Thursday, 27 October 2011

-I LUV ISLAM : Betapa berharganya seorang wanita -

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............

Sunday, 23 October 2011

coretan ikhlasku : cinta..


Cinta??haha..poyo je post aku ni..tapi bes pe pasal cinta..cinta itu indah dan suci..tapi kenapa bila bercinta perlu pegang2 n nakal2??tu bukan cinta..itu nafsu kawan wei..apa2 pon aku nak bagi pendapat aku pasal cinta..aku tak suka betul bila cinta diselitkan dengan maksiat..memang cinta tu berkaitan dengan pasaan tapi jangan la ikot pasaan untuk ambil kesempatan kat pasangan kita samada lelaki atau perempuan..tolong la jaga maruah wei..lagipon apa yang korang dapat bila pegang2 n touch2 dengan pasangan kita yang tak ada ikatan yang sah..dapat pahala??sori la, dapat dosa wei!!haram wei!!

..kalau korang nak tau yang pasangan kita tu cinta sejati kita atau tak, tengok perangai dia..kalau dia pegang2 kita atau mintak duit je atau mintak bukan2 yang negative, maka dia tak sesuai untuk korang..tapi ni pendapat aku la..

..lagi satu, kalau korang suka kat some1 tu, jangan la buat benda yang bukan2 ye.,jangan nak main bomoh pula..bagi aku, pasaan tu perlu pendam..bila kita luah cinta kat some1, pasaan tu akan ditarik sedikit demi sedikit.. kalo korang tak percaya, cuba korang pendam cinta korang tu..semakin dipendam semakin sayang..so, luahkan la kat Allah..Allah akan bantu kita..ni semua aku belajar dari sepupu aku..dia ni pro tol..tapi an, ni semua ikot korang..kalo korang tak dapat pendam n semakin dipendam semakin jiwa kacau, so better di luahkan..tapi biar gentle masa luahkan tu..jangan malu2..

..bila dah bercinta, please be a muslim..jangan la berzina..buat malu diri, keluarga n agama je..so, jangan la selalu berdua je k..kita ni manusia biasa so syaitan sentiasa menghasut kita..n jangan la asyik bercinta sampai lupa keluarga, kawan n pelajaran..ingat kawan2, cinta tu tak dapat tolong kita bila susah..keluarga, kawan n pelajaran yang dapat bantu kita..bagi aku, aku tak suka kawan yang lebih penting kan awek dia dari kawan..lain la bini, itu memang wajib dilayan..

..aku bercinta??haha..macam ni la, serious aku cakap, aku betol2 sayang kat sorang awek ni tapi biasala..bila dah tak dapat pendam, aku luahkan la n bila di luahkan, cinta bertepuk sebelah tangan..em,sedih nak mampus..lama untuk aku tenang kan jiwa aku balik..satu semester aku hancur..pointer rendah je..so, dari pengalaman aku tu, aku tekad tak kan bagi tau sesiapa pon siapa insan yang aku sayang n cinta..kawan aku tanya pon aku tak bagitau..em, sambung citer tadi, nasib baik la masalah aku settle..bila aku jumpa je sorang minah ni, jiwa aku jadi tenang je..

.. ada ke insan yang bertaut kat ati aku??hehe..serious aku cakap, memang ada..siapa??rahsia ler..biarla aku pendam sorang2..lagi bes..

..sebelum aku tamatkan post aku ni, aku harap korang semua tak salah guna cinta tu..jangan ikot nafsu, buat sesuatu ikot otak..jangan nak fikir seronok je..ok la kawan..itu saja untuk post ni..asalamualaikum..

coretan ikhlasku : top 10 sifat perempuan yang aku reject/nyampah..

Huhu..asalamualaikum semua..ada2 je kan aku ni..pelik2 je tajuk post..bukan pe, teringin nak dikongsi..top 10 sifat perempuan yang buat aku nyampah??haha..lawak2..apa2 pon, aku nak mintak maaf kalau ada siapa2 yang terasa bila baca post aku ni..

Sifat2 nya seperti berikut..hehe..macam buat ayat b.m pula..
1.       -Menggedik tak tentu pasal..memang ranking no 1 la..
2.       -Tak ada sifat Islam..bawa2 solat ye..tutup aurat n hormat semua orang..
3.       -Hipokrit..aku bagi la contoh paling senang..kadang2 pakai tudung n kadang2 tak..perh..meluat aku..
4.       -Penipu..bak kata orang, cakap tak betul..tambah2 lagi bila aku tanya dah ada pasangan atau tak lepas tu cakap tak padahal dah ada..
5.       -Tak reti malu..ni memang banyak kat perempuan2 sekarang..maksud aku,kalau bersembang tu jangan la kuat2..sopan2 la sedikit..
6.       -Tak matured..bukan tenaga batin tapi sifat..serious aku cakap,ramai perempuan tak matured..open your mind girl..
7.       -Suka kebendaan..em..pendek kata pisau cukur la..
8.       -Bajet hot..haha..konon kau hot ye memang kau kena kutuk la dengan aku..bila jalan nak mendada je..
9.       -Tak boleh terima teguran..konon perfect sampai orang tegur pon tak nak terima..
10.   -Tak pandai menyimpan rahsia..orang macam ni la yang buat sakit hati..

Sunday, 16 October 2011

coretan ikhlasku : bila la dapat memetik bunga ni

Hehe..lawak kan tajuk ni..hopefully korang semua tak gelak..em..macam mane nak mula citer ek?macam ni la..aku nak bagitau cket pasal aku dulu..tapi jangan kecoh2 ye..

..aku tak tahu pasal couple2 n balak/awek ni..dulu aku la orang yang anti couple tapi bila dah form 2,tersangkut pula kat sorang awek ni..baru la aku tau erti couple..tapi an,aku ni selalu tukar awek..ish3..teruk2..kawan2 aku pon dah kenal dengan aku,selalu tukar awek n ada yang kata aku ni playboy..aku bukan pe,dulu aku nak yang terbaik je.maklomla,budak2 lagi kan.cinta monyet kan,mane ada cinta sejati muda2 ni..

..sekarang dah 18 taun,baru aku tau apa itu cinta dan nafsu..baru aku tau ape perasaan kita apabila sayang gila2 kat someone..baru aku tau apa cinta boleh buat kat kita..baru aku tau bagaimana rasanya bila gagal dalam percintaan..kegagalan itu yang membuat aku sedar erti cinta dan sekarang ni takot betul nak cari awek..

..em,aku bukan nak cari awek untuk seronok2 tapi untuk cari calon pasangan yang terbaik..so,bagi aku masa kat university la masa paling sesuai untuk memetik bunga..tapi sejak masuk u ni,susah betul nak cari bunga..nak cuba memetik tapi takot..aku tak sanggup rasa kecewa lagi sebab aku ni bukannya kuat sangat..bila jiwa dah kacau,bukan senang nak elok..alangkah indah nya kalau awek yang datang kat aku..hehe..ok la kawan2,tu jela untuk hari ni..

Saturday, 8 October 2011

-I LUV ISLAM : 7 PERKARA GANJIL-

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Friday, 7 October 2011

coretan ikhlasku : ciri-ciri wanita pilihan



Bagi aku, perempuan ni kena pilih btol-botol..jangan tersalah pilih…karang menyesal tak sudah..serious aku cakap, aku ni teruk..selalu juga tukar-tukar perempuan ni..macam playboy, bukan macam dah, memang playboy pon..tapi mulai hari ini, biarlah perkara lama tu jadi pengalaman kat aku..biar hari esok lagi baik dari hari ini..aku nak jaga buah hati aku elok-elok sampai ke jinjang pelamin..tapi susah juga nak cari perempuan ni..ak ni asyik bercerite je kan, tak bagitau plak ciri-ciri nye..ok la,ak bagi tau..

-dia mesti la tak tinggal solat dan selalu tutup aurat
-hitam-hitam manis dan senyuman yg mengugat iman
-tak tinggi dari aku
-pandai jaga hati dan perasaan aku
-selalu ambil berat kat aku
-dia jujur dengan aku
-gila-gila macam aku pon ok

Ada tak ciri-ciri ni kt pembaca blog aku ni?kalau ada,sila daftar sebagai calon ye.hehe..


Ni parenz aku..bapa aku ni tak kisah dengan siapa aku berkenan tapi mak aku selalu juga kritik..katanya dia nak perempuan yg ….

-rajin dan pandai memasak
-putih macam dia
-yang sanggup tolong dia kat dapur
-peramah dan pandai bergaul

Tapi beliau punya cita rasa lain dengan aku..so aku combine kan la dua-dua ciri tu..

-putih dan senyuman yang manis kalau boleh ada lesung pipit (memang gempak la wei!!!)
-peramah, pandai memasak
-bertanggungjawab dengan perintah Allah
-banyak lagi tapi biarlah rahsia ye (padahal dah terbongkar)

Aku tahu manusia tak perfect so aku just nak yang sederhana je dan aku terima seadanya..
Tapi kan, serious aku cakap, aku teringin perempuan yang tackle lelaki..so sweet..kalau ada perempuan ada buat kat aku macam tu, aku akan jaga dia baik-baik..insyaAllah..kalau ada jodoh,boleh la aku ada hubungan halal dgn dia..

Monday, 3 October 2011

coretan ikhlasku : retak nye jiwaku

30 September 2011..ari yg aku ase pelik..ari yg pnuh kpenatan tp d selitkn plak dgn psaan..knp tbe2 ak ase sebak??bdoh kah ak??...

…em..lpas solat isyak,ak g la wt keje kt festa konvo..then,ak trnmpk die..knp ak perlu trserempak dgn dia??dh la jiwa ak lembot gler..then,dia blh plak msej ak.ble nmpk ak, bru nk msej ak?blah la wei..ko wt ak nk nangis ad r.nsib bek mta ak blh than d khalayak rmai..nk than pasaan punye pasal, ak sembg la dgn senior n spupu ak yg bek ati (bgi kopok lekor kt ak)..lpas tu ase nk blah je dri ctu..nk nagis wei!!!ALLAH, knp ak perlu ase mcm ni??tlg la ak ALLAH….

…than hafiz!!ko blh than..sebak n berlinang air mta ak mlm ni..x da mud nk duty urustia so ak balik blik..then lahir la diari ni..cma stu je soklan yg ak nk ckp,knp ak sdih n sebak ble lhat dia??ak ase dia bgitu2 n sgt2 brhrga bgi ak..alangkah indahnye kalo dia ubh prinsip hdup die..single but available.bes nye!!tp mlm ni,ak dh wt kputusan utk x msj dia ag.ak mintk maaf.ak x blh nk than dh...

…ak sgt mencintai mu,ak inginkn drimu,ak mahu ko dtg ke dlm hdup ak..em…

coretan ikhlasku : betapa sunyi nye hidup ni

Em..asalamualaikum sume…post ni mungkin agak mengarot jgak ler tp dh trpahat kat ati so ap slahnye luahkan…

Ble ak tgok org2 len pegang hanset 24 jam, trasa jeles jgak ler.dlu ak pon mcm 2 tpi hnya tnggal knangan..tiada lagi org yg mengambil brat kt ak,tiada lagi org yg tepon ak.hnya family ak jela skrg ni yg wt mcm 2..bengong jgak ak ni,sbuk nk ngadu2.sbelum ni ad awek tpi tak nak jga.pastu nk tacing2 plak.aduhyai…

Aku tringin knangan yg dlu.tmbah2 lagi mase skrang ni.perlukn support..em,I need someone special.i want some1…

Copyright© All Rights Reserved madulebah93.blogspot.com