Tuesday, 4 December 2012

-I LUV ISLAM : Kahwin Muda - Jangan Ingat Mudah!


Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada awal waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih muda.. Alhamdulillah..

Walaupun diri ini juga tergolong dalam golongan "kahwin awal" iaitu ketika tahun ke 2 di universiti, namun ada beberapa pesanan ringkas untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !!

Sama ada kepada mereka yang "menyokong" kahwin awal atau sangat "menentang" kahwin awal, apa yang perlu difahami bahawa setiap individu mempunyai situasi/masalah yg berbeza-beza dan pelbagai; ada yg perlu kahwin awal, ada yang merasakan tidak perlu kahwin selagi belum habis belajar dan macam-macam lagi. Jangan mengharapkan orang lain sama fikiran dengan kita, walaupun rambut sama hitam, belum tentu hati dan perasaan itu mempunyai persamaan.

Anjuran perkahwinan oleh Nabi SAW melalui sabda baginda:

"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."

(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)

Ada ulamak hadis menyatakan bahawa istilah "pemuda-pemuda" di situ ditekankan sebagai galakan agar disegerakan perkahwinan pada umur yang masih muda (ada ulamak yang menyatakan sebelum umur 40 tahun, dan ada yang menyatakan 25 tahun dan pelbagai lagi tafsiran ulamak).

Di sini, dinyatakan beberapa situasi yang perlu diambil perhatian, sebelum membuat keputusan, tanpa menuding orang lain, tepuk dada, tanya hati dan iman!

Pertama: Mereka yang tidak mengalami gelodak jiwa, dan mampu menahannya (samada dengan berpuasa, ataupun boleh mengawal fikirannya dengan sebaik mungkin), maka golongan ini adalah dinasihatkan terus fokus kepada apa yang dilakukan seperti belajar, bekerjaya dan sebagainya. Dalam masa yang sama sentiasa bermohon kepada ALlah agar segala urusan dipermudahkan di dunia dan di akhirat.

Kedua: Mereka yang "merasakan" dirinya dapat menahan semua itu, tetapi dalam masa yang sama sibuk melakukan pelbagai maksiat (berhubungan bebas dengan bukan mahram), golongan ini sepatutnya mencari jalan keluar dari hal ini, sama ada menghalalkan perhubungan dengan pernikahan atau memutuskan hubungan agar hidup lebih diberkati. Lakukan ini kerana taqwa kepada Allah insyaAllah pasti ada jalannya.

Ketiga: Mereka yang tidak dapat lagi menahan diri, mereka telah cuba, tetapi hati mereka tetap tidak tenang, fokus hilang, hanya terasa ingin kahwin sahaja, tetapi masih mampu menghalang diri daripada maksiat-maksiat, maka golongan ini juga disyorkan agar mencari jalan terbaik dan mohon petunjuk Istikharah daripada Allah, mengadu selalu kepada Allah, jika telah ada calon yang sesuai, bersegeralah untuk halalkan dengan cara terbaik, tekadkan dalam diri bahawa "aku lakukan ini kerana Taqwa", tingkatkan prestasi diri melalui persiapan dari segenap segi, semoga jalan yang dipilih itu paling diberkati!

Firman Allah SW

"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

(Surah at-Talaq ayat 2)

Melalui tiga situasi ini, difahami bahawa masing-masing ada AQAL untuk menilai diri sendiri, di situasi mana dirinya berada! dan jika perlu berbincanglah sebaiknya dengan mereka yang lebih tua (hormati pandangan mereka), atau sesiapa sahaja yang berpengalaman (yang boleh dipercayai). Apa sahaja pilihan kita, janganlah sampai tersalah menilai seseorang melalui sudut kacamata diri kita (itu merupakan satu kesalahan besar), lantas menghukum org itu, lebih teruk maka terkeluarlah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kepada saudara kita sesama Islam.

"Gatal sangat dah ke, sampai perlu kahwin masa belajar!!",

"Belajarlah bagi selesai dahulu!!",

"Aku boleh fokus, takkan dia tak boleh, saja je tu nak kahwin awal!" dan macam-macam lagi.

Sepatutnya, adalah lebih baik kita cuba memandang dari sudut kacamata orang tersebut, mungkin ada kejernihannya, dan pelbagai perkataan yang menyakitkan hati itu mungkin tidak akan keluar, memadailah pesanan Rasulullah SAW sebagai peringatan:

"Orang Islam itu ialah individu yang orang-orang Islam selamat daripada lisannya (kata-kata kesat/mengumpat) dan tangannya (kezalimannya)".

(Hadis Riwayat al-Bukhariy : 6484)

Secara kesimpulannya, pegangan utama kita adalah Taqwa kepada ALLAH, jika kita mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan mampu fokus tanpa memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka teruskanlah, dan jangan lupa berdoa untuk mendapat kemudahan/kejayaan dunia dan akhirat (termasuklah perkara-perkara jodoh).

Manakala jika kita tidak mampu menghalang diri, telah bergelumang dengan hubungan bukan mahram (terutama yang telah mempunyai seseorang yang istimewa), persiapkan diri (dari segala segi), cari jalan untuk segera menghalalkannya, ataupun pilih jalan untuk menjauhkan diri dulu dari semua itu.

Ingatlah! Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".

Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap taqdirNYA itu dirangkaikan dengan keredaannya semata-mata..

Satu analogi untuk seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..

"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."

"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."

Wallahu Anta A'lam

- Artikel iluvislam.com

-I LUV ISLAM : Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W-


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

- Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/

Saturday, 3 November 2012

CoretaN IkhlaskU : Muda dan bekerja


Asalamualaikum para pembaca..salam aidiladha dan salam satu Malaysia..akhirnya sampai juga idea kat kepala aku ni..harap info dan cerita aku ni berfungsi untuk korang semua..

Muda dan bekerja??macam mane tu??semua idea ni datang masa aku dan kawan-kawan aku overnite pada satu malam kat Kuala Lumpur..muda tapi dah bekerja??usia yang muda dan masih mentah tapi disuruh mintak sedekah..umur dalam lingkungan 5-10 tahun berlegar-legar di kedai makan, di kaki lima, di seluruh pelusuk la sampai lewat malam..apa punca nya aku tak boleh pastikan tapi aku dapat rasakan semua tu ada agensi atau pihak yang tak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dekat budak-budak tu.

Sebak aku tengok budak-budak tu minta sedekah..nak bagi tapi duit tak banyak..huhu..bila budak-budak tu dapat duit, dia akan serah duit tu dekat orang dewasa yang tidak jauh dari situ..geram aku tengok orang dewasa tu..selamat di dunia tapi tak selamat di akhirat..semuanya sindiket tapi wallahualam..aku tak boleh nak tuduh sebab tak berapa pasti..

Aku harap nasib budak-budak tu terbela..semoga Allah melindungi mereka semua..

Thursday, 1 November 2012

FuyoO SiteE : 10 Bangunan Tertinggi Di Dunia 2012

1. Burj Khalifa di Dubai India dengan ketinggian 828 meter. Mempunyai 163 tingkat dan siap dibina pada tahun 2010

2. Menara Abraj Al Bait di Makkah Saudi Arabia dengan ketinggian 601 meter. Mempunyai 95 tingkat dan siap dibina pada tahun 2011

3. Taipei 101 di Taipei Taiwan dengan ketinggian 509 meter. Memiliki 101 tingkat dan siap dibina pada tahun 2004

4. Shanghai World Financial Center di Shanghai China dengan ketinggian 492 meter. Memiliki 101 tingkat dan siap dibina pada tahun 2008

5. International Commerce Centre di Hong Kong China dengan ketinggian 484 meter. Memiliki 108
tingkat dan siap dibina pada tahun 2010 

6. Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur Malaysia dengan ketinggian 452 m eter. Memiliki 88 tingkat dan siap dibina pada tahun 1998 

7. Nanjing Greenland Financial Center di Nanjing China dengan ketinggian 450 meter. Memiliki 89 
tingkat dan siap dibina pada tahun 2010 

8. Willis Tower di Chicago USA dengan ketinggian 442 meter. Memiliki 108 tingkat dan siap dibina pada tahun 1974 

9. Kingkey 100 di Shenzhen China dengan ketinggian 442 meter. Memiliki 98 tingkat dan siap dibina pada 
tahun 2011 

10. Guangzhou West Tower di Guangzhou China dengan ketinggian 438 meter. Memiliki 103 tingkat dan siap dibina pada tahun 2010 

SloT TersengiH : Awas para perokok


-I LUV ISLAM : Jiwang Karat Bersalut Islamik-


Sejak akhir-akhir ni, ramai yang sudah mulai sedar mengenai haramnya bercouple sebelum nikah. Mungkin ramai yang kurang setuju dengan pendapat syadid ini. Apapun pandangan yang ada... Alhamdulillah, ianya sedikit sebanyak membawa satu perubahan yang sangat positif. Ramai yang semakin berusaha untuk mencari nilai cinta "High Class".
Tapi....
Tidak dinafikan adakalanya diri ini naik mual dengan ayat-ayat yang di'post' di alam maya, seperti..
"Duhai mujahidku, mujahidahmu menanti di sini"
"Wahai my future husband, saya sedang upgrade diri saya ni. Di manakah anda?"
"Nak solat tahajjud sama-sama dengan suami nanti..."
"Kasih saya hanya untuk suami"
Dan berbagai-bagai lagi status jiwang karat bersalut islamik di'post' di alam maya.
Ya, cinta itu fitrah insani, tetapi tak perlulah sehingga terlalu berjiwang-jiwang dan berangan-angan di alam maya.
Ingatlah... isu ummah bukanlah couple yang dianggap halal semata-mata, tetapi banyak lagi sebenarnya. Isu membalut aurat dan bukannya menutup aurat, isu syria, isu palestin, dan banyaaaak lagi yang perlu kita titikberatkan.
Dan, kita juga perlu ingat, kita berubah menjadi lebih baik bukanlah kerana inginkan teman hidup yang baik semata-mata, tetapi kita ingin mendapatkan redha Allah!

Kenapa saya titikberatkan hal ini?
Cuba bayangkan. Kita upgrade diri kita menjadi orang yang lebih baik (contoh: memakai tudung) dengan harapan akan mendapat pasangan hidup yang baik, kerana janji Allah dalam surah an-nur.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."
(Surah an-Nur ayat 26)
Kemudian ditakdirkan Allah kita tidak mendapat juga pasangan hidup yang baik, sebaliknya dapat pula pasangan hidup yang kurang baik. Mungkin kita akan kecewa dengan Allah, dan mengatakan Allah memungkiri janji-Nya. Pada saat itu, ada tak kemungkinan untuk kita kembali menjadi seorang yang freehair? Ada kan?
Sedangkan Allah telah berfirman lagi:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
(Surah al-Ankabut ayat 2)
Matlamat kita perlu jelas, iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Oleh itu, walau apa pun yang kita buat, biarlah ianya diniatkan kerana Allah!

FuyoO SiteE : Top 10 kereta kebal terbaik


LEOPARD 2 - JERMAN 



FV 4034 CHALLENGER 2  - ENGLAND



M1 ABRAM - AMERIKA SYARIKAT



K2 BLACK PANTHER - KOREA SELATAN


MERKAVA IV -ISRAEL



K1A1- KOREA SELATAN



TYPE 90 - JEPUN



AMX-56 LECLERC OPERATORS - PERANCIS



TYPE 99 MBT - CHINA



T-90 BHISMA- RUSIA

SloT TersengiH : Chewing gum

Ajoi duduk berhadapan dengan seorang mak cik dalam komuter.
AJoi tengah syok mengunyah chewing gum sambil berangan aweknya.
"Tak guna kamu bercakap pada mak cik, Nak!" kata mak cik tersebut, "Aku pekak" sambungnya.

-I LUV ISLAM : Umat Islam Akhir Zaman-


Akan datang suatu zaman dimana umat islam akan ditindas dan dizalimi sewenang-wenangnya oleh orang kafir. Allah swt akan menarik rasa gerun dan rasa takut orang-orang kafir terhadap umat islam. Mengapakah keadaan ini akan berlaku?? Keadaan ini berlaku disebabkan umat islam terlalu cintakan dunia dan takutkan mati.
*Sabda Rasulullah SAW: "Umat-umat yang lain akan meratah, memusnahkan dan menyerang kamu sebagaimana orang-orang yang meratah makanan yang terhidang di dalam hidangan mereka"
Para sahabat bertanya:" Adakah ketika itu bilangan kami sedikit wahai Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:" Tidak, bahkan bilangan kamu pada masa itu ramai, tetapi kamu pada masa itu umpama bunyi air banjir. Allah mencabut perasaan gerun terhadap kamu dari dalam hati musuh-musuh kamu dan kemudian Allah memasukkan wahan ke dalam hati kamu"
Para sahabat bertanya:" Apa itu wahan wahai Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:"Cintakan dunia dan takutkan mati"
Tidak gerunkah kita terhadap kenyataan yang disabda oleh Rasulullah saw lebih 1000 tahun yang dulu? Cuba kita perhatikan dan hayati apa yang saudara kita di Rohingya hadapi? Astaghfirullah.... sedih dan gerun rasanya bila Allah menurunkan bala-Nya.

Etnik Rohingya ditindas kejam
Terbaca di salah satu laman berita utusan, menyatakan tindakan kekerasan yang dilakukan ke atas etnik minoriti Rohingya beragama Islam, memaksa mereka meninggalkan negeri Rakhine, barat Myanmar, bagi mencari perlindungan. Inilah antara bukti umat Islam akhir zaman dan inilah bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Baginda tidak hidup di zaman ini, namun Allah telah ceritakan kepada baginda dan kemudin menyampaikannya pula kepada kita. Sebagai umat islam, seharusnya kita merasai apa yang mereka rasai. Ibarat paha kiri dicubit, paha kanan turut terasa. Banyak lagi perumpaan yang menitik beratkan tentang persaudaraan, namun untuk menerapkannya di dalam kehidupan seharian tidak seiring dengan banyaknya perumpaan yang ada. Sedikit malah ada yang kurang berperasaan apabila melihat gambar-gambar mangsa terpampang jelas di laman-laman sosial yang ada.  Matanya hanya melihat, Sifat empati kurang dirasa kehadirannya, hatinya kekadang lupa untuk mendoakannya. 

Apakah punca-puncanya?:
Sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas, puncanya hanya 2; 
1) Terlalu mengejar kemewahan dunia tanpa mengira halal dan haram.
2) Tidak membuat persiapan untuk menghadapi kematian.
Marilah kawan-kawan kita bersama tanamkan rasa takut kepada bala Allah swt dengan melakukan perkara-perkara yang disuruh Allah swt dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang Allah swt, seperti:
1) Menjaga halalnya sumber rezeki .
2) Membuat persiapan untuk kita bertemu Allah swt dengan jujur dan ikhlas
3) Tidak memfitnah orang, dan tidak membicarakan perkara-perkara yang kita tidak tahu kebenarannya.
4) Jauhi mengumpat. Sesungguhnya mengumpat itu sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh Rasulullah SAW ialah; "Mengumpat itu ialah engkau menyebut tentang saudaramu  yang mana perkara itu dia benci sekiranya dia mengetahuinya.". Dan Maksud 'saudaramu' dalam hadis ini adalah saudara yang sama beragama islam.-UAI
5) Buat sesuatu kebaikan dan meninggalkan larangan hanya kerana Allah swt.
Sudah terlalu ramai umat Islam yang dibunuh dan dizalimi yang terpampang di kaca tv, di corong-corong radio, hatta tersebar pantas melalui internet kini sangat-sangat mengguris hati kita. Marilah kita sama-sama doakan saudara seislam kita di seluruh dunia. Jika kita tidak mampu untuk membantu mereka dengan tangan dan lidah, maka kita bantulah mereka dengan doa. 
Rasulullah SAW bersabda;
Abu Sai'id Al-Khudri RA katanya: "Aku telah mendengar Rasullullah sallahu alaihiwassalam bersabda: sesiapa daripada kalangan kamu, yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan hati itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Muslim)
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita dan semoga Allah berikan mereka kekuatan dan kebaikan. Berkat kesabaran mereka, semoga Allah tempatkan mereka di jannah.

(Hadith Sahih, diriwayatkan oleh Abu Daud (4297), Ahmad (5/287), dari hadith Thaubah Radhiyallahu anhu, dan disahihkan oleh Al-Albani dengan dua jalannya tersebut dalam As-Sahihah (958).

Monday, 1 October 2012

SloT TersengiH : Pelupa

Ajoi memang sangat pelupa. Menyedari kekurangannya dia berkongsi masalah dengan Wak Sumardi.
Wak Sumardi : ko dah cuba apa-apa?
Ajoi : Aku sudah beli buku mengenai Program kilat meningkatkan daya ingatan yang disusun oleh seorang profesor terkenal.
Wak Sumardi : Hasilnya?
Ajoi : Sama saja
Wak Sumardi : Teorinya gagal?
Ajoi : Bukan begitu…aku lupa dimana aku letakkan buku tu….

sumber : http://lawak-jenaka.blogspot.com

-I LUV ISLAM : Redha Allah Atau Redha Manusia?


Sudah menjadi lumrah apabila manusia sentiasa hendak dilihat menarik dan menjaga adab mereka walau di mana mereka berada di hadapan orang sekeliling. Kalau boleh semuanya ingin nampak sempurna dan terbaik. Dari segala aspek hidup, manusia akan menjaga tingkah laku sebaik-baiknya demi menjaga nama baik dan maruah seperti di majlis keramaian, di pejabat, majlis berbentuk protokol.
Manusia mengaplikasikan peraturan yang dicipta manusia sendiri, tetapi malangnya manusia lalai dalam mengaplikasikan peraturan yang hakiki yang dicipta oleh Yang Hakiki iaitu Allah SWT. Manusia lupa bahawa mematuhi peraturan sebenarnya yang akan dihitung, ditimbang dan dinilai di akhirat kelak berdasarkan amalan dan tingkah laku sehari-hari adalah 'standard' yang. Dan 'standard' inilah yang perlu dijaga sebaik-baiknya.
Menjaga 'standard' di pejabat
Kebanyakan pekerja sememangnya menjaga nama baik, sama ada nama baik diri, kumpulan mahupun jabatan. Waktu rehat pejabat secara umumnya adalah pada pukul 1 petang hingga 2 petang bagi pekerja awam dan swasta. Kebanyakan pekerja yang sentiasa mengikut peraturan akan keluar rehat pada pukul 1 tepat untuk melepak bersama kawan-kawan dan berborak sehingga hampir pukul 2 petang. Selepas itu, masuk semula ke pejabat pada pukul 2 petang, pekerja tersebut belum lagi solat walaupun waktu solat Zuhur sudah masuk.
'Eh.. dah pukul 2.00 lah. Aku naik pejabat dululah, tunjuk muka dulu, nanti turun ke surau untuk solat'.
 Sampai begitu sekali kah kita menjaga 'standard' di hadapan manusia? Sehinggakan kita mengabaikan tahap 'standard' yang sepatutnya kita jaga di hadapan Allah.
Abdullah bin Mas'ud telah bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya.".
(Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih no.2782]).
Astaghfirullahala'zim.. Kita sanggup melewat-lewatkan solat hanya kerana tidak sanggup mendengar orang mengata kita. Kita sanggup mengabaikan 'pertemuan dengan Kekasih' kita, mengutamakan pertemuan dengan manusia 
Menjaga 'standard' di majlis keramaian
'Nanti aku nak beli baju baru berwarna merah dan hitam sebab konsep tema Makan Malam Tahunan kolej kita adalah warna hitam dan merah kan.."
'Alah..pakai sahaja baju yang kau ada, makan malam tu sekejap sahaja, jangan membazir..'
'Mana boleh, nanti orang akan pandang aku pelik dan mesti orang akan mengutuk aku sebab aku tak ikut tema'.
Betulkah fenomena seperti di atas selalu sahaja terjadi kepada kita? Astaghfirullahala'zim..
Selalu sahaja kita ingin mengejar peraturan yang dicipta manusia sendiri. Jika boleh, sebaik-baiknya kita hendak dilihat mengikut keseragaman dan sempurna di mata manusia. Tetapi kita lupa dan lalai bahawa Allah sudah menetapkan peraturan berpakaian yang sepatutnya bagi kaum Hawa dan Adam. Lantas, kita berlebih-lebihan, tidak menutup aurat dan menunjuk-nunjuk asbab ingin lebih mulia di sudut pandangan manusia.
Tidak salah hendak mengikut tema sesuatu majlis selagimana tidak lupa pada peraturan hakiki yang sebenar-benarnya. Namun, hakikatnya ramai manusia lebih memilih untuk menjaga 'standard' di hadapan manusia lain, sehingga tidak hairan lah ada yang lebih selesa berpakaian tidak menutup aurat sebaik-baiknya. Malah ada yang berpakaian tetapi singkat dan jarang. Hanya kerana tidak mahu dikatakan kolot dan tidak mengikut trend dan fesyen.

Kita berlumba-luma untuk kelihatan anggun dan cantik di hadapan manusia. Tetapi kita selekeh dan comot sekali di hadapan Allah. Tidak sedarkah kita?
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya Rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya Rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).
Sesungguhnya kita hendak sahaja mengelakkan orang berprasangka buruk kepada kita, kerana itu dalam segala aspek kita hendak menjaga 'standard' di hadapan manusia, tetapi kita langsung tidak takut dan malu pada pandangan Allah SWT terhadap kita.
Kita lebih mencari kecintaan manusia lain berbanding kecintaan kepada Allah SWT kepada kita.
Kita lebih inginkan kemuliaan manusia daripada kemuliaan Allah SWT kepada kita.
Kita meraih redhanya manusia daripada redhanya Allah SWT sehingga sanggup mengenepikan hak Allah dengan melanggar perintah dan suruhanNya hanya kerana ingin menunaikan haknya manusia. Teringat suatu ketika Mu'awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda SAW iaitu Aisyah r.anha  lalu 'Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda SAW yang bermaksud:-
"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia."
(Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi).
Justeru, manakah yang lebih baik? Yang lebih mulia? Yang lebih tinggi ? Redhanya manusia atau redhaNya Allah.. Lalu mengapa terlalu menjaga 'Standard' di Hadapan Manusia – Kenapa Tidak Kerana Allah?
Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan menjadi yang terbaik di hadapan Allah.  Jom 'Menjaga 'Standard' di hadapan Allah sebagai langkah ke Syurga'! ^_^ InsyaAllah.

Copyright© All Rights Reserved madulebah93.blogspot.com