Saturday, 26 November 2011

-I LUV ISLAM : Dosa dalam perkahwinan-

Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain.

Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa.

Bak kata Bro Hamka penulisblog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah.

Tetapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?

Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.

Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.

Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.

Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.

Entah berapa banyak "jika" untuk kita senaraikan.

Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak.

Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?

Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.

Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.

Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.

Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:
"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."

Ada juga yang berkata:
"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."

Sedia itu merujuk kepada apa?

Ilmu rumahtangga?

Ilmu Agama?

Persediaan mental dan fizikal?

Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga.

Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan?

Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?

Itu perlu ditanya pada diri sendiri.

Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?

Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.

"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)

Firman Allah S.W.T:
" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"

Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W.

Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Berat bukan tanggungjawab seorang suami?

Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.

Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.

-Artikel iluvislam.com


Tuesday, 15 November 2011

Fuyoo SiteE : Mitos tentang jerawat dan kulit

Jika anda mempunyai kulit yang sihat berseri, semua orang pasti akan selesa dengan anda.
Berikut kami kongsikan tentang 4 mitos berkaitan jerawat dan kulit :
Mitos #1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.
Mitos #2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk.
Mitos #3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi lebih sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.
Mitos #4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit saya boleh membantu kulit saya menjadi sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.

-I LUV ISLAM : Asalkan hatinya baik?-


Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam. "Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, " tegasnya.
"Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat... perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat," tambahnya lagi.
Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.
"Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?" tanya saya lembut.
"Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat."
"Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?" jolok saya melayan pola logiknya berfikir.
"Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak."
"Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?" kilas saya tiba-tiba.
"Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut..."
"Itu sahaja?"
"Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?"
"Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya."
"Mengapa?"
"Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran... ia suatu yang objektif dan mutlak, " akui saya terus-terang.
"Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!"
Saya cuba senyum lantas berkata, "akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat... ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas."
"Jadi akal kita untuk apa?" desaknya lagi.
"Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan."
"Ertinya akal kita terikat?"
"Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini... tetapi tetap pada paksinya."
"Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?"
"Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman."
"Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?"
"Separuh betul," jawab saya.
"Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut... ya dia 'baik' di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia 'tidak baik' di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran."
Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.
"Tetapi dia jujur, amanah..."
"Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah."
Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk,  "namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga."
"Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?"
"Masih merujuk kepada Al Hadis."
"Hadis yang mana?"
"Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah."
"Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?"
"Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah."
"Maksud ustaz?"
"Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat."
"Oh, begitu. Kenapa ya?"
"Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik."
"Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?"
"Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal... dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha."
"Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?"
"Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah..."
"Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat..."
"Jika hatinya benar-benar jahat... lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula."
"Mengapa?"
"Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah."
"Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat... lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja."
"Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat... akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat... secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot."
"Siapa wanita yang paling baik?" tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.
"Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w." jawab saya pasti.
"Bagaimana pakaian mereka?"
"Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. "
Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, "kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat."
"Wanita yang baik mesti menutup aurat?"
"Ya."
""Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?"
"Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat."
"Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?"
"Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik."
"Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit."
"Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak... itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat ... Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!"
"Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?" Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.
"Wallahua'lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka... yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!"
Dia senyum. Alhamdulillah.
"Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang..."
"Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?"
Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya... insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!

Wednesday, 2 November 2011

Fuyoo SiteE : 96 Fakta Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu



1. Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
2. Lelaki benci kekasih di'ngurat'
3. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
4. Ketika seorang lelaki berkata dia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
5. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di    telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
6. Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
7. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
8. Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
9. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
10. Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
11. Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
12. Lelaki juga boleh menangis!
13. Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
14. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
15. Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
16. Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
17. Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan  
membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
18. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
19. Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
20. Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".
21. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
22. Lelaki benci gay!
23. Lelaki sayangkan ibu mereka.
24. Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
25. Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
26. Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
27. Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
28. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
29. Perempuan adalah kelemahan lelaki.
30. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
31. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
32. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
33. Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
34. Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
35. Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
36. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ...
37. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
38. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
39. Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
40. Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
41. Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
42. Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
43. Lelaki berfikir terlalu banyak.
44. Fantasi lelaki tidak terbatas.
45. Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
46. Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.
47. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
48. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
49. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
50. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
51. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
52. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah.
53. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
54. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
55. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
56. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya" 
57. Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
58. Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
59. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
60. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
61. Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
62. Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
63. Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki
64. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
65. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up
66. Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.
67. Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia
68. Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
69. Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
70. Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
71. Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut. :)
72. Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
73. Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
74. Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
75. Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
76. Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
77. Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
78. Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
79. Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
80. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
81. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
82. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. 83. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
84. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
85. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda. 
86. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
87. Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
88. Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
89. Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
90. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
91. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
92. Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'
93. Jika seorang lelaki itu kata kamu cantik,maka dia suka kamu.
94. Lelaki benci perempuan yang gedik.
95. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.
96. Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka ... 

~copypaste~

Tuesday, 1 November 2011

coretan ikhlasku : transform

Assalamualaikum semua..tajuk ni macam tergantung je kan..sebenarnya aku nak bagitau kenapa tema blog aku transformer..bila aku tengok je blog aku, aku akan try untuk transform diri aku to be better  than now..apa yang aku nak ubah kat diri aku??memang banyak..tak terkata2 tapi aku paksa juga sampai la tertulis blog ni..kepada pembaca,senyum dulu ye..kan manis tu..hehe..
Pertama aku nak ubah diri aku to be a high manners son..actually, I’m not a good son..bila tengah bad mood atau pon bengang, aku cakap kuat2 je dengan mak aku..i’m so sorry mum..banyak betul silap aku..padahal dia la yang melahirkan aku,bagi aku makan n banyak lagi la..tak pe mak, afiz akan jaga mak sampai afiz mati walaupon afiz kurang hormat mak..Ya Allah, pimpinlah aku menjadi seorang anak yang taat..setakat ni, Insyaallah, aku boleh kurang kan sikap negative aku tu..tapi lagi bagus kalau hilang terus..
Second, aku nak la jadi seorang yang sama makna dengan nama aku..Hafizuddin bin Soleh..Hafizuddin means pelindung agama..n bila digabungkan dengan nama bapa aku, aku nak jadi seorang yang soleh..memang susah nak jadi seorang yang soleh tapi kita kan manusia, kita harus usaha untuk buat yang terbaik..aku ni memang liat nak pergi masjid except hari jumaat..lepas kena nasihat semua n yang paling penting, sepupu ku yang bernama Elli, at least aku ada la pergi masjid untuk solat jemaah..lepas solat kat masjid, mesti rasa happy je n hilang bad2 mud..kalau korang tak caye, cube la..betapa agung nya Allah..
Ketiga, aku harap aku dapat perform yang terbaik dalam hidup aku especially 4 my study..sem 1 aku yang lepas memang hambar..tak ape, aku akan buktikan sem 2 ni..bosan sedikit point ni so cukupla ye..
Akhir sekali, aku harap perangai aku yang lama tak berulang..aku ni selalu sangat tukar2 awek..em..aku tekad aku tak kan lepaskan awek aku lepas ni..aku akan jaga dia baik2..tapi rasanya aku tak kan ada awek kot..kalau muka market tak pela jugak..apa2pon, aku tak kan sia2kan lagi awek aku..
Em,asenye cukuplah post untuk kali ni..asalamualaikum..

Copyright© All Rights Reserved madulebah93.blogspot.com