Sunday, 26 February 2012

-I LUV ISLAM : Beratnya Amanah Ini-

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, ) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (Itu hanya pendapat...ajal maut ketentuan Allah))

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring

Wednesday, 22 February 2012

-I LUV ISLAM : Tak Nak Valentine Day-

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh.
Dengan nama Allah pencipta seluruh kejadian.
Valentine day?
Mendengar kepada perkataan Valentine di atas,sudah pastinya semua pembaca tahu tentang Hari Valentine, Hari pasangan kekasih yang disambut bagi membuktikan kasih sayang pada 14 Februari setiap tahun oleh orang barat yang kemudiannya menjadi ikutan orang Asia seterusnya disambut juga oleh orang Islam.
Pelik kan, katanya kita ini seorang Islam, tetapi kenapa kita meniru ajaran agama lain?
Hadis Rasulullah s.a.w:" Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu".

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi".

Nak ke kita menjadi orang yang rugi? Di dunia pun kita rugi kerana konon-kononnya "menghadiahkan" cinta dan kasih sayang kita kepada kekasih yang belum tentu akan menjadi pasangan kita hingga syurga. Inikan pula di akhirat?
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
Valentine Day adalah Hari cinta atau hari nafsu??
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di bumi adalah baik. Tetapi ianya bukanlah untuk seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula ia bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Malah Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri".

Pada pendapat saya, cinta itu bukanlah hanya mengenai perasaan. Cinta itu adalah penghormatan, tanggungjawab, ambil berat dan menerima seadanya. Tetapi pada hari valentine itu, ramai remaja yang menyambut hari valentine bersama-sama sehingga menyebabkan keterlanjuran atau perlakuan sosial di luar batas. Dan pada pendapat saya, bila berkelakuan sedemikian, itu bukanlah cinta namanya tetapi nafsu.
Tak tahukah kita bila kita berdua-duaan itu akan ada pihak ketiga dan pihak ketiga itu adalah syaitan. Dan bila ada syaitan itu, dihasut-hasutnya kita supaya melakukan perkara yang dilarang Allah SWT. Dan bila kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah itu kita akan mendapat kesusahan dan juga dosa.
Oleh itu kepada para pembaca yang saya hormati sekalian,
Tak usahlah kita menyambut Hari Valentine yang kononnya diangkat sebagai Hari berkasih sayang itu. Lebih baik kita berkasih sayang dengan Tuhan kita yang satu,Allah SWT kerana Allah itu kan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. InsyaAllah jika mencintai Allah dan menyayangi seseorang kerana Allah, kita akan mendapat manfaat dan kebahagiaan.
Akhir sekali , Menurut kata-kata peguam Zulkifli Nordin "VALENTINE" itu adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 pula adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah Zalim!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga kita Semua dapat mengambil pengajaran. Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol?


Sekian.

-I LUV ISLAM : Tudung. Tudung. Tudung.-

Ya, bermacam-macam rupa yang boleh kita lihat sekarang kerana semuanya mahu mengikut peredaran fesyen semasa.
Ada yang belitnya dari kiri ke kanan, ke atas ke bawah, disilangnya ke sana, ke mari. Cantik! Namun kebanyakannya tidak mengikut syariat.
Saya dahulu salah seorang dari yang gemarkan fesyen-fesyen lilit-lilit pusing-pusing itu semua. Perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik menarik !
Tambah lagi bila pengalaman hidup yang saya lalui, berhadapan dengan orang tudung labuh yang berperangai sama macam yang bertudung tak mengikut syariat. Ada yang lebih teruk! Jadi? Kesimpulan awal saya ialah "Ahhh sama je orang tudung biasa dengan tudung labuh. Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai. Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!"
Namun jauh di sudut hati, ada satu rasa yang bergetar – ada sesuatu yang menarik tentang tudung labuh.
Allah sayang saya. Amat sayang.
Hampir setiap hari dalam hidup, Allah temukan saya dengan artikel-artikel tentang erti sebenar tudung. Saya mula perlahan-lahan, dari tudung yang berbagai fesyen itu, saya tutupkan dada. Masih dengan tudung biasa! Dalam hati, "OK, cukup dah ni". Namun masih sentiasa bermohon pada Allah supaya dilimpahi hidayahNya.
Allah masing sayang saya, terlalu sayang.
Allah bukakan mata saya, untuk melihat betapa indahnya, betapa selamatnya bertudung labuh. Allah kenalkan saya dengan insan-insan bertudung labuh, yang masih lagi gila-gila, namun terbatas pergaulan mereka, yang terjaga tatasusila.
Saya seorang yang cerewet, tidak suka pada telekung-telekung di mall yang berbau, berdaki. Allah tunjuk pada saya, bila bertudung labuh, lebih mudah, lebih selesa untuk saya solat, kerana aurat saya sudah terjaga! Tak perlu lagi telekung – telekung berbau berdaki tu semua.
Saya seorang yang akan hilang rasa hormat pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul pada perempuan di tepi-tepi jalan, yang lalu di hadapan mereka. Sangat tak hormat! Tapi Allah tunjuk pada saya, bila bertudung labuh, lelaki-lelaki itu tak berani buat begitu.
Saya nekad. Dengan hanya dua helai tudung berbidang 60" yang mampu saya beli, saya sarungkan. Terasa betapa Allah sayang saya. Saya rasa sangat selamat dalam dakapan tudung labuh, yang satu masa dulu saya pandang hanya sebelah mata.
Saya sekarang bertudung labuh, tapi masih gila-gila! Bertudung labuh bukan bererti saya alim. Saya juga masih tercari-cari cahaya. Tapi tudung labuh itu membantu saya, dalam gila-gila, saya ingat untuk menjaga batas-batas, tatasusila. Yang mendekatkan saya pada cahaya, bukan gelita. Saya malu untuk buat perkara sia-sia, malu jika saya dipandang manusia lain sepertimana saya memandang perempuan bertudung labuh yang "perangai tak serupa tudung" suatu masa dulu.
Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh padaNya.
Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!

- Artikel iluvislam.com

SloT TersengiH : Zaman ICT??

(Polis) :Tuan, pihak kami telah menemui seorg mangsa kemalangan maut yang disyaki isteri tuan. Kami perlukan tuan utk dtg sekarang ke hospital bagi tujuan pengesahan mayat mangsa.

(Suami) : Maaf. Saya sgt sibuk skrg. Encik ambik gambar mangsa tu, upload kt facebook dan tag saya. Kalau betul mayat isteri saya, nanti saya akan klik "LIKE". HAHA XD

Sunday, 19 February 2012

SloT TersengiH : Rosakkah??


Pada suatu tengahari yang hening, Ali a.k.a Ngalee membuka laptopnya namun tiada visual pada screen laptop..Ali cuba menggosok dan meniup screen laptopnya itu namun segala usahanya gagal..Pada keesokan hari nya, Ali pergi ke kedai computer untuk meluahkan niatnya yang sudah dipendam semalamnya itu kepada pemilik kedai..

Ali : Tauke, boleh repair laptop tak??
Tauke : Yoo..bisa seh..
Ali : Alamak, ni indon atau cina ma??
Tauke : Selalu tonton telemovie indo meh, lidah gue enggak bisa ngomong betul-betul..
Ali : Tauke, laptop punye screen tak ada visual la..
Tauke : Amboi, lu punya bahasa serupa longkang
Ali : Bukan longkang, perigi ada la..so u mahu buat apa dengan laptop aku ni??
Tauke : Mari saya tengok laptop kamu..

3.5 minit berlalu………..

Tauke : Ya..gua sudah jumpa itu masalah..
Ali : Apa dia tauke??
Tauke : Mengikut degree n phD gua, laptop lu ni ada masalah..
Ali : Memang la ada masalah..Tauke ni, banyak bergurau pula..
Tauke : Puncanya datang daripada mouse..lu punya mouse RM2 saja ma..itu sebab laptop lu losak..
Ali : Ha??biar betul tauke ni..dah bengong tauke ni..karang jari kaki makan dia(dalam hati)..

Pengajaran dari cerita ini adalah kita jangan lah membenci sesama sendiri kerana boleh menggugat kesihatan..

Diilhamkan dari madulebah93

SloT TersengiH : Sebab-sebab Kenapa Penjara Pudu Ditutup..

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir
bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik
gantung..Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " mannnnnnnnnnnnn belon yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, mannnnnnnnnnn belon yang punyaaaaaa ... " udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ ......... .....

Tahniah kerana minat membaca.

p/s:-admin pun terkena...so apa salahnya foward kat org lain lak kan ....hahahaha jangan mare mare yer ... :)

Copyright© All Rights Reserved madulebah93.blogspot.com