Tuesday, 31 January 2012

-I LUV ISLAM : Tips Sekiranya Sudah Berpunya Dan Masih Belajar-

Alhamdulillah, sekarang penulis sedang cuti semester. Walaupun cuti, penulis tetap sibuk dengan hal-hal yang lain tetapi ianya tidak menghalang bagi penulis untuk berkongsi dengan rakan-rakan mengenai ilmu yang sedikit ini.
Semoga dengan perkongsian ini dapat dikira sebagai amal dihadapan Allah S.W.T kelak.
Itulah yang paling penting yakni melakukan sesuatu semata-mata kerana nak beribadah kepada Allah S.W.T.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"  (surah Az-Zariyat : 56)
Manusia memang gemar apabila berbual mengenai isu-isu yang mereka suka sehinggakan berbual berjam-jam lamanya tanpa mereka sedari, janji apa yang mereka bualkan itu dapat memberikan kepuasan kepada diri mereka. Yang sibuk dengan bolanya, akan selalu bahaskan mengenai perkembangan bolanya.
Yang sukakan perkembangan fesyen terkini pula (terutamanya tertumpu kepada kaum-kaum hawa) pun sama seperti yang sibuk dengan bolanya iaitu menjadikan topik utama perbualan mereka dan macam-macam lagi. Itulah dinamakan lumrah dalam kehidupan manusia.
Apa yang penulis cuba kongsikan di sini bukannya mengenai perkembangan bola dan fesyen tetapi ada lagi satu topik atau isu yang penulis rasakan sangat-sangat penting, dari dulu hingga sekarang, tiada penghabisannya sehinggalah kiamat. Kerana apa penulis katakan penting?
Mesti ada sebabnya, bukan?
Sebab utama bagi penulis ialah ianya melibatkan "hati". Hidup mati seseorang itu berdasarkan hatinya. Sesuailah dengan apa yang idola kita sabdakan yakni nabi Muhammad S.A.W:
" Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumbal daging. Apabila ia baik jadi baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk, buruklah semuanya. Ketahuilah ia adalah hati."
Topik yang penulis maksudkan disini adalah "cinta". Bila bercakap saja tentang cinta, penulis dapat bayangkan bahawa mesti lebih daripada 70% apa yang terfikir diminda pembaca adalah "hubungan cinta lelaki dan perempuan yang halal dikahwini, bukan?" atau lebih sinonim dengan "couple".
Memang tidak dapat dinafikan lagi, berbahas mengenai isu ini memang menarik. Teringat penulis ketika masih bergelar pelajar diploma, dalam satu usrah mingguan di mana rata-rata rakan-rakan penulis ketika itu rasa mengantuk sangat dengar pengisian yang disampaikan oleh naqib kami tetapi apabila berbincang mengenai isu walimah atau perkahwinan semua rakan-rakan penulis seumpama baru bangun dari tidur yang panjang. Semua fokus dan tersenyum panjang lebar saja. Masya-Allah hebatkan kuasa tentang cinta ini.
Berbicara tentang cinta ini skopnya sangat luas. Banyak perkara yang boleh diperbincangkan dan dipersoalkan. Penulis akan kecilkan skop perkongsian penulis dengan pembaca. Penulis merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda, baru menamatkan satu semester pengajian disebuah universiti tempatan. Apabila pelajar baru. Maka, ramailah kenalan-kenalan yang masih belum kita kenal. Apabila tidak kenal. Maka, kita ada keinginan mahu berkenalan, bukan?
Yang lelaki mahu kenal dengan perempuannya, yang perempuan pula mahu juga kenal dengan lelakinya. Apabila ternampak mawar atau kumbang itu lebih cantik atau tampan dari yang lain maka mulalah muji-memujinya. Itu adalah lumrah yang biasa dalam kehidupan seharian manusia kerana manusia ini sangat sukakan perkara-perkara yang sejuk mata memandang.
Berbalik kepada tadi, pelajar yang lebih nakal dan ekstrem, mereka akan mula melangkah setapak kehadapan iaitu berkenal-kenalan dengan lebih dekat saban hari sehingga terjadilah budaya "couple" di kampus. Dari tanya hal pelajaran sehinggalah ke hal peribadi.
"Hari ni awak dah study subjek apanya ya? Tup..tup..tup... " Kenapa sejak-sejak ini, saya selalu ingatkan awak?" dan sebagianya.
Perkara seperti ini, bukan terjadi pada seorang malah lebih dari itu. Seolah-oleh cinta sebelum kahwin ini dihalalkan pula di dalam agama kita yakni Islam. Dan macam-macam kerenah lain yang penulis rasa tidak perlu dihuraikan di sini. Jika pembaca seorang pelajar ataupun pekerja perkara seperti ini tetap akan berlaku dipersekitaran anda.
Jadi kita boleh melihatnya dengan sendiri. Sepanjang semester yang lalu, itulah yang penulis selalu perhatikan. Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua terutamanya penulis dari terjebak dengan cinta sebelum kahwin ini, Insya-Allah.
Sekarang barulah penulis masukkan topik atau tajuk sebenar dan utama penulis iaitu  fokus kepada pembaca yang sudah pun berpunya dan masih belajar atau bekerja. Di sini, penulis akan sertakan beberapa tips yang penulis rasakan berguna kepada kita terutamanya kepada yang sudah berpunya.
Tip-tip ini penulis perolehi hasil dari pembacaan penulis dari sebuah buku yang suatu ketika dahulu penulis sangat-sangat tercari-carinya iaitu "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa". Sebuah buku karangan Mardiana Mat Ishak keluaran PTS. Untuk makluman pembaca, penulis gemar buku-buku keluaran PTS.
Tip-tip yang penulis maksudkan adalah :
1. Sekiranya boleh disegarakan perkhawinan itu, segerakanlah.
Ini merupakan kaedah yang paling dikehendaki oleh syarak dan syariat dan sangat berkesan iaitu berkahwin. Dengan perkhawinan ianya dapat menghalalkan 1001 tiket, semuanya boleh. Minta keizinan dan restu daripada ibu bapa dan nyatakan hasrat murni ini dengan sehikmah yang mungkin.
Sediakan rancangan atau pelan anda dan juga pasangan dalam urusan berkahwin ketika belajar. Tetapi perlu diingatkan, sebelum kita menyuarakan hasrat kita hendak berkahwin perlulah kita muhasabah diri terlebih dahulu atau membuat checklist terhadap diri kita dan juga pasangan kita supaya ibu bapa kita ada rasa keyakinan terhadap keputusan yang kita ambil ini. Pertama-tama sekali adalah tanya pada diri sendiri:
i.      Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
ii.     Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
iii.    Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
iv.    Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
v.     Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma'thurat) seperti Rasullullah?
vi.    Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
vii.   Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?
Senarai semak hubungan dengan Allah S.W.T ini baru sahaja sebahagian dan masih terdapat banyak lagi pertanyaan yang lain tetapi penulis tidak mahu fokus kepada itu. Sekiranya jawapan negatif yang lebih banyak berbanding jawapan positif, perbaikilah hubungan kita dengan Allah S.W.T terlebih dahulu. Usah menyalahkan Allah S.W.T sekiranya kita bermasalah dalam hubungan kita dengan pasangan kerana sebenarnya kita bermasalah dengan Allah S.W.T.
Penulis akui memang berat bagi sesetengah individu untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin ketika belajar tambah-tambah lagi pelajar berkenaan masih cetek dari segi ilmu-ilmu spiritual, intelektual dan material dan masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak berkeyakinan untuk membenarkan anak-anak mereka berkahwin seusia muda kerana bimbang pelajaran, kewangan dan sebagainya akan terjejas.
Dengan fikiran yang sebegitu, ibu bapa lebih rela melihat anak-anak mereka di bawa kehulu dan kehilir tanpa ada apa-apa ikatan yang sah. Maka, budaya couple semakin  berluas-luasa, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kita kena ingat, wanita yang masih belum berkahwin, setiap tindak-tanduknya ibu bapalah yang akan mendapat dosanya. Tidakkah kita kesiankan ibu bapa kita. Kerana kita mereka terhalang dari masuk syurga Allah S.W.T. Fikirkanlah.
2. Sekiranya mahukan ikatan yang sah, pilih nikah Khitbah.
Altenatif kedua yang kita boleh ambil adalah melalui nikah khitbah. Nikah khitbah ini adalah menarik bagi penulis. Kahwin jenis ini adalah pasangan tersebut bernikah tetapi dibolehkan tinggal secara berasingan (sepanjang tempoh pengajian). Istilah dalam bahasa melayu dikenali sebagai 'nikah gantung'.
Yang manisnya atau kelebihan kahwin macam ini banyak manfaatnya terutama mendapat redai Allah S.W.T. Pasangan boleh belajar bersama-sama, keluar bersama-sama tanpa ada rasa segan silu dan bersalah kepada Allah S.W.T, ibu bapa dan rakan-rakan.
Bebas untuk berpegangan tangan dan sebagainya malah setiap apa yang dilakukan mendapat pahala di sisi Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut. Menarik lagi, dapat jalani kehidupan yang sah dan diberkati dalam "couple" dan sentiasa komited bagi berjaya dalam pelajaran.
Nikah khitbah ini ada terjadi kepada salah sorang rakan penulis. Memang penulis akui sangat cemburui akan mereka. Kenapa tidaknya, mereka bebas untuk berjalan bersama-sama, bermesra dan sebagainya. Masa tempoh belajar memang mereka tinggal berasingan. Yang menarik bagi penulis, tamat saja tempoh pengajian diploma lebih kurang tiga bulan, penulis dapat berita zaujah (isteri) dia sudah mengandung anak sulung mereka. Alhamdulllah. Mungkin sekarang sedang menunggu kehadiran insan baru dalam hidup rumah tangga mereka. Maniskan, insyaAllah.
3. Sekiranya tidak diizinkan berkahwin juga, jaga batas pergaulan.
 Perkara inilah yang paling berat untuk dijaga. Ramai remaja-remaja sebaya penulis diluar sana yang sudah berpunya tetapi tidak dapat untuk menjaga pergaulan, pembaca sendiri dapat melihatnya. Apa pun, penulis tetap berharap dan berdoa agar rakan-rakan yang sudah berpunya itu dapat elakkan berjumpa dengan pasangan secara berdua-duaan dan dapat kurangkan berhubung sekiranya tiada urusan yang penting.
Letakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya. Ingat, setiap tindakan kita dan pasangan kita dapat memberi kesan kepada masa sekarang dan memberi kesan kepada perkhawinan kita kelak. Ingat, matlamat membina rumah tangga muslim yang sejati dan diredai juga bergantung kepada diri kita sendiri.
Teringat penulis semasa semester akhir diploma, ada sorang kawan baik penulis sudi kongsi ceritanya. Ceritanya itu berlaku kepada kawannya. sangat sedih dan tambah-tambah lagi berlaku kepada seakidah dan seagama dengan penulis.
Mereka berkahwin atas dasar cinta dan juga kerana mereka terlanjur sehinggakan wanita tersebut mengandung. Berkahwin tidak sampai sebulan kemudian wanita tersebut diceraikan talak tiga. Wanita tersebut diceraikan talak tiga. Nauzubillahiminzalik, mintalah kita dijauhkan dengan perkara sedemikian.
Apa yang pembaca rasa apabila wanita tersebut adalah diri pembaca. Tidak mungkin pembaca tidak rasa apa-apa. Tidak mungkin. Penulis dapat rasakan bercinta sebelum kahwin lebih banyak keburukkan berbanding kebaikan. Tambah-tambah cinta atas dasar seks. Penulis tidak mahu bahaskan isu kebaikkan dan keburukkan bercinta sebelum kahwin di sini, insya-Allah mungkin di sesi yang lain.
Penulis berharap dengan sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membuka minda dan fikiran kita. Insya-Allah. Penulis sarankan yang sudah bercinta itu ikutlah sedikit sebanyak panduan yang telah diberikan ini. Pilihlah antara satu dari tiga kaedah yang disarankan, kalau ada yang lebih baik lagi bagus.
Pembaca yang sedang bercinta perlu ingat, setiap tindakan akan memberi kesan kepada pembaca dan pasangan pada masa sekarang dan juga akan datang. Ingatlah, jangan disebabkan cinta manusia yang tidak halal memudahkan kita menuju ke neraka Allah S.W.T. Nauzubillahiminzalik.

-I LUV ISLAM : Culture Shock-

Culture shock!
Dari tajuk di atas, pasti ramai yang mengetahuai maksud 'culture shock' . situasi ini selalunya dikaitkan di kalangan para pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT)tidak kisah samada IPTA ataupun IPTS. Kebanyakan pelajar seolah- olah suka dan mudah terpengaruh dengan budaya yang wujud ini lalu terikut-ikut untuk bersaing dan menjadi salah seorang yang tidak mahu ketinggalan dalam 'Budaya' ini.
Jenis- jenis  'Culture Shock' yang  diadaptasi oleh pelajar  IPT sekarang:
•       Bercinta – boleh dikatakan kebanyakan pelajar tidak mahu ketinggalan untuk mempunyai girlfriend / boyfriend , jika mereka tidak mempunyai teman 'istimewa' mereka akan dilebel sebagai ketinggalan zaman dalam erti kata lain tidak laku. Sebenarnya pemikiran ini wujud dalam kamus mereka yang  hatinya sudah membatu kerana lupa akan cinta pencipta mereka. Harus peka dengan tujuan utama untuk menimba ilmu bukan mengikut nafsu.
•       Cara berpakaian – ini dapat dilihat dari segi pemakaian para pelajar terutama sekali mahasiswi (perempuan) .  pemakaian moden adalah tidak dilarang , akan tetapi si pemakai harus berwaspada daripada mendedahkan aurat dan kalau si pemakai bukan dari kalangan yang menutup auratnya dia sepatutnya menghormati para pelajar lain . Ada juga yang sangup membelakang kan agama demi nampak cantik / seksi .
Mark: Hey Lina awak nampak cantik dengan legging tu
Lina : Ye ke
Mark : you don't know your beautiful .....
Hati yang disangka kuat, sebenarnya mudah luluh dengan pujian dari kaum Adam .
Di sini kita tahu bahawa Allah sebenarnya menguji iman hambanya. Fikirkanlah berapa ramai yang sanggup transform selepas termakan pujian seperti ini. Memang ramaikan.
•       Seks bebas- perkara ini bukan saja berlaku diluar kampus malah didalam kampus juga. Tanpa perasaan malu , pelajar tidak lagi mengetahuai batas yang perlu mereka ikut lalu terjerumus dalam kancah maksiat yang berleluasa ( menjadi ikutan pelajar lain). Sebenarnya banyak kes seperti ini terjadi di Malaysia hanya kes ini mugkin di rahsiakan oleh pihak institusi sendiri demi menjaga nama baik dari tercemar.  Wallahualam .
"Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika dia tidak mengubah nasibnya sendiri"
•       Politik- sejak kebenaran berpolitik dikalangan para mahasiswa  dibuka, ramai yang bersetuju dan ada pula yang tidak. Sudah pasti sebelum diwujudkan , pihak kerajaan memikirkan kesan yang akan terjadi dan bersedia untuk menagani isu ini. Politik dikalangan mahasiswa mudah mempengaruhi seseorang pelajar lain yang pada mulanya tidak mempunyai hasrat untuk berbuat sedemikian ( isu rusuhan pelajar yang semakin menjadi- jadi) seolah-olah menuntut ilmu bukan lagi tujuan mereka . kebebasan berpolitik seharusnya diguna sebaik mungkin jangan sampai merosakan diri sebagai mahasiswa.
Orang mukmin itu jika melihat, dia mengambil pelajaran. Orang mukmin itu jika berbicara dia berzikir.

•       Gay / lesbian – ramai yang bersuara kerana terkejut , tetapi ramai juga yang merasakan isu ini sudah lapok. Yup , ini bukan perkara baru dan NO ini bukan suatu amalan mahupun budaya yang patut diikut oleh pelajar kita terutama sekali yang beragama Islam. sudahlah budaya songsang ini memusnahkan akhlak  dan agama seseorang pelajar , jangan pula diajak yang lain untuk ikut serta. Nau'zubillah .

Seseorang yang berilmu , punya kesabaran
Dan  tahu menggunakan ilmunya untuk mencari penyelesaian
Bukan menambah masalah yang sudah ada.
Fikir-fikirkanlah.
Sebagai seorang muslim seharusnya kita tahu batas- batas sebagai seorang pelajar yang patut dijaga agar maruah diri dan keluarga tetap dipelihara. Perkara diatas bukan saja wujud di Negara kita, tetapi di Negara lain juga. Bagi pelajar yang berada di luar Negara, adalah tanggungjawab mereka memelihara nama baik Negara , biarpun berada jauh di perantauan.
Tidak perlu saya nyatakan kes – kes yang banyak berlaku berhubung culture shock yang berkait dengan pelajar Malaysia kita diluar sana.
Diharap yang ringkas ini mampu dijadikan panduan agar dijauhi dari serangan culture shock .
Ingat virus ini mampu merebak dan anda mungkin terjebak. Hati- hati.
Segala yang dikongsi di atas hanyalah untuk tujuan dakwah dan harap maaf atas segala kesalahan .

Fuyoo SiteE : 3 Rahsia Membakar Lemak


Ingin membakar lemak berlebihan? Nak kempiskan perut atau kurangkan lemak pada bahagian peha, lengan atau mana2 bahagian yang lain?
1. Kurangkan beban semasa angkat berat
Anda tidak perlu lagi menahan kesakitan, kepayahan, dan kesukaran dengan mengangkat beban yang paling berat yang ada di gim. Kajian terbaru dari Universiti McMaster mendapati mereka yang mengangkat beban yang ringan (kira-kira 30% daripada usaha maksimum, atau lebih kurang 24 kali sehingga tahap maksimum) adalah sama efektifnya dengan mereka yang mengangkat beban paling berat (kira-kira 90% daripada usaha maksimum atau lebih kurang 5 hingga 10 kali sehingga tahap maksimum) selagi seseorang itu boleh memfokuskan pada otot-otot sehingga latiham pusingan terakhir.
Semakin aktif seseorang itu, semakin tinggi potensi dirinya untuk mendorong diri sendiri semasa bersenam. Para penyelidik dari New Zealand mendapati wanita yang selalu bersenam lebih mudah untuk melakukan kerja pada kadar degupan jantung mereka; dengan kata lain meningkatkan metabolism berbanding wanita yang jarang-jarang bersenam.

2. Latihan anda!

Apabila membincangkan jumlah lemak yang anda akan bakar semasa bersenam, kajian dari Universiti Birmingham mendapati anda akan lebih banyak membakar lemak semasa berlari berbanding semasa anda berbasikal.
Kajian terbaru mendapati wanita yang kehilangan 0.7 kg atau lebih dalam masa seminggu akan berjaya menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang berbanding mereka yang kehilangan 0.2 kg atau kurang dalam masa seminggu. Mereka yang lebih cepat menurunkan berat badan lima kali lebih berpotensi menurunkan 10% berat badan dalam masa 18 bulan berbanding mereka yang dapat menurunkan berat badan secara perlahan-lahan.

3. Pastikan perut yang sihat

Bersenam merupakan kunci untuk menghilangkan perut buncit. Kajian dari Universiti Alabama di Birmingham mendapati mereka yang kehilangan berat badan secara purata 10kg dan mengamalkan rutin kecergasan samada melakukan latihan kekuatan atau kardio selama 40 minit dua kali seminggu selama setahun tidak akan ada lemak degil, walaupun berat badan mereka meningkat sedikit. Mereka yang berhenti mengamalkan senaman pula tidak akan beruntung kerana mereka termasuk dalam golongan 33% lemak degil yang meningkat.

-I LUV ISLAM : Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa-

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

Saturday, 21 January 2012

SloT TersengiH : Larian!!!



Pada suatu pertandingan lumba lari 200 meter kira-kira 3 bulan yang lepas..berlangsung di padang bersejarah yang berusia 6 bulan 3 hari..5 peserta telah menyertai larian tersebut.. Gajah,kucing,helang,ikan dan ramai lagi datang untuk memberi sokongan..

Pengacara 1 : Fuyoo..ramai juga yang datang pada hari ini..pertandingan lumba lari akan bermula sebentar lagi..diharap anda semua dalam keadaan tenang-tenang selalu.

Pengacara 2 : Para etlit telah bersedia di garisan permulaan..kelawar telah menjadi pengadil pada hari ini dan beluncas menjadi pembantunya..

Pengacara 1 : Para etlit telah bersedia dan hanya menunggu bunyi tembakan dilepaskan..malang sekali si kelawar sempat menghisap rokok sebelum menembak..ini amat mengecewakan para penonton..

Pengacara 2 : Kita boleh lihat muka kemarahan pada beruang dan tupai..sangat menakutkan..hehe

Pengacara 1 : Itu dia!!tembakan telah di lepaskan..para etlit telah mula berlari dengan ton dan asonansinya tersendiri..dan ada juga etlit yang lari dengan metaforanya..

Pengacara 2 : Yeah..itu dia..cicak berada didepan dan diikuti dengan siput sedut..manakala lalat berada di tempat ketiga..

Pengacara 1 : Pengacara 2,cuba lihat perserta keempat dan kelima..baru 53 meter mereka sudah kepenatan..

Pengacara 2 : Ye,saya boleh nampak..maklomlah monyet merupakan etlit veteran manakala zirafah peserta baru..mereka tidak terdaya untuk mengejar peserta ketiga..saya boleh nampak air liur monyet meleleh kepenatan dan hingus zirafah yang tak henti-henti mengalir..

Semut dan cacing tak henti-henti datang ke arena pertandingan..jualan dedak dan cacing sangat memberangsangkan..maklomlah,harga murahkan..

Pengacara 1 : Alamak!! lalat terjatuh!! ini memberi kelebihan kepada monyet untuk memotong!!

Pengacara 2 : Saya tak rasa monyet boleh potong sebab tinggal 38 meter lagi ke garisan penamat..dan kita boleh lihat siput sedut dan cicak berentap untuk menjadi pemenang..mereka memaki antara satu sama lain untuk menjatuhkan maruah masing-masing..

Pengacara 1 : Nampaknya lalat tidak sedarkan diri dan ahli pandu puteri bergegas merawat lalat..zirafah telah menarik diri kerana penyakit selesemanya semakin kritikal..dan hanya tinggal cicak,siput sedut dan monyet di litar perlumbaan..

Pengacara 2 : Yeah..nampaknya para etlit kita dah sampai digarisan penamat dan siapakah pemenangnya??

Pengacara 1 : Mari kita tunggu keputusan dari kelawar sebagai pengadil..

Kelawar : Em..pemenang larian pada tahun ini jatuh kepada . . . . . . . .SIPUT SEDUT!! Tahniah kepada beliau..

Pengacara 1 : Nampaknya cicak ditempat kedua dan monyet ditempat ketiga..tahniah kepada siput sedut..

Pengacara 2 : Pertandingan dah habis,semua wildlife!! Sila balik..jangan tak balik pula..


Diilhamkan dari madulebah93

coretan ikhlasku : kenapa berpisah??

Asalamualaikum readers..terima kasih sebab sudi baca post ni..post ni sekadar pendapat saya je,kalau terasa atau sesuatu yang sama makna dengannya,saya minta maaf timbun-timbun..remaja dengan cinta tak boleh dipisahkan..maklumlah,fitrah manusia kan..ok la,saya straight to the point..kenapa berpisah??memang ada banyak sebab macam tiada keserasian,curang,bosan dan banyak lagi la..tapi bagi saya,the main reason is about appreciation..penghargaan??kenapa??ni la yang akan saya ulaskan..sabar-sabar la..gelojoh eh..

Dalam percintaan,tak kira la yang dah kahwin ataupon yang akan kahwin ataupon yang tak akan kahwin,kita kena la hargai si dia..dalam konteks lain,appreciate..sama la maksudnya kan..hehe..ok la,nak bagi korang faham kan,kita tengok dalam kehidupan kita..contohnya bila kita beli handphone dengan duit kita sendiri,kita mesti sayang dan jaga handphone kita tu elok-elok..maklomlah,duit hasil titik peluh,titik noktah,titik hitam dan segala titik lagi la..kita tengok dalam konteks perhubungan pula,if kita sayang kat someone tu,kita akan jaga dia elok-elok..tapi kan ,apa kaitan dengan perpisahan??ye tak ye,lari tajuk pula..

Okla,saya bagitau..tapi ni hasil kajian dan pengalaman saya sendiri,tiada kaitan dengan yang mati ataupon yang hidup semula..hehe..kenapa kita curang??kenapa tiada keserasian??kenapa bosan??semua ni terjadi bila kita dah tak tahu menghargai si dia..kita dah mula lupa siapa si dia di hati kita..maklomlah,melayu mudah lupa kan..kalau kita hargai si dia,tak kira la apa dia buat atau kesalahan dia,kita akan terima seadanya..manusia kan tak perfect..ni la contoh seseorang tu menghargai kita atau tak..korang punye pasangan macam ni tak??kalau tak,awas ye..hehe..

Kita dah tak hargai si dia??nak buat macam mana??ni ada sedikit tips..kita cuba ingat semula apa yang kita buat untuk menambat hati si dia,betapa susah dan peritnya untuk dapat si dia..sampai kena minta no depan-depan ataupon cari kat fb..susah kan??tak kan kita nak lepaskan kesusahan tu macam tu je??tips kedua,kita cuba ingat apa kelebihan si dia..boleh tak kita dapat kelebihan si dia kat orang lain??tips ketiga,kita ingat apa yang si dia dah buat demi kita macam masak atau belanja kita makan..kesian si dia buat tu semua kalau korang tinggalkan si dia..tips keempat,kita ingat semula kenangan manis dengan si dia..contohnya,pernah jumpa dengan parenz si dia..mesti best kan..tips terakhir ni memang pelik sedikit tapi maybe mujarab,kita hayati cerita atau movie cinta macam ombak rindu ke..kita akan dapat feel cinta so kita akan ingat kat pasangan kita dan dalam masa yang sama kita akan rasa bersyukur si dia menjadi kepunyaan kita..bila dah rasa macam tu,mesti korang akan contact si dia tak lama lagi..tengok la nanti..hehe..

Kalau nak berpisah sangat,fikir la dalam-dalam ye..kita memang rasa itu jalan penyelesaian tapi lambat laun kita akan sedar yang tindakan kita itu salah..kita akan menyesal tapi bila nak tebus kesalahan itu,si dia sudahpon berpunya..perh!!lagi la perit kan..hehe..tapi la kan,apa yang saya tulis ni macam tak berapa best je kan dan tak explain betul-betul,sori ye..saya bukan penulis,saya hanya the newborn..hehe..apa-apa pon,thanks for reading..asalamualaikum..

Wednesday, 4 January 2012

-I LUV ISLAM : Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W-



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk.

SloT TersengiH : Putus Cinta


Ada satu pasangan kucing sedang bertengkar tentang perpisahan hubungan kasih sayang mereka.....

Kucing Jantan : aku rasa setakat ni jea hubungan kita,aku mahu putus
Kucing Betina : yela nak putus, tapi kenapa???
                        apa salah aku??aku tak curang pung
Kucing Jantan ; bukan sebab itu.....
Kucing betina ; dah 2 sebab ape??
Kucing Jantan ; sebab kau bukan kucing betina
Kucing Betina : nape lak?????.....
Kucing Jantan : sebab perempuan mna ada misai....(misai kucing)
Kucing Betina : ......blurrrrrrrrrr

-I LUV ISLAM : Petua Penting Imam Syafie-

4 perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (Student sekarang suka tengok blue)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur (Student perempuan bercelak untuk ke kelas je)
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

4perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh (Ramai student suka tengok kononnya berani)
3. melihat kemaluan (Apatah lagi tengok bahan lucah..)
4. membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 cara tidur
1. TIDUR PARA NABI- Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka (student suka tidur macam ni)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal

copied~

Copyright© All Rights Reserved madulebah93.blogspot.com