hati yang tersendiri. Hormatilah! Asalkan pakaiannya menutup aurat dan lebih baik lagi dipakai dengan rasa taqwa, bukan sebab-sebab lain.[2] Al-Qaradhawi, Fatawa Mua'shirah, juz. 2. Hal. 303-306.

Tuesday, 13 March 2012

coretan ikhlasku : saya tak suka isteri bekerja, kenapa??

Asalamualaikum..kehadapan blog ku yang disayangi..ceh,macam tak betul pula aku ni..ok la..kalau post aku ni tak best, senyap-senyap dan pendam la seorang-seorang jela ye..sekarang ni kita tengok ramai betul yang berkejaya..belajar tinggi-tinggi dan kerja baik-baik..tapi kan, sekarang ni ramai betul perempuan yang berkejaya..tahniah aku ucapkan..tapi secara personal, aku ni anti-working wife..kenapa??ni la yang aku nak explain mantap-mantap ni..

1.  Kenapa terciptanya kaum Hawa??Allah telah cipta perempuan ni dari tulang rusuk kiri nabi Adam untuk menemani nabi Adam di syurga..kejap-kejap, MENEMANI??so,dah terang-terang dah tanggungjawab seorang isteri..ADALAH untuk menemani suaminya..so,tunggu apa lagi??teman la suami masing-masing dengan baik ye..tapi bila bekerja, masa yang diluang bersama dengan suami mesti dah berkurang so maknanya tanggungjawab seorang isteri untuk menemani suaminya mungkin serba sedikit terjejas..okla, jika suami membenarkan isterinya bekerja, saya yakin mesti jauh di sudut hati suami akan rasa kurang senang..kurang senang means kurang redha..syurga seorang isteri adalah dibawah tapak kaki suami so keredhaan seorang suami sangat penting..

2.  Wanita ni ciptaan yang terindah..wanita ni memang indah dan disebabkan itulah kehidupan seorang lelaki tak sempurna  tanpa temannya iaitu seorang isteri..disebabkan ciptaannya yang indah, mereka  diwajibkan menjaga kecantikan mereka dengan menutup aurat, menjaga pergaulan apabila bersama bukan muhrim dan sebagainya..kecantikan mereka ni hanyalah untuk suaminya..susah nak jaga kecantikan mereka ni daripada dilihat oleh orang lain dan bertambah sukar bila berkejaya..contohnya bila bekerja, si isteri mesti nak jaga penampilannya di tempat kerja dan secara tidak langsung menunjukkan kecantikannya kepada orang lain..memang boleh tutup kecantikan tu, tapi susah nak menutup kecantikan itu di tempat kerja berbanding berada dirumah sahaja..so, buat apa nak susah-susah??duduk rumah sudahlah..hehe..

3.  Mudahnya terjejas mahligai..mempertahankan sebuah mahligai sangat mencabar..so, isteri yang bekerja menambahkan lagi cabaran tu..kenapa??okla, kita tengok contoh paling mudah..apabila seorang isteri bekerja, secara tidak langsung dia mesti akan berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja..katakanla rakan sekerja dia lelaki, walaupon lelaki tu tahu perempuan itu sudah berkahwin tapi adakah masyarakat sekeliling tahu mengenai itu??jadi perkara ni akan menimbulkan fitnah dan bertambah parah apabila si suami tahu mengenai  ini..mesti si suami akan terasa dan jika si suami panas baran, pergaduhan boleh berlaku..ini boleh menggugat sebuah mahligai..dan katakanlah si isteri rapat pula dengan rakan sekerjanya dan rakan sekerjanya itu lelaki, boleh bayangkan tak perasaan si suami apabila dia tahu mengenai hal ini??memang meletus gunung berapi la maknanya..

4.  Dalam salah satu tanggungjawab seorang suami adalah disuruh memberi nafkah zahir dan batin kepada bini, manakala seorang isteri perlu memenuhi dan mentaati seorang suami, menjaga maruah diri dan suami dan mentaati perintah Allah..jap-jap,ada Islam suruh isteri bekerja??Islam adalah agama yang mudah dan adil..bagi saya, Islam tak menyuruh isteri bekerja adalah kerana fitrah seorang manusia yang tidak mampu membuat kerja dengan banyak dalam satu masa..jika melebihinya, maka seorang itu akan penat dan tidak bermaya..kenapa lelaki boleh bekerja dan perempuan tidak??lelaki diciptakan dengan tenaga kudrat yang tinggi yang boleh membuat suatu kerja dengan banyak dan berat..perempuan diciptakan dengan sifat yang lemah lembut dan penyayang dan mudah penat dan tidak berdaya untuk membuat sesuatu kerja yang berat..so,buat apalah nak susah-susah..kita hanya perlu ikot fitrah ciptaan kita..tak perlu melebihi sesuatu diluar kemampuan kita..setiap pekerjaan di dunia ni memenatkan tak kira la fizikal ataupon emosi..lelaki dicipta dengan ketahanan jiwa dan fizikal yang kuat berbanding perempuan yang diciptakan dengan fizikal yang lemah lembut dan mudah tumpas dengan emosi..pendek kata la, apabila seorang isteri bekerja dan mesti dia penat maka tak dapat memenuhi tanggungjawabnya..

Sebenarnya banyak lagi reasons tapi dah lupa..hehe..apa-apa pon, seorang isteri tak salah bekerja..dalam Islam juga tak melarang isteri bekerja tapi ini hanyalah sekadar pendapat saya..saya ada satu nasihat, seorang isteri adalah teman suami didunia dan akhirat dan seorang isteri bukanlah hamba lelaki tetapi adalah teman paling istimewa didunia dan akhirat yang perlu dilindungi dan dipimpin..

-I LUV ISLAM : Tanda Kemunculan Dajjal-

Ada tiga tanda-tanda kemuculan Dajjal :
1) Pohon-pohon kurma di desa Nakhl Baisan tidak berbuah lagi.
2) Air tasik Thabariyah di Palestin kering.
3) Keringnya mata air Zughar di Syria yang biasa digunakan bagi mengairi kebun-kebun sekitarnya.

Tuesday, 6 March 2012

-I LUV ISLAM : Takdir, Suami Dan Dia-

Menelusuri ringkas kehidupanku, aku dilahir dan dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana, namun ayah menghantar aku ke sekolah Inggeris pada pendidikan rendah dan bersekolah agama di sekolah menengah. Dibesarkan dalam keadaan begitu, aku menjadi terbuka kepada keadaan.
Di peringkat universiti, aku memilih jurusan Bahasa Inggeris sebagai "major".Membaca dan membesar dengan artikel Inggeris, filem-filem Inggeris dan lagu-lagu Inggeris, aku menjadi "terbuka". Terkadang hatiku bercelaru di antara sempadan "keterbukaan" itu dan batasan agama.
Namun, Allah itu Maha Mengetahui. Sehebat-hebat peracangan manusia, lebih sempurna lagi perancangan Allah. Aku berkahwin dengan lelaki dari luar bangsa asing dari luar negara, namun masih beragama Islam. Melaluinya, aku mengenal luasnya rahmat Allah, kepelbagaian tradisi dan budaya, makanan, bahasa dan lain-lain lagi. Makin panjang usia pernikahan kami, makin banyak yang aku pelajari. Minda ku bertambah terbuka mengenal perbezaan dan persamaan manusia, namun semua masih berbalik pada Allah yang Esa.
Akhir-akhir ini, aku diuji lagi. "keterbukaan"ku diuji Allah lagi apabila suami memberitahu yang dia mahu bernikah lagi. Seorang janda warga Eropah beranak dua. Dia mahu mengenal Allah dan Islam. Hati wanitaku dicabar. Cinta dan kesetiaanku diuji. Mahu saja aku memohon cerai kerana tak sanggup dimadu. Kuajukan masalahku kepada kadi. Aku dinasihatkan bertenang dan mohonlah dari Allah dari jalan Solat dan Sabar.

Maka, aku melakukan istikharah. 2 kali aku melakukan istikharah, aku mendapat petunjuk Allah lebih menyukai aku untuk terus setia di samping suami. Suami juga telah memohon ulama' dan imam besar di negaranya untuk melakukan istikharah, dan beliau berpendapat suamiku wajar menikahi wanita itu.
Lalu aku pun bermadu. Luluh juga hati wanitaku saat itu, namun jika ini yang ditaqdirkan Allah bagiku, aku takkan mampu melakukan apapun untuk menghentikannya. Saat pertama kali aku melihat maduku, luluh lagi hati wanitaku, namun, ku temui ciri wanita solehah padanya.Saat dia mengulangi shahadahnya padaku, kurasakan airmataku mengalir. Dia kini saudaraku dan biarpun hati wanitaku dihiris luka, aku mulai ikhlas menyayanginya.
Suami meminta aku membantu dalam membimbingnya. Saat kali pertama dia mengenakan hijab di kepalanya, dia enggan menanggalkannya biarpun aku terkadang risau dia panas/ rimas. Saat aku mengajarkannya tentang Islam, dia begitu bersunguh-sungguh. Biarpun kurang fasih  berbahasa Inggeris, maduku sering menyuruhku membacakan ayat-ayat Quran dan doa-doa, lalu ditulisnya dalam tulisan yang difahaminya.
Terkadang datang juga godaan syaitan untuk menghasut aku untuk menyakitinya, menyakiti hatinya, namun aku teringat, DENGKI ITU IBARAT API YANG MEMBAKAR KAYU. Aku tentu tidak mampu menjawab di hadapan Allah jika aku menyakitinya dengan sengaja. Aku malu untuk menyakitinya demi untuk merebut cinta suamiku. Aku lebih tidak mahu Islam itu menjadi fitnah jika aku menyakitinya dengan sengaja. Apa yang aku mahu tunjukkan kepada maduku yang jua merupakan saudara baru? Adakah aku mahu tunjukkan yang wanita Islam itu sombong belaka? Wanita ISlam itu suka menyakiti? Wanita Islam itu tidak adil dalam berkasih sayang? Tidak sama sekali!!!
Naluri wanitaku tercalar juga oleh pedihnya poligami, namun Islam Itu Indah. Islam itu Perdamaian. Islam Itu Persaudaraan. Teringat aku pada satu ceramah Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim Ilyas, di mana Ustaz Azhar Idrus menceritakan bagaiman orang Ansar menolong orang muhajirin, memberikan rumah, pakaian, isteri, harta benda, perniagaan, kerana jiwa orang Ansar telah "dibeli" oleh Allah. Lantas, aku tahu, aku tidak akan mampu menjadi sehebat orang Ansar. Namun, jika Allah memilih aku bermadu, aku tentu mampu berkongsi sedikit kasih suami. Hidupku yang didorong  bersifat "terbuka" ini jugalah mungkin cara Allah memberikan aku kekuatan untuk menerima poligami.
Maduku tentunya lebih mulia berbanding aku kerana dia seperti bayi yang dilahirkan. Suci. Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu. Kini, dia hamil anak suamiku, anak kami, tentu dia juga lebih dikasihi Allah dariku, kerana amalannya wanita hamail lebih disukai Allah. Para Malaikat sedang mendoakannya siang dan malam.
Melihat maduku menjadikan aku lebih insaf. Aku dilahirkan Islam, namun tidak mengenal Allah. Bila Allah mentakdirkan aku bermadu, aku seperti  ditampar kuat. Ia menyedarkan aku bahawa suami yang aku paling cinta ini juga hanyalah pinjaman. Bila Allah mentakdirkan aku berkongsi suami,aku kembali tersedar, suamiku juga bukan milikku yang mutlak.
Melihat maduku bersolat dan mempelajari Islam, membuatkan aku sedar, betapa beruntungnya aku dilahirkan dan dibesarkan di sini. Aku bebas dan mudah mempelajari Islam. Maduku membuatkan aku tersedar tentang satu perkara,aku mungkin tahu apa itu islam, tetapi maduku mengajar aku untuk lebih mengenal Allah dan ketentuan takdir. Dia memahamakan aku tentang kuasa mutlak Allah atas sesuatu.

Bila maduku meminta aku mengajarkan sesuatu, aku rasa terharu. Sebenarnya, bukan hanya dia yang belajar, malah aku lebih belajar lagi. Maduku memahamkan aku tentang Iman, tentang Tauhid.Maduku menguatkan maksud hidup yang sebenar.
Aku sebenarnya bersyukur dimadukan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dimadulah aku sekurang-kurangnya kembali ke jalan Illahi. Banyak benar nikmat Allah yang telah lama aku lupai. Allah tidak pernah melakukan sesuatu itu sia-sia. Suamiku juga kini lebih mengambil berat tentang hati dan perasaanku.
Biarpun berpoligami, aku belum lagi berasa kurang, malah aku merasa lebih. Kini, suami lebih memberikan perhatian dan kasih sayangnya padaku. Dia lebih terbuka menyatakan perasaannya. Bila suami bergilir di rumah maduku, aku mempunyai lebih masa untuk diriku sendiri. Maduku sering berkongsi masakan dari negaranya. Malah, pada saat aku sakit, madukulah yang memasak dan menjagaku dan membantu menguruskan suami. Jadi, aku boleh lebih berehat dan lebih cepat sembuh.
Hidup ini adalah pilihan. Bila Allah mentaqdirkan sesuatu ke atas kita, tentu ada kebaikan padanya jika kita mahu berfikir. Aku boleh memilih untuk bercerai dari suamiku, tapi untuk apa? Aku dan suamiku masih saling mencintai. Aku boleh memilih untuk meruntuhkan rumahtangga suamiku untuk memisahkan mereka, tapi mampukah aku menjawabnya di hadapan Allah?? Aku boleh memilih untuk bermasam muka dan merajuk dengan suami, tapi sampai bila?? Lantas aku memilih untuk cuba hidup dalam kasih sayang Allah. Aku tidak tahu berapa lama umurku dipinjamkan Allah. Mungkin madukulah nanti yang akan menjagakan suamiku. Mungkin anak dari maduku inilah yang akan menjaga aku saat aku dan suami sudah tua nanti, atau mungkin umur suamiku tidak panjang, maka maduku dan anaknya inilah yang akan menemankan aku.
Hidup kita ini milik Allah. Hiduplah dengan bahagia. Usah memilih derita dan dendam. Kasih sayang itu indah. Manusia hanya mampu merancang, namun perancangan Allah itu Maha Sempurna. Aku yakin, setiap yang berlaku, biarpun betapa buruk dan pedih, tentu Allah akan mentaqdirkan kebaikan yang banyak padanya (apabila kita memahami). Allah tidak pernah zalim, cuma kita yang zalim bila kita enggan menerima ketentuan Allah.

-I LUV ISLAM : Cinta Suami Dan Redha Illahi-

Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka.
Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami. Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah.

Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita.
Letakkan cinta Allah di  dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.
Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya.
Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.

Copyright© All Rights Reserved madulebah93.blogspot.com